Friday, July 3, 2009

Suatu peristiwa berlaku di Masjid pada hari ini.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ


Pada hari ini saya sampai di masjid agaknya jam 1.05 petang, sebaik sahaja sampai, saya terus menunaikan solat sunat Tahiyatul Masjid pada ketika itu Tuan Imam sedang menyampaikan tazkirahnya, selepas solat saya pun terus mengikuti tazkirah yang disampaikan oleh imam, Tuan Imam memulakan penjelasannya mengenai surah Al.Maa'uun, lihat dan bacalah maksudnya di bawah ini.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
(1) Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama ( meliputi hari pembalasan )?.
(2) Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim.
(3) Dan ia tidak menggalakkan untuk memeberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin.
(4) ( Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan agama ) maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli sembahyang.
(5) (Iaitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya,
(6) ( Juga bagi ) orang-orang yang berkeadaan ria' ( dalam ibadat dan bawaannya),
(7) Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan ( kepada orang yang berhak mendapatnya ).


Sebaik sahaja Tuan Imam menyebut bahawa kita setiap hari membaca " Ara aitallazi yukazzibu biddin" tiba-tiba salah seorang makmum yang duduk saf yang ketiga di hadapannya jatuh terlentang di atas lantai dan menggigil seluruh badannya serta tidak sedarkan diri lagi. Seluruh mata mereka yang menyedari peristiwa malang tersebut tertumpu ke arahnya, tazkirah diberhentikan dan beberapa orang mengangkatnya ke tempat yang berhampiran dengan kipas dan dibaringkanya di situ supaya kepanasannya dapat dikurangkan sementara tindakan selanjutnya kerana semasa memindahkannya itu waktu zohor telahpun masuk.

Mereka yang prihatin dan ingin mengetahui lebih lanjut menghampiri dan mengelilinginya tanpa menyedari bahawa mereka telah menggagalkan tujuan diangkat pesakit tersebut dan dibaringkan berhampiran dengan kipas dan juga kehadiran mereka ini telah menyusahkan lagi pesakit tersebut. Saya tidak sampai hati membiarkan keadaan yang tidak menguntungkan berpanjangan dan bertindak meminta mereka berundur jauh dari tempat pesakit sedang baring itu dan memadai beberapa orang sahaja menguruskannya, mereka pun mengundurkan diri ke belakang, tidak lama kemudian kumpulan lain pula berbuat demikian kali ini bilal masjid memberi teguran melalui siaraya. Mengapakah cara masyarakat kita berfikir alirannya berliku-liku, Pesakit tersebut memerlukan pertolongan, kalau kehadiran kita menyusahkan, buat apa kita tampil ke hadapan dan menghampirinya.

Pesakit tadi kemudiannya diusung keluar daripada kawasan solat kerana waktu solat telahpun semakin lewat, solat jumaat dimulakan jam 1.28 petang. khutbah hari ini diringkaskan .

Ini cerita lain pula yang mana moralnya lebih kurang sama sahaja.
Pada suatu hari saya menghadapi kesesakan jalan raya di jalan Kucing,kami dalam perjalanan ke Selayang, pada kebiasaannya pada waktu seawal itu tidak berlaku kesesakan kerana kebanyakan pengguna jalan raya telah mula bertugas di pejabat, lagipun jalan arah bertentangan kenderaan berjalan lancar sahaja, masing-masing meneka tentu di depan sana terdapat kemalangan, setelah bergerak lebih ke hadapan, rupa-rupanya betul berlaku kemalangan di arah yang bertentangan, bukan di laluan kami. Berlaku kesesakan di laluan kami hanya disebabkan pemandu-pemandu prihatin yang menyusahkan orang lain sahaja seperti cerita di dalam masjid tadi, selepas kawasan kemalangan kenderaan pun berjalan lancar, sebaliknya seberang sana pula berlaku kesesakan, kesesakan itu memang munasabah dan ada rasionalnya.

Akhlak teladan:
Sepatutnya apabila kita bertembung dengan sesuatu kejadian seperti di atas kita hendaklah mengambil tindakan yang boleh memberi manfaat kepada orang yang terlibat dan kepada persekitarannya, tegasnya tindakan kita tidak menyusahkan sesiapa sebaliknya memberi manfaat dan mensejahterakan lagi.

Sekadar ini sahaja pada kali ini.



Sekian. Wassalam.

9 comments:

Ad Rifza said...

Ya betul kata saudara..kalau kehadiran kita menyusahkan baik tak payah hadirkan..
Hadirkan diri dengan memebrikan pertolongan mana yg mampu..
Kalau jalanraya tu pun satu nak tgok buat jalan jem..Baik teruskan perjalanan kalau menyusahkan org lain..

Ad Rifza said...

Ya betul kata saudara..kalau kehadiran kita menyusahkan baik tak payah hadirkan..
Hadirkan diri dengan memebrikan pertolongan mana yg mampu..
Kalau jalanraya tu pun satu nak tgok buat jalan jem..Baik teruskan perjalanan kalau menyusahkan org lain..

KUNTONG said...

mereka sebenarnya nak tengok apa yg terjadi, bukan nak tolong.

Leenoh said...

Salam Ad.Rifza.
Pada ketika itu agaknya mereka terlupa memikirkan hal orang lain, mereka hanya memikirkan semata-mata ingin melayani kepuasan diri sahaja.

Leenoh said...

SAlam Sdr.Kuntong.
Memang mereka tak fikir penderitaan mangsa, mereka masih mempunyai sikap yang rapuh.

Cikgu Ije said...

selalu jumpa kejadian begini. lagi-lagi kalau ada kemalangan. ramai yang sekadar memenuhi ruang dan menyesakkan jalan. bukan niat membantu. sekadar bantu melihat. uhu

Anonymous said...

Salam Leenoh.

Begitulah pentingnya ilmu dan pendidikan walaupun dalam saat kecemasan. Contohnya, orang yang kemalangan perlu diangkat mengikut cara tertentu supaya sekiranya ada tulang yang retak takkan terus patah.

Leenoh said...

Salam ije.
Marilah kita sama-sama mengingatkan diri kita dan mengajak orang lain supaya meninggalkan kebiasaan yang tidak baik itu.

Leenoh said...

Salam Zaidi.
Ya, kita perlu ada ilmu menilai dan ilmu mengurus, sekurang-kurangnya kalau tidak pandai mengurus pun berilah kemudahan utk orang yang ada ilmu itu menguruskannya dan tidak menyusahkan mereka.
Kekadang kelihatan seperti simpati tetapi sebaliknya bertindak yang merugikan mangsa,