Saturday, July 4, 2009

Percayakan kuasa tanpa aqidah akan binasa diri.

Salam Semua.

Di dalam kehidupan harian manusia, kuasa memainkan peranan yang amat penting sehingga terdapat di kalangan manusia hanya bergantung kepada kuasa yang dimilikinya. Di samping kuasa terdapat di sana kepercayaan atau aqidah, sebenarnya kedua-dua ini sangat penting dan lengkap melengkapi. Memisahkannya akan rosak dan pincanglah pentadbiran dan pengurusan.

Kuasa tanpa aqidah manusia akan rosak dan binasa dimakan kuasanya sendiri, akan berlaku kezaliman dan kezaliman pula akan menghasilkan penentangan, penentangan akan mewujudkan kepincangan. kuasa diperolehi melalui berbagai cara sama ada melalui kekayaan, politik, ilmu,keturunan dan lain-lain. Kalau kita bercakap dalam kontek orang Islam, seseorang Islam wajib memperbetulkan atau mentahsinkan aqidah Islamnya sehingga mampu mentauhidkan Allah sepanjang masa.

Setiap manusia mempunyai kuasa, kuasa yang dimiliki manusia berbeza-beza di antara satu sama lain, telah menjadi kebiasaan kepada manusia merasai seronok dan megah bila berkuasa, jarang manusia merasai sedih atau bimbang apabila mereka memiliki kuasa, pada hal kuasa diiringi dengan tanggungjawab dan amanah, melainkan mereka yang beriman dan sentiasa mentaati Allah serta mereka yang takutkan Allah sahaja yang merasai bimbang akan kuasa yang ada padanya.
Orang yang seronok dengan kuasa sering mencari kuasa dan mendapatkannya kekadang dengan cara yang keji. Mereka yang sepadukan antara kuasa dan aqidah tidak akan memohon mendapatkan kuasa melainkan kuasa itu datang padanya melalui kehendak dan desakan masyarakat. orang seperti ini apabila kuasa diserahkan kepadanya atau kepada mereka, mereka akan merasai bimbang, bimbang kalau-kalau tidak mampu berlaku adil seperti yang diperintahkan Allah.

Islam melarang dipisahkan aqidah ( ajaran Islam ) dengan kuasa yang dimiliki seseorang, falsafah membunuh atau dibunuh akan memakan diri sekiranya pemimpin Islam melupai dan mengabaikan perintah Allah.

Berbalik kepada setiap manusia memiliki kuasa.

Seorang pemimpin berkuasa terhadap rakyatnya, suami berkuasa terhadap isterinya, bapa berkuasa terhadap anak-anaknya, ibu berkuasa terhadap anak-anaknya dan begitulah seterusnya.
_________________

Sesungguhnya setiap manusia mempunyai tanggungjawab terhadap Tuhannya, terhadap dirinya, terhadap keluarganya dan terhadap masyarakatnya maka tanggungjawab tersebut hendaklah diagihkan dengan betul dan adil.
_____________________

Seorang bapa mempunyai kuasa terhadap anaknya, sekiranya bapa mendidik anaknya dengan kuasa sudah pasti beliau berjaya berbuat demikian selagi beliau mempunyai kekuatan dan kuasa. beliau boleh paksa, boleh angkat suara, boleh tengking dan seumpamanya, semuanya akan terurus mengikut kehendak hati, tetapi lambat laun kuasanya akan berakhir, apabila beliau hilang kekuatan dan kuasa, segala-galanya akan berubah dan urusan harian akan menjadi terbalik. anak-anak pula akan memerintahnya dan beliau pula berada di bawah perintah anak-anaknya. Amat malang ketika usia lanjut terpaksa berada di bawah perintah anak-anak yang menggunakan kaedah yang sama.

Cara tersebut bertentangan dengan ajaran Islam seperti telah disebutkan tadi bahawa kuasa perlu disepadukan dengan aqidah ( aqidah Islam ), Maknanya orang yang berkuasa hendaklah mempunyai aqidah yang mantap terlebih dahulu, barulah dapat memimpin orang bawahannya dengan pimpinann dan didikan yang berlandaskan akhlak yang mulia, memerintah dan mentadbir serta mendidik seharusnya dengan teladan yang baik , Dengan cara ini apabila bapa atau pemimpin hilang kuasa atau beralih kuasa mereka akan terus dihormati dan dijagai.
______________________________

Untuk Renungan:

Firman Allah bermaksud:
"Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri, pada hal kamu semua membaca kitab Allah. Tidakkah kamu berakal ?".
Surah al.Baqarah (44).
_________________

" Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya ( yang berhak menerimanya ), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia , ( Allah menyuruh ) kamu menghukum dengan adil, sesungguhnya Allah dengan ( suruhan-Nya ) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat".
Surah An.Nisaa' (58).
___________________

Sekadar ini dahulu sehingga bertemu lagi.


Sekian.Wassalam.

4 comments:

Anonymous said...

Salam Leenoh.

Kekuasaan merupakan amanah dari Tuhan kepada hamba Nya untuk memimpin sesuatu kaum, ummah atau sesebuah kerajaan. Kuasa apabila digunakan untuk kebaikan, akan diberkati Allah SWT. Apabila kekuasaan membuatkan seseorang itu lupa kepada kebesaran Tuhan, maka kekuasaan itu telah ditadbir oleh syaitan dan kerosakan pula yang akan diperbuatnya. Contohnya kekuasaan firaun (ditadbir syaitan) dan kekuasaan Nabi Sulaiman a.s.(diberkati Tuhan). Walaupun Nabi Sulaiman (a.s.) berkuasa ke atas manusia, haiwan dan jin, baginda tetap merendah diri kepada Tuhan. Firaun pula menganggap dirinya tuhan.

Leenoh said...

Salam Zaidi.
Kuasa yang disepadukan dengan aqidah Islam mampu membawa kebaikan dan mengundang keberkatan kepada mereka di bawah kepimpinannya.
Bagi orang Islam kuasa, pengurusan dan pendidikan perlu direntas dengan akhlak Islam.
Firaun merasakan dirinya tidak terikat dengan undang-undang, sesiapa yang berasa dirinya demikian bermakna sikapnya sama seperti Firaun. Inilah yang dikatakan Kuasa tanpa aqidah.
Terima kasih ulasan anda menambahbaikan kepada entri ini.

sentosa77 said...

Salam Pak Ngah.., dah baca ni, tapi nanti saya baca lagi.. :) tgh keje lagi ni..

Leenoh said...

Salam Zaidon.
Katanya nak cuti, nak pegi lepak di KL, tak jadi Ke ?.