Sunday, July 12, 2009

Kita telah pun berada di ambang Ramadan Al.Mubarak.


Salam Semua.

Pagi tadi jam 8.40 pagi saya menghadiri dan melibatkan diri dalam aktiviti gotong royong membersih dan menceriakan masjid bagi menyambut kehadiran bulan Ramadan Al.Mubarak. Gotong-royong ini diadakan seminggu sekali dan telah dimulakan sejak Ahad minggu yang telah lalu. Minggu yang telah lalu saya tidak hadir kerana ada urusan yang perlu dibereskan, gotong-royong ini akan disambung pada hari Ahad hadapan dan Ahad seterusnya.

Aktiviti hari ini ialah membersihkan di bahagian luar masjid iaitu memangkas ranting-ranting pokok yang tidak dikehendaki dan mengecat dinding simen di bahagian dalam masjid dan dinding yang berjeriji. Kawasan bangunan masjid ini agak luas juga, mungkin akhir bulan Syaaban barulah selesai aktiviti mengecat ini, kerja mengecat ini tugasnya tidak berat tetapi merumitkan, petugas hari ini semuanya berada di dalam atau di bawah bumbung masjid maka terselamatlah daripada kepanasan kecuali mereka yang terlibat dengan memangkas ranting pokok.

Jumlah kehadiran hari ini agak merosot berbanding dengan anak qariahnya begitu ramai, mungkin pada minggu hadapan akan lebih ramai lagi kerana maklumatnya semakin tersebar luas dan anak qariah akan lebih memahami bahawa tenaga mereka sangat diperlukan oleh pihak masjid.

Dipercayai maklumat tidak dapat disampaikan dengan baik kerana sebahagian anak qariah bertugas di luar kawasan dan menunaikan solat Jumaat berhampiran dengan tempat kerja mereka iaitu pada hari pengumuman dibuat. Kita terpaksa menerima hakikat bahawa hari Jumaat dijadikan hari bekerja akan tersentuh juga gangguan kepada kesejahteraan beribadat pada hari mulia tersebut.



Demikianlah hebatnya aura dan panggilan Ramadan kepada kaum muslimin dan muslimat. Tarikan Ramadan memang hebat dan menakjubkan, hakikat ini tidak dapat dinafikan lagi. Rata-rata umat Islam sedang membuat persiapan dan menunggu kehadirannya. AJK masjid dan surau sebok menyusun program untuk dipenuhi serta dilaksanakan.
Sekiranya anda tinggal berhampiran dengan Masjid Fastabiqul Khairat, batu 3 .Shah Alam. datanglah untuk bergotong-royong bersama kami,
terdapat beberapa orang wanita muda juga turut serta menjayakan aktiviti kebajikan ini.

Orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang bertakwa kepada-Nya.




____________________________________

Firman Allah bermaksud'

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu melanggar syi'ar-syi'ar Allah, dan jangan melanggar kehormatan bulan-bulan haram, jangan (mengganggu) binatang-binatang had-ya, dan binatang-binatang qalaa-id, dan jangan (pula) mengganggu orang-orang yang mengunjungi Baitullah sedang mereka mencari kurniaan dan keridaan dari Tuhannya dan apabila kamu telah menyelesaikan ibadah haji, maka bolehlah berburu. Dan janganlah sekali-kali kebencian (mu) kepada sesuatu kaum karena mereka menghalang-halangi kamu dari Masjidilharam, mendorongmu berbuat aniaya (kepada mereka). Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya".
Surah Al.Maidah (2)

"Dan Kami telah turunkan kepadamu Al Qur'an dengan membawa kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya, yaitu kitab-kitab (yang diturunkan sebelumnya) dan batu ujian terhadap kitab-kitab yang lain itu; maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu. Untuk tiap-tiap umat di antara kamu, Kami berikan aturan dan jalan yang terang. Sekiranya Allah menghendaki, niscaya kamu dijadikan-Nya satu umat (saja), tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap pemberian-Nya kepadamu, maka berlomba-lombalah berbuat kebajikan. Hanya kepada Allah-lah kembali kamu semuanya, lalu diberitahukan-Nya kepadamu apa yang telah kamu perselisihkan itu,
Surah Al.Maidah (48)
_______________________________________









Ini untuk sarapan
&
Makanan tengah hari juga disediakan.




Aktiviti ditangguhkan jam 12.40 t.hari.

Sekian.Wassalam.

4 comments:

Nl said...

salam pak Ngah
kalau cam tu semangat ler nanti org ramai nak pergi Tarawaih huhu...

biasanyer awal bulanakn ramai dan bila dekat hujung2 mesti berkurang sbb ramai dah balik kampung huhu

Leenoh said...

Salam Naqeeb.
Hujung bulan ramai dah blik kampung, lagipun hujung bulan tenaga pun dah semakin kurang..hehehe.. tak mengapa asalkan kita buat, tak boleh buat semua jangan ditinggalkan semua.

Anonymous said...

Salam Leenoh.
Sama-samalah kita menyambut Ramadan, bulan yang mulia yang didalamnya berlaku Nuzul al-Quran dan Lailatul Qadar. Semoga kehidupan kita sentiasa diterangi al-Quran ke arah jalan yang lurus.

Leenoh said...

Salam Zaidi.
Ya.kalau dipanjangkan umur kitan akan bertemu lagi dalam tempoh lebih kurang 40 hari lagi.
Sesiapa yang ada puasa kada yang tahun lepas tunaikan sebelum Ramdan datang, kalau tidak tahun depan kena puasa dan bayar fidiyah.