Saturday, July 4, 2009

Kedahlanie melaporkan Emas ditemui di Jelutong.

Salam semua.

Selepas solat subuh tadi saya terus membuka laptop dan menyemak laman kekawan, topik yang menarik hati saya untuk membacanya ialah " Gempar: Emas ditemui di Pendang". dilaporkan oleh Kedahlanie.blogspot.com. maklumlah Kedah negeri asalku yang sentiasa sahaja teringat di hati kerana di sana ramai sanak saudara, berlebih-lebih lagi ibu saya dimaklumkan berkeadaan kurang sihat pada masa ini menjadikan hati ini teringatkan kampung, semoga ibuku cepat sihat dan sentiasa mendapat pertolongan Allah.

Pendang pada asalnya sebuah pekan kecil kemudiannya dinaik tarafkan menjadi Daerah, Kampung Jelutong terletak di dalam daerah tersebut, kampung ini terletak berhampiran Kampung Penyarom, Kampung Sena, Kampung Tobiar dan banyak lagi kampung lain yang terkeluar dari laluan jalan raya, jalan raya yang melintasi kampung tersebut yang menuju ke arah timur dan utara adalah laluan ke Kampung Pisang, Kubur Panjang, Bukit Payung, Pokok Sena dan seterusnya Kuala Nerang. Jalan yang menghala ke kiri arah ke utara dan barat pula menuju ke Kampung Tualang. Kebun Lima Ratus dan Jabi, arah ke kiri menuju ke Pekan Langgar dan Alor Setar, arah ke kanan bertemu semula Pokok Sena. Manakala dari Kampung Jelutong arah ke barat dan selatan. menemui Jalan Langgar-Pendang, arah ke kiri ( selatan ) Tanah Merah, Pekan Pendang dan Sungai Tiang. demikian gambaran kasar lokasi kampung tersebut.

Kedahlanie menyatakan emas yang ditemui itu masih muda, ini bermakna pada masa akan datang emas tersebut akan matang dan boleh dimanfaatkan, Saya berharap berita tersebut akan menjadi kenyataan, rezeki datang kekadang dari arah yang kita tidak sangka-sangka demikian dinyatakan di dalam Al.Quran, sesiapa yang bertakwa kepada Allah akan ada jalan keluarnya daripada kesempitan dan kesusahan, maka sewajarnyalah kita sentiasa bertawakkal kepada Allah.

Walau bagaimanapun setakat ini belum ada kajian , diharap pihak berkenaan dan berwajib menyegerakan tindakan mengenalpasti hakikat penemuan emas di Kampung Jelutong itu .

Sekian. Allah Maha Mengetahui.Wassalam.

6 comments:

Anonymous said...

Salam Leenoh.

Lepas ni ramailah orang "berkelitin" di Pendang siap buat khemah lagi macam kat Rusila. Harapnya tak dijual tanah-tanah kampung sekitar Pendang yg banyak menyimpan sejarah.
"Pendang Gold Rush".

Leenoh said...

Salam Zaidi.
Orang Kedah memang kaya raya, depa ada Telaga Emas, depa juga ada Bukit Tembaga, ada lagi Banggol Besi, Sungai Emas pun ada, hehehe teruja nak balik.
Zaidi duduk dekat nanti ni cuba bang bang telinga tengok kalau ada cerita baru pasai Emas di Jelutung tu, kemudian cerita pula kepada kami .

Nl said...

salam pak Ngah harap ceria dan sihat di hari sabtu ini....

dalam paper pun ada kuar... tapi ada antara mereka yang cuba jualketulan batu yn mengandungi emas itu...

tapi dikatakan bahawa emas itu belum matang... entah betul entah tidak...

Leenoh said...

Salam Naqeeb.
Harap-harap akan menjadi kenyataan.

GURU_CIKGU said...

Setiap pagi saya melalui Kampung Telaga Mas nak pergi bekerja.
>
>
>
>
Entahlah. Ramai kawan mengajak saya ke tempat tu.......Tapi tak dan lagi. Cuma satu yang jadi persoalan, emas muda bernilaikah di pasaran?

Leenoh said...

Salam.
Emas muda tak laku dijual, kena tunggu matanglah kot. Kalau 50 tahun lagi baru matang, nampaknya terlepaslah kita, hehehe.