Wednesday, July 22, 2009

Wajar Pelajar Cemerlang dimanfaatkan.


Pelajar wanita Cemerlang.

Salam Semua.

Kursus Motivasi Pelajar Sekolah Menengah.

Kursus motivasi penting dianjurkan untuk para pelajar terutamanya pelajar Sekolah Menengah tetapi untuk melaksanakannya sebahagian dari para guru akan terasa susah dan payah. Susah dan payah ini sebenarnya hanya berlaku kepada mereka yang tidak mahir sahaja, bagi mereka yang mahir dan berpengalaman dalam bidang ini semua urusan dapat dijalankan tanpa sebarang masalah.
- Alah bisa tegal biasa-

#################

MANFAATKAN KEBOLEHAN RAKAN SEBAYA

##################

Sekiranya guru ingin mengadakan kursus pendek yang mengandungi beberapa slot sahaja, para guru boleh memanfaatkan pelajar cemerlang yang terdapat di sekolah mereka dengan memprogramkan kursus itu seperti berikut;

Program:
7. 35 pagi - Pendaftaran peserta.
8.00 pagi - Taklimat kursus.
8.10 pagi - Ceramah " Kaedah belajar berkesan"
9.10 pagi - Peserta Bersama Pelajar Cemerlang.
10.10 pagi - Rehat/ Kudapan.
10.20pagi - Bengkel.( Aktiviti menjawab soalan atau menyiapkan tugasan )
11.20 pagi - Pembentangan.
12.10 t.hari - Penilaian.
1.20 petang - Bersurai.

Ulasan:
Pendaftaran: Pendaftaran peserta sangan penting dicatatkan nama mereka untk semakan sekiranya terdapat sebarang masalah di kemudian hari.

Taklimat: Para peserta (pelajar) perlu diberi taklimat supaya mereka mengetahui perjalanan kursus dan tidak tertanya-tanya di antara satu sama lain.

Ceramah "Kaedah belajar berkesan": Ceramah ini hendaklah disampaikan oleh guru yang berpengalaman dalam bidang tersebut, akan terasa menarik dan berkesan serta terdapat kelainan sekiranyapihak penganjur menggunakan khidmat penceramah jemputan.

Peserta Bersama Pelajar Cemerlang: Dua atau tiga Pelajar Cemerlang diundang untuk merealisasikan suatu forum khas mengenai kaedah belajar yang diamalkan oleh mereka ( pelajar Cemerlang ), di mana guru akan menjadi moderatornya dengan mengemukan soalan-soalan yang boleh dimanfaatkan oleh peserta - para peserta hendaklah diberi peluang bertanya - moderator hendaklah mengutamakan soalan peserta, sekiranya peserta aktif mengemukakan soalan.maka mudahlah tugas mederator.
Beberapa hari sebelum kursus diadakan penganjur hendaklah menghubungi para pelajar cemerlang berkenaan dan memberi keyakinan kepada mereka bahawa mereka layak menjadi salah seorang ahli forum tersebut. Kurang keyakinan diri mungkin berlaku pada mereka ini, maklumlah mereka masih pelajar. sebab itulah jaminan keyakinan diri perlu ditanam terlebih dahulu di dalam diri mereka.

Bengkel : Soalan-soalan yang ada hubungkait dengan ceramah dan forum hendaklah disediakan oleh pihak penganjur untuk perbengkelan. Para pelajar dipesan supaya membuat catatan sepanjang ceramah dan forum berjalan.

Pembentangan: Aktiviti atau tugasan yang disiap dan disempurnakan di dalam bengkel hendaklah dibentangkan di dalam sesi pembentangan
.

Penilaian: Setiap kumpulan hendaklah diberi soalan penilaian dan membentangkannya kembali di dalam Sesi Penilaian kepada semua peserta, sama ada dibacakan sebahagian atau disampaikan maklumat itu oleh penganjur tentang reaksi peserta sama ada mereka berminat atau tidak tentang cara kursus itu diaplikasikan.

Akhir kata: Para guru bolehlah menggunakan budi bicara sendiri dalam merealisasikan pandangan dan panduan di atas.

-------------------------------------------------
Catatan Peringatan:
Program seperti ini penulis telah mempraktikkannya pada suatu masa dahulu, aktivitinya dapat dijalankan dengan lancar dan berjaya menarik minat pelajar, berkesan dan bermotivasi.
---------------------------------------------------



Sekian.Wassalam.


No comments: