Monday, July 6, 2009

Keadilan di dalam keluarga.

Salam semua.

Keadilan adalah sesuatu yang dituntut oleh Islam supaya disempurnakan terutamanya kepada diri sendiri, keluarga dan umumnya sesama manusia, bahkan kepada semua makhluk Allah di atas muka bumi ini. Perbincangan mengenai keadilan ini sangat luas ruang cakupnya. Tetapi pada kali ini saya ingin mengajak anda meneliti kembali keadilan yang dilaksanakan pada persekitaran yang paling hampir dengan kehidupan kita.

Sejauh manakah tertunainya keadilan di dalam keluarga.

(1) Keadilan pada diri;
Adakah kita telah menyempurnakan keadilan terhadap diri kita sendiri, kita telah berjanji dengan Allah bahawa tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah dan akan mematuhi rukun iman dan rukun Islam, inilah pegangan kita di dunia ini, seluruh kehidupan kita akan berdasarkan perjanjian tersebut, Adakah sebenar-benarnya kita patuh kepada perjanjian tersebut seperti kita patuh tidak memegang bara api dan tidak menyentuh punca letrik?. kerana perlanggaran itu akan menyusahkan kita dengan kadar yang segera di dunia ini. Jawapannya memang kita patuh, kalau terpegang atau tersentuhpun kerana tersasul atau tidak sengaja.
Bagaimanakah dengan jawapan kepada persoalan di atas, jawapannya ya kita patuh dan ya setengahnya kita tidak patuh - Kesimpulannya pada diri sendiri pun kita tidak berlaku adil atau kita menzalimi diri sendiri, mengapakah tidak?. Semestinya ya kerana mengingkari perjanjian dengan Allah bermakna kita telah derhaka dengan-Nya. Orang yang derhaka Allah akan disiksa di dalam api neraka, kita sendirilah yang menyebabkan kita disiksa kerana tidak patuh perjanjian dengan Allah. Setiap tindakan yang menghasilkan dosa dianggap dan dikira zalim. Dalam hal ini kita telah zalim pada diri sendiri.

(2) Ibu bapa kepada anak-anak.
Anak-anak adalah amanah Allah kepada ibu bapa, ibu bapa wajib menafkahkan mereka, memberi tempat perlidungan, menjaga keselamatan dan yang lebih penting lagi mendidik mereka dengan didikan yang akur dengan perjanjian di atas supaya mereka mengenali Allah dan menjadi anak-anak yang mentaati-Nya.

Terdapat ibu bapa tidak berlaku adil kepada anak-anak, sebagai contoh ibu bapa lebih gemar melayani anak-anak yang pandai berbanding dengan anak-anak yang sederhana , lebih malang lagi anak-anak yang bodoh dicemuh. kalau anak sudah dewasa dan telah berumahtangga mereka akan lebih cenderung kepada anak-anak yang berkedudukan tinggi berbanding dengan anak-anak yang sederhana. Kekadang anak-anak dapat mengesan hal kejahilan ibu bapa mereka, situasi ini akan menjadikan punca ketidakpuasan hati di kalangan anak-anak, suasana menjadi panas kerana bara api sentiasa membara di dalam sekam, kelihatan dipermukaan semuanya beres di kaca mata ibu bapa tetapi tidak demikian di kalangan anak-anak yang mereka rasai telah dipinggirkan. Bagi anak-anak yang mendapat layanan istimewa tidak pula merasai terlebih layan berbanding dengan adik beradik yang lain. Mereka juga tidak berfikir secara rasional walaupun perbuatan itu berlakunya secara jelas dan ketara.Lebihan bantuan yang diterima tidak pula terpanggil untuk mengingati adik beradik yang lain atau terasa berlaku ketidakadilan.

Kekadang kezaliman begini Allah membalasnya di dunia lagi, ibu bapa akan melihat keruntuhan yang dialami anak-anak yang dikasihi kerana Allah terbalikkan putarannya dan melihat pula anak-anak yang dipinggirkan itu lebih bahagia, walaupun kehidupan mereka seadanya sahaja dan mempunyai banyak masa untuk melayani ibu bapa atau menyejukkan hati mereka semasa tuanya, ibu bapa sebenarnya bukan meminggirkan anak-anak ini secara disedari mereka, mereka tertinggal melayani anak-anak ini kerana mereka turut gemar dengan kemegahan dan kejayaan dunia yang dikecapi oleh anak yang lebih berjaya, Sikap yang lebih buruk lagi mereka membandingkan anak menantu mereka berdasarkan kebendaan.

(3) Adik beradik.
Adik beradik semasa kecil makan sehidang dan tidur sebantal, abang sulung membantu ibu bapa menjaga adik-adik ketika tertentu. Adik akan mentaati abang mengikut kewibaan abang tersebut. sekirangnya abang berwibawa menguruskan adik-adik, maka amanlah kehidupan adik-adik itu sehinggalah mereka dewasa nanti kerana rasa hormat dan taat itu akan kekal sehingga akhir hayat.

Apabila ibu bapa telah meninggal dunia terdapat abang sulung yang tidak berwibawa dalam menguruskan harta keluarga dengan adil kerana memiliki sifat mementingkan diri , malanglah bagi adik beradik tersebut, abang akan menguasai harta yang ditinggalkan ibu bapa tanpa diagihkan mengikut masa yang sepatutnya, abang sulung akan mengerjakan tanah pusaka tersebut dan sengaja melambat-lambatkan pengagihan ( faraid ) kepada adik beradik atau waris yang berhak, abang sulung berterusan memakan harta haram tersebut tanpa menyelami perasaan para waris yang lain.apabila faraid diuruskan tidak pula perkiraannya bermula daripada tarikh ibu bapa mereka meninggal, maka perolehan yang dikuasai abang sulung tadi menjadi haram berterusan.
Inilah kezaliman yang besar yang sering berlaku di dalam keluarga masyarakat kita.


___________________________

Firman Allah bermaksud:

"Allah mensyariatkan bagimu tentang (pembagian pusaka untuk) anak-anakmu. Yaitu: bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan; dan jika anak itu semuanya perempuan lebih dari dua, maka bagi mereka dua pertiga dari harta yang ditinggalkan; jika anak perempuan itu seorang saja, maka ia memperoleh separoh harta. Dan untuk dua orang ibu-bapak, bagi masing-masingnya seperenam dari harta yang ditinggalkan, jika yang meninggal itu mempunyai anak; jika orang yang meninggal tidak mempunyai anak dan ia diwarisi oleh ibu-bapaknya (saja), maka ibunya mendapat sepertiga; jika yang meninggal itu mempunyai beberapa saudara, maka ibunya mendapat seperenam. (Pembagian-pembagian tersebut di atas) sesudah dipenuhi wasiat yang ia buat atau (dan) sesudah dibayar utangnya. (Tentang) orang tuamu dan anak-anakmu, kamu tidak mengetahui siapa di antara mereka yang lebih dekat (banyak) manfaatnya bagimu. Ini adalah ketetapan dari Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana".
Surah An.Nisaa' (11)

"Dan bagimu (suami-suami) seperdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isterimu, jika mereka tidak mempunyai anak. Jika istri-istrimu itu mempunyai anak, maka kamu mendapat seperempat dari harta yang ditinggalkannya sesudah dipenuhi wasiat yang mereka buat atau (dan) sesudah dibayar utangnya. Para istri memperoleh seperempat harta yang kamu tinggalkan jika kamu tidak mempunyai anak. Jika kamu mempunyai anak, maka para istri memperoleh seperdelapan dari harta yang kamu tinggalkan sesudah dipenuhi wasiat yang kamu buat atau (dan) sesudah dibayar utang-utangmu. Jika seseorang mati, baik laki-laki maupun perempuan yang tidak meninggalkan ayah dan tidak meninggalkan anak, tetapi mempunyai seorang saudara laki-laki (seibu saja) atau seorang saudara perempuan (seibu saja), maka bagi masing-masing dari kedua jenis saudara itu seperenam harta. Tetapi jika saudara-saudara seibu itu lebih dari seorang, maka mereka bersekutu dalam yang sepertiga itu, sesudah dipenuhi wasiat yang dibuat olehnya atau sesudah dibayar hutangnya dengan tidak memberi mudarat (kepada ahli waris). (Allah menetapkan yang demikian itu sebagai) syariat yang benar-benar dari Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Penyantun".
Surah An.Nisaa' (12)

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama-suka di antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu".

Surah An.Nisaa'( 29 )

Mereka meminta fatwa kepadamu (tentang kalalah). Katakanlah: "Allah memberi fatwa kepadamu tentang kalalah (yaitu): jika seorang meninggal dunia, dan ia tidak mempunyai anak dan mempunyai saudara perempuan, maka bagi saudaranya yang perempuan itu seperdua dari harta yang ditinggalkannya, dan saudaranya yang laki-laki mempusakai (seluruh harta saudara perempuan), jika ia tidak mempunyai anak; tetapi jika saudara perempuan itu dua orang, maka bagi keduanya dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh yang meninggal. Dan jika mereka (ahli waris itu terdiri dari) saudara-saudara laki dan perempuan, maka bahagian seorang saudara laki-laki sebanyak bahagian dua orang saudara perempuan. Allah menerangkan (hukum ini) kepadamu, supaya kamu tidak sesat. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.

Surah An.Nisaa' (176)
___________________________

Hilang keadilan timbul pula kezaliman
____________________________

Cerita di atas merupakan hasil pemerhatian dan pengalaman hidup sahaja bukan suatu kajian yang teliti, dipaparkan untuk menggambarkan tahap keadilan di dalam keluarga bagi sesetengah keluarga di dalam masyarakat kita ( bukan semua ). Rasa berkepentingan diri di dalam diri manusia kekadang tidak terhad, hanya mereka yang benar-benar beriman sahaja yang terhindar daripada gannguan syaitan jenis ini. Syaitan menghiasi kerugian akhirat sehingga kelihatan berkilau-kilau, cantik dan indah menyebabkan manusia tertipu dan terjebak dengan perangkap neraka tersebut. Mungkin anda juga mempunyai koleksi cerita seperti ini.

Semoga Allah jauhkan sifat buruk tersebut daripada meresapi jantung hati kita.

Sekadar ini dahulu.

Sekian.Wassalam.

4 comments:

Mak Su said...

tak tahu ler nak cakap tentang keadilan.... terlalu banyak perkara yang berlaku di sekitaran kehidupan, setiap hari :(

Anonymous said...

Salam Leenoh.

Allahyarhamha ayah saya tidak menuntut "walau sebatang jarum patah" selepas datuk saya meninggal dunia. Begitu lah juga ketika ayah saya meninggalkan saya, tiada apa yang ditinggalkannya.

Sekarang saya amat bersyukur kerana terdapat amat banyak harta peninggalannya kepada 5 orang anak-anaknya: ilmu-ilmunya; nasihat dan tegurannya; ilmu yang anak-anak tuntut dari hasil keringatnya.

Semuanya itu tidak ternilai untuk dibandingkan dengan sebidang tanah yang akan dituntut kelak oleh anak-anaknya.

Leenoh said...

Salam Mak Su.
Kezaliman atau ketidakadilan berlaku kerana kelemahan dan terlepas pandang atau memang tidak disengajakan berlaku pada semua orang kerana kita tidak maksum.
Tetapi ketidakadilan yang dirancang atau dilakukan dengan niat amat dikesali.

Leenoh said...

Salam Zaidi.
Alhamdulillah bahagia.
Sepanjang usia hidup ini saya pernah mendengar macam-macam pasal harta .
Ada yang ibu bapa membahagikan harta secara tidak adil kepada anak-anak semasa hidupnya, terdapat juga anak yang mengambil tandatangan ibu atau bapa semasa mereka sakit atau uzur untuk proses memindahkan harta kepada anak berkenaan.
Memang setengahnya terdapat di alam kenyataan apa yang didaramakan di TV dll.