Wednesday, July 22, 2009

"Ragging" di Pusat Pengajian Tinggi - Tol di rumah Pengantin Perempuan.

Salam semua.

Adat dan Adat.

Menuntut ilmu untuk tujuan yang baik adalah ibadat sama ada ilmu itu Ilmu Wahyu seperti Ilmu Tauhid, Fiqh, Ulum Hadis, Tafsir al.Quan dan seumpamanya atau Ilmu Aqli seperti Ilmu Matematik , Ilmu geografi, Ilmu Kimia, Ilmu Astronomi dan seumpamanya. Sebaliknya "ragging" atau dera yang dilakukan terhadap pelajar baru atas apa tujuan sekalipun adalah suatu adat yang buruk, adat ini suatu ketika dahulu diamalkan secara rasmi oleh Persatuan Pelajar dan mendapat izin daripada pihak pentadbir, akhirnya adat jahiliyah ini diharamkan, kini kalau berlakupun hanya secara tersembunyi dan tidak lagi direstui serta telah dianggap menyalahi undang-undang.

Pusat Pengajian Tinggi masakini telahpun menyediakan program yang berfaedah dan bermanfaat bagi menyambut pelajar baru, anjakan pradigma telahpun dilakukan demi kebaikan genarasi muda yang akan mewarisi kepimpinan masyarakat dan negara.

Berkahwin dan berkhenduri dan mengisytiharkan perkahwinan kepada sanak saudara, kawan rakan dan masyarakat umum adalah suatu amalan ibadat dan sunnah Nabi Muhammad.s.a.w

Sebaliknya tol yang dikenakan oleh pihak pengantin perempuan terhadap rombongan pengantin lelaki adalah adat, adat yang mengandungi tujuan di antara kabur dan jelas, pelaksanaannya dilakukan oleh mereka yang agak kabur kedudukannya di dalam Majlis Perkahwinan tersebut. Tol bermakna sekatan berbayar, sekatan biasanya dikenakan ke atas mereka yang menggunakan perkhidmatan dengan bayaran tertentu, pihak penerima sememangnya menggunakan perkhidmatan , bukan orang lain yang menggunakannya. Apa-apa sahaja bayaran yang melibatkan bayaran yang berbentuk kewangan atau harta-benda adalah melibatkan hukum haram atau halal. Sekiranya di sana terdapat unsur paksaan, memalukan tetamu atau keseronokan yang lagha, sudah tentulah perbuatan seperti itu bertentangan dengan ajaran Islam. Nabi Muhammad.s.a.w telahpun mengajar dan mendidik umatnya cara-cara menyambut tetamu, hendaknya itulah prosedur yang perlu diamalkan oleh umat Islam.

Sebagai orang Islam tidak sepatutnya kita melakukan " ragging" terhadap tetamu kita yang sepatutnya diraikan dan dihormati. Sekalipun bertujuan untuk menimbulkan kemesraan kerana kita telahpun mempunyai kaedah atau caranya yang lebih cantik dan berkat, Orang Islam telah dididik oleh Rasulnya supaya menggunakan cara yang betul untuk mendapat sesuatu yang baik kerana Islam tidak menghalalkan cara yang haram untuk mendapat sesuatu yang halal.

Suatu penilaian semula terhadap semua amalan adat yang tidak selari dengan ajaran Islam yang masih diamalkan oleh orang Islam perlulah dilakukan dan diambil natijahnya.
________________________

Ulasan ini wajar dijadikan panduan:
Delete
Blogger Hunny said...

Salam Pak Ngah,

Dalam perbahasan mengenai Islamic Legal Maxims/usul fiqh ada membahaskan mengenai kaedah yang mengharuskan penggunaan adat sebagai mengikat dan boleh diamalkan oleh penduduk sesuatu tempat selama mana adat itu tidak bertentangan dengan Quran dan Sunnah. "AL-Adah Muhakkamah" or customs is authoritative.(Adat bersifat mengikat). Selagi adat yang digunapakai tidak bertentangan, bolehlah diamalkan.

July 22, 2009 6:23 PM

_________________________

"Mentaati Allah mengatasi mentaati adat"

_______________________

Baca tajuk ini ( Wahnuar ).


Sekian. Allah Maha Mengetahui. Wassalam

8 comments:

Anonymous said...

Salam Leenoh.

RAGGING
Sewaktu di asrama dulu saya tak 'ragging' pun. Tumbuk pencuri sampai lebam-lebam muka dia adalah. Itu hukum, bukan 'ragging'. Kalau nak diikutkan hati nak dipotong saja tangannya. Perbuatan saya menghukum orang telah dihukum sebat oleh Pengetua.

ADAT DAN IBADAT:

Adat tak salah diamalkan selagi tidak menyalahi hukum agama dan melanggar akidah. Adat orang Melayu seperti bakar kemenyan, puja lilin dan puja semangat melanggar akidah dan patut dihapuskan. Adat-adat yang tak menyalahi hukum eloklah dipertahankan supaya mengekalkan budaya. Sekiranya kita tiada adat budaya maka jadilah seperti orang Barat yang cakap "I..YOU" dengan ibubapa. Ada juga lelaki yang kena penendang bakal bapa mertua sebab terus nak kawin tanpa diwakili rombongan meminang orang tua-tua. hehe..

Leenoh said...

Salam Zaidi.
Ya,betul dan tepatlah tu.semua perkara yang dibuat selalu kita namakan adat, kita bertakbir pada malam raya adalah ibadat dan juga adat kerana kita sering melakukannya, itu adat yang digalakkan, selagi tidak bercampur aduk dengan perkara yang dilarang oleh Islam.

Semua adat yang selari dengan Islam digalakkan, semua adat yang bertentangan dgn Islam adalah dilarang.

KUNTONG said...

Sdr Leenoh:

Sebelum adanya lebuhraya memang sudah ada tol di negara kita ya...cuma kita tidak berapa perasaan, dan ia bukan dipanggil TOL.Tol yang ini harganya tidak tetap, ada yang mahal dan ada yang murah..nasibb

Leenoh said...

Salam Sdr.Kuntong.
Terlebih dahulu marilah sama-sama kita panjatkan kesyukuran kepada Allah kerana masih diizinkan Allah untuk kita berintraksi di alam maya ini.
Hahaha tol tanpa resit, dulu macam mana kita kena bayar juga ka.

Nl said...

salam pak Ngah...

masyarakat kita sekarang terutama melayu mudah sangat keliru antara adat dan hukum

contoh yang mudah adalah upacara cukur jambul dan meninggikan kubur!

Hunny said...

Salam Pak Ngah,

Dalam perbahasan mengenai Islamic Legal Maxims/usul fiqh ada membahaskan mengenai kaedah yang mengharuskan penggunaan adat sebagai mengikat dan boleh diamalkan oleh penduduk sesuatu tempat selama mana adat itu tidak bertentangan dengan Quran dan Sunnah. "AL-Adah Muhakkamah" or customs is authoritative.(Adat bersifat mengikat). Selagi adat yang digunapakai tidak bertentangan, bolehlah diamalkan.

Leenoh said...

Salam Naqeeb.
Nabi Muhammad.s.a.w.menyuruh kita cukur seluruh rambut di atas kepala anak pada hari ketujuh selepas dilahirkan dan tahniq serta aqiqah.Inilah yang disuruh tetapi orang kita suka melakukan perbuatan yang sia-sia dan sanggup menghabiskan wang ringgit kerananya.
Terima kasih kerana memberi ulasan yang membantu mengukuhkan lagi mauduk ini.

Leenoh said...

Salam Hani.
Ulasan yang diberikan telah sempurna dan tidak perlu lagi diberi ulasan balas.
Pak Ngah paparkannya di ruangan hadapan utk dimanfaatkan lagi oleh pembaca yang menziarahi blog ini.
Terima kasih, walaupun komennya pendek tetapi berkualiti...sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.