Wednesday, July 8, 2009

Kaabah Pusat Ibadat Teragung Di Dunia.


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ


Baitullah atau Kaabah adalah satu-satunya tempat ibadat tertua dan agung sejak zaman berzaman digunakan oleh penganut ajaran bukan samawi kemudian bertukar kepada ajaran samawi yang dipimpin oleh Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail.

Allah memerintahkan Nabi Ibrahim a.s. bersama anaknya Ismail.a.s.mendirikan Kaabah, Tanpa bertangguh mereka pun mentaati perintah tersebut dan sama-sama mendirikannya serta Allah memerintahkan pula supaya diumumkan kepada manusia bahawa Kaabah ini tempat untuk manusia beribadat kepada Allah Taala dan tempat mengerjakan Ibadat Haji . Maka Nabi Ibrahim a.s. dan Ismail a.s. pun memohon pula daripada Allah supaya tunjukkan cara-cara mengerjakan ibadat Haji. Sejak itu Kaabah menjadi tempat tumpuan umat Islam sehinggalah sekarang ini, manusia tidak putus-putus bertawaf mengelilingi kaabah seperti pergerakan nadi kita yang tidak pernah berhenti, pergerakan umat Islam mengelilingi Kaabah itu seolah-olah pergerakan nadi dunia dan pergerakan itu akan berlaku sehingga Hari Qiamat tanpa berhenti sesaat pun. Hanya Kaabah merupakan Pusat Ibadat Teragung di dunia.

Bagi mereka yang mempercayai kepercayaan yang lain mereka juga mempunyai tempat ibadat di merata tempat di dunia ini iaitu berupa rumah-rumah berhala atau patung-patung yang berbagai-bagai rupa bentuknya.Ini juga berlaku di Kaabah sebelumnya sejak zaman dahulu lagi, mereka menyembah berhala-berhala dan patung-patung tersebut, di mana kepercayaan seumpama ini amat salah di sisi aqidah Islam dan menjadi syirik kepada Allah.

Orang Islam tidak menyembah Kaabah tetapi mereka diperintahkan Allah supaya menjadikan tempat itu sebagai tempat , ruang atau tapak untuk beribadat kepada Allah serta arah qiblat (mengadap) semasa beribadat khasnya ketika bersolat. Kaabah adalah makhluk Allah sampai masanya akan rosak dan binasa jua. Sesiapa yang menyembah Kaabah akan berlaku syirik kepada Allah dan amat dimurkai-Nya serta terkeluar daripada aqidah Islam.
_________________________

Firrman Allah bermaksud.

"Sesungguhnya rumah ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia ( beribadat kepada Tuhannya ) , ialah Baitullah yang di Mekah, yang berkat dan ( dijadikan ) pertunjuk hidayah bagi umat manusia".

Surah Ali Imran (96)
____________________

Sekadar ini dahulu.........



"Allah Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa".

Sekian.wassalam.

4 comments:

Nl said...

salam pak Ngah...
betul tu suatu hari nanti kita akan ditanya dimanakah kiblat kita...

semoga kita semua mendapat rahmatNya...

Leenoh said...

Salam Naqeeb.
Ditulis hanya untuk peringatan dan ulangkaji serta mengelak salah faham oleh mereka yang bukan Islam. Menegaskan bahawa orang Islam tidak menyembah Kaabah.

Anonymous said...

Salam Leenoh.

Sebelum Kaabah, kiblat umat Islam (ajaran rasul-rasul terdahulu) ialah Baitulmaqdis. Tujuan di ubah kiblat ke Kaabah adalah untuk membezakan siapa pembelot dan siapa yang taat kepada agama Allah SWT.

Firman Nya yang bermaksud,

"Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu. Dan Kami tidak menetapkan kiblat yang menjadi kiblatmu (sekarang) melainkan agar Kami mengetahui (supaya nyata) siapa yang mengikuti Rasul dan siapa yang membelot. Dan sungguh (pemindahan kiblat) itu terasa amat berat, kecuali bagi orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah; dan Allah tidak akan menyia-nyiakan imanmu. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada manusia." (QS. al-Baqarah 2:143)

Leenoh said...

Salam Zaidi.
Ya. Baitulmuqaddis dan Kaabah mempunyai sejarah dan peristiwanya tersendiri, saya cuma ingin menonjolkannya dari aspek aqidah supaya orang kita tidak terlanjur menjadikan Kaabah tempat menyudah kepada ibadat mereka, tempat penyudah segala ibadat ialah Allah Taala.
Terima kasih kerana memberi ulasan yang mengukuhkan lagi mesej yang hendak disampaikan.