Saturday, July 11, 2009

Majlis Penutup Kursus Mengerjakan Haji, Anjuran Masjid Al.Majidi, Sg.Layar Hujung,Sg.Petani.Kedah.

Di Mina


Salam Semua.

Pagi ini saya pergi ke Pasar Asnaf Sek.3 Shah A
lam dan bersarapan di Restoran Khalifah, pekena capati dan teh tarik, sedap capatinya lembut dan lazat. Sedang bersarapan tiba-tiba seorang wanita masuk berpakaian baju berwarna kehitaman dan seluarnya keputihan, saya sangka Cik Nurhani Salwa seorang Peguam Muda dan rakan blogger yang saya kenal, lama juga saya peratikan wajahnya dari jauh takut nanti bersapa tersalah orang lak, nasib baik tidak bersapa dengan dia, rupa-rupanya bukan Hani, memang mata saya pagi ni agak kabur sedikit, boleh jadi saya mengambil masa yang lama membaca suatu blog yang juga agak kabur pandangannya tentang kehidupan ini. Saya di Restoran Khalifah sekitar jam 8.15 pagi.

Selepas itu saya menerima satu mesej dari kawan
baik saya
( Nan Besi ) dari Sungai Layar Hujung memaklumkan kepada saya bahawa pada hari ini, Masjid Al.Majidi meraikan Us.Mat Teh O dan peserta kursus dengan mengadakan Majlis Penutup Kursus Cara-cara M
engerjakan Haji pada ketika itu Nan Besi sedang memotong buah tometo untuk dibuat air asam, katanya tiga lembu sedang ditumbangkan dan sedang dilapah. Pada tahun lepas saya bersama-sama mereka, pada tahun ini saya cuma membayangkannya dari jauh sahaja, hubungan saya dengan mereka memang sangat erat dan mesra sekali, setiap Sabtu saya menerima mesej dari mereka, mungkin mereka teringat saya kerana pada tahun lepas saya bersama mereka bergotong- royong menyiapkan persiapan makanan masa rehat untuk peserta kursus dan juga pada majlis penutup.

Jam 9.00 pagi saya ke Tesco Extra untuk membeli sedikit barang keperluan, dalam perjalanan balik Nan Besi ( Nama gelaran kerana Nan adalah pengusaha Bengkel Besi - tidak salah gelaran yang menguntungkan da
n memberi faedah kepada tuan tubuhnya ) sekali lagi menghantar mesej kepada saya ketika itu jam 9. 40 pagi
( agak saja ), kandungan mesejnya berbunyi;

"Lembu rm6500, 2 ekor, sedekah mentah 1 ekor - masak hitam, sup tulang, cicah air asam. peserta anggaran 800 lelaki/puan, cuaca hujan gerimis"

Dua lembu dibuat masak dan khenduri di masjid dan satu lembu disedekah daging mentah kepada semua yang hadir. best ga
k dapat daging percuma.

fuuh sedapnya daging rebus cicah air asam, sup tulang lagi, makan beramai-ramai dengan kekawan lak. bahagialah mereka..........Kalau ada gambar kenangan lagi cun.

Masjid Al.Majidi.
Sungai Layar Hujung,
Sungai Petani.


Pokok Kurma di tanam
di dalam kawasan Masjid Al.Majidi.


Berbalik kepada cerita Kursus Haji.
Kursus Haji yang disampaikan oleh Ust.Mat Teh O ini disampaikan dengan cara yang sangat menarik. Bantuan slide dimanfaatkan sebaik mungkin, juga disertakan dengan amali (praktikal). kursus biasanya diadakan dalam 12 siri. Peserta mudah memahami dan akan mengikuti dengan penuh minat,
Fokus utama yang diberikan tertumpu kepada cara-cara mengerjakan Haji tetapi perkara-perkara lain juga diterapkan supaya peserta dapat dimantapkan lagi ilmu Aqidah dan fiqah mereka serta menyuburkan fikrah Islam mereka agar sekembali dari mengerjakan Haji nanti tidaklah melakukan kesilapan yang melanggar perintah Allah sehingga ke akhir hayat, itulah harapan dan doa semua peserta.

Apa guna pergi mengerjakan Haji kalau selepas kembali masih terlibat dengan perkara maksiat dan syirik kepada Allah. Peserta yang hadir bukan semuanya yang akan pergi mengerjakan Haji pada tahun ini sahaja , malah mereka yang telah bergelar Haji pun hadir untuk menambahkan pengetahuan, mereka yang lama lagi akan pergi mengerjakan Haji juga hadir untuk membuat persediaan awal.

Syabas dan tahniah kepada AJK dan Anak Qariah serta Peserta Kursus Haji pada kali ini.


Sekian.Wassalam.

4 comments:

Hunny said...

Salam Pak Ngah,

Lain kali kalau turun seksyen 3, sms lah saya. Bolehlah saya belanja sarapan. :)

Leenoh said...

Salam Hani.
Nasib baik tadi, kalau Pak Ngah sapa dari jauh tentu dah terkena, malu boleh, menyesal pun boleh hehehe. Bila dia mai dekat sikit baru Pak Ngah nampak jelas, dia tak makan di situ, bungkus ja.
Nanti bila-bila Pak Ngah sms, hari ni Pak Ngah tak berani sms, takut Hani belum hilang letih lagi hehehe.
Insya Allah bila Pak Ngah pindah ke rumah baru di U12 nanti, kita buat laksa utara untuk dia hahaha.
Mak Ngah pun pandai gak buat laksa utara. Lagi pun Pak Ngah bukan ada sapa di Shah Alam ni, boleh ajak Us,Juraish sekali buat peramai hehehe...kalau ada rezeki. Insya Allah.

Nl said...

salam pak Ngah...

best tu daging cicah air asam ...

dah lama tak makan...
bubuh daun kesum yang fresh2 tu lagi power huhuhu

Leenoh said...

Salam Naqeeb.
Kalau sup utara di Sek.18 ada, Pak Ngah selalu gak pi makan.
Tapi air asam istimewa ni susah nak cari.