Sunday, October 25, 2009

Rumah sekarang ada kelainan.

Salam semua

Rumah sekarang ada kelainan

Dalam entri ringkas ini saya ingin berkongsi pendapat dengan anda, kalau anda seorang arkitek atau juru pelan lagi seronok untuk didengar pandangan anda. Saya menulis ini semata-mata mengikut pengalaman dan rasional akal sahaja. tegasnya tidak memiliki apa-apa kepakaran mengenai topik yang dibincangkan ini.Mungkin hujah yang diberikan ini tidak tepat atau sudah kuno.

Semua rumah baru yang dibangunkan di taman-taman perumahan sekarang ini saya dapati tiada lagi disediakan lubang angin untuk kemudahan putaran angin keluar dan masuk ketika semua pintu dan tingkap ditutup, itulah bahasa yang mudah untuk saya jelaskan kepada anda mungkin ada istilah lain yang lebih canggih, apapun maksud saya ialah apabila tingkap bilik dan pintunya ditutup penghuninya seperti berada di dalam kotak mancis, kalaupun ada kipas anginnya tidak lagi berputar dengan selesa.

Bayangkan kalau anda tinggalkan rumah dalam tempoh seminggu dalam keadaan semua tingkap dan pintu tertutup rapat, sedangkan pada ketika itu pula musim panas . Bila anda balik dari pemergian selama seminggu itu, sebaik sahaja anda membuka pintunya dan masuk ke dalam rumah, apakah agaknya aroma yang akan anda terhidu ?. Saya dapat bayangkan bau hangit rumah tersebut. kiranya cuaca panas berada pada paras yang tinggi ketika inilah barang kaca dan tail lantai akan meletup dan pecah, berlebih-lebih lagi jika pemasangan tail (tiles) pula dalam kualiti yang rendah.

Jelaslah pelan rumah sekarang berbanding dengan rumah zaman dahulu mempunyai perbezaan dan kelainannya yang tersendiri, Kalau bina begitu pada zaman dahulu berkemungkinan anda akan gagal mendapatkan kelulusan pihak yang berkuasa, terutamanya bahagian kesihatan kerana pelan tersebut tidak menepati hajat mereka atau tiada prihatin dengan kesihatan penghuninya.

Pelan sekarang nampaknya mempunyai daya dorong melariskan jualan pendingin udara, memanglah sesuai untuk memasang pendingin udara, tetapi tidak semua bilik hendak dipasang dengan alat tersebut. Pada pandangan saya pelan rumah tahun 80an bersabit dengan perkara ini lebih relevan dengan keadaan dan cuaca yang panas..


Cuba lihat

Tiada lubang angin.


Cuba anda lihat gambar, kalau tingkap dan pintu ditutup tentu sekali seperti berada di dalam kotak mancis, rumah ini dikatakan harganya hampir Rm300.000.00.

Hanya meluahkan rasa prihatin mindaku terhadap alam sekitar.

Sekian. Wassalam.



4 comments:

Dee said...

rumah sy pun kecik je..cam umah burung merpati..xpelah kecik2 pun umah sendiri..bukan sewa..hehehe..

Leenoh said...

Salam Dee.

Masalah di sini bukan soal rumah itu kecik atau besar tapi pelannya.
Sepatutnya bahagian di atas tingkap tu perlu dibuat dua atau tiga lubang supaya angin boleh masuk atau keluar,apabila tingkap dan pintu ditutup.

Hunny said...

Kalau ada lubang, cepat berhabuk pulak Pak Ngah...

Leenoh said...

Salam Hani.

Agaknya itulah sebabnya depa tutup.Tapi memang banyak sungguh habuk baru semalam Pak Ngah panjat tangga buang habuk yang melekat di kipas.

Nasib baik Allah Taala cipta bulu hidung kalau tidak batuk memanjang hehehe.

Ada rasionalnya gak.