Salam semua.
Pada hari Jumaat yang mulia ini elok juga kalau kita melakukan muhasabah diri untuk peringatkan diri supaya mengawal gelombang kejahatan yang sentiasa diberi motivasi dan dorongan oleh iblis dan nafsu serakah diri. Nafsu sentiasa sahaja inginkan sesuatu yang kotor yang dipalsukan dengan keindahan, kalau dinilai secara kasar pun kita dapati sesuatu yang disukai nafsu jahat ialah sesuatu yang kotor dan jijik.
Cuba lihat tabiat sesetengah manusia, di antaranya ada yang suka menghisab dadah, rokok, minum arak, berzina dan mengamalkan sistem riba dan seumpamanya, semua perkara tersebut jika diteliti ianya sesuatu yang nilai rohani dan fizikalnya kotor dan jijik atau sesuatu yang akan membawa manusia ke alam yang kotor dan jijik.
Menghisab dadah, rokok dan minum arak akan mengakibatkan keburukan kepada manusia, di mana ketagihan dadah dan rokok memungkinkan seseorang itu mengidap berbagai penyakit yang berbahaya kepada diri sendiri.Manakala keburukan minum arak sangat lebar ruang cakupnya, mabuk boleh menyebabkan seseorang itu menjadi pembunuh, penceroboh, memandu kereta secara liar dan ganas sehingga boleh menyebabkan kematian diri dan orang lain yang tidak bersalah dan berbagai keburukan akan berkembang biak akibat mabuk arak.
Berzina suatu perbuatan yang amat terkutuk tetapi disukai oleh nafsu syahwat manusia, pada zahirnya pun kelihatan kotor dan jijik kerana perbuatan berzina itu menggunakan kemaluan atau alat kelamin, iaitu salah satu organ yang paling kotor dan jijik yang berada di badan manusia.
Namun begitu nafsu syahwat manusia sangat suka bersetubuh atau melakukan hubungan jenis sehingga terdapat di kalangan mereka sanggup melanggar peraturan yang telah ditetapkan Allah, malah ada juga perbuatan jijik yang mereka lakukan itu mengakibatkan mereka menderita seumur hidup kerana mengidap berbagai penyakit yang sangat berbahaya bagi diri mereka dan tidak kurang juga akibat perbuatan terkutuk itu ramai yang melahirkan zuriat yang samar keturunannya.
Manusia sebenarnya mengetahui akibat buruk tersebut tetapi mereka lemah dan kecundang dengan dugaan Allah terhadap diri mereka.
Amalan riba yang mana sistemnya berfungsi sejak zaman jahiliyah lagi dan disedari sejak itulah juga tentang kezalimannya. Sistem tersebut menzalimi dan menindas suatu pihak dan menguntungkan satu pihak yang lain berlipat ganda . Sehingga kini manusia tidak berjaya menghapuskannya.
Orang kaya sepatutnya mempunyai kekuatan untuk menegakkan keadilan berbanding dengan orang miskin, tetapi, sebaliknya mereka terus menerus berlazat-lazat dengan sistem yang jijik dan zalim tersebut, pada hal mereka juga setiap hari mengucapkan syahadah dan berjanji mematuhi perintah Allah bersama-sama saudara Islam mereka yang miskin, di sebalik tabir mereka bersuka ria menzalimi manusia lain dengan mengambil faedah yang berganda-ganda.
orang kaya akan bertambah kaya dan orang miskin akan bertambah miskin. Demikianlah keburukan amalan riba yang amat dilarang dan dikutuk oleh Allah, mereka yang mengamalkan sistem ini akan dibangkitkan pada hari kiamat nanti dalam keadaan seperti orang sasau.
Sebenarnya semua manusia menghadapi ujian tersebut, ada di antara mereka yang berjaya menghadapi ujian itu dengan bersabar dan mendapatkan pertolongan Allah melalui bersolat dan berdoa. Mereka yang ego dan sombong serta enggan tunduk dan tidak menunaikan solat akan berada berjauhan dengan Allah dan sukar mendapatkan pertolongan-Nya.
Allah telah menyediakan panduan dan sistem hidup yang sempurna untuk diikuti dan dipatuhi oleh manusia bagi menangani semua perkara dan semua aspek kehidupan di dunia ini supaya manusia peroleh kejayaan di dunia dan di akhirat.
Semua perkara yang dikatakan kotor dan jijik itu bukan setiap ketika ianya dianggap kotor dan jijik, sebaliknya perbuatan yang kotor dan jijik itu dinilai mulia di sisi Allah sekiranya dilakukan pengikut perintah Allah yang terkandung di dalam al.Quran dan al.Hadis.
Perbuatan bersetubuh atau melakukan hubungan jenis tanpa nikah adalah amat dilarang dan nilainya sangat hina di sisi Allah, sebaliknya jika persetubuhan itu berlaku di antara suami isteri ianya dianggap halal dan mulia serta mengikut jejak Rasulullah.s.a.w. Malah perlakuan dan perbuatan tersebut akan diberi pahala dan keberkatan pula.
Allah mengharamkan riba tetapi menghalalkan jual-beli.
Setiap detik dan saat manusia menghadapi ujian Allah, untuk menghadapi ujian itu manusia hendaklah terlebih dahulu mengenal diri sendiri dengan memeriksa dan meneliti asal usul kejadian diri, kenal diri akan diikuti dengan kenal Allah ( makrifatullah ). Manusia dijadikan oleh Allah , oleh itu mereka tidak seharusnya ego dan sombong, mereka wajib sujud dan patuh perintah Allah tanpa syarat. Mereka yang enggan sujud dan bersolat menggambarkan mereka itu manusia yang sombong dan ego. Allah menjadikan dirinya tetapi enggan bersyukur dan mengabdikan diri kepada Pencipta-Nya.
Sekian. Wallahu aklam. Wassalam.

8 comments:
Salam Leenoh.
Entri ini memberikan pengertian yang tepat kepada yang malas solat. Tepat sekali sesiapa yang tak solat bersikap "egoist" dan "sombong" kepada ALLAH SWT.
"Dirikanlah solat & tunaikanlah zakat" adalah ayat kunci yang difirman berulang-ulang kali di di dalam al-Kitab. Solat menghubungkan manusia dengan Tuhannya manakala Zakat menghubungkan manusia dengan masyarakatnya. Solat ialah tiang agama manakala Zakat ialah tiang ummah. Sombong dan Riba ibarat anai-anai yang merosakkan tiang-tiang kehidupan.
Salam leenoh,
Alhamdulillah cetusan anda sangat baik bagi orang yang mahu muhasabah dan membaiki kelemahan serta kekurangan diri,disebaliknya terus berusaha untuk memperbaikinya serta meletakkan dirinya sebagai HAMBA ALLAH yang benar-benar merasai dirinya kerdil yang setiap saat dapat menyedut udara dengan hanya RAHMAT Allah jua.Bagi orang-orang yang ego ini sebenarnya dia TIDAK PERNAH MELIHAT/MERASAI siapa dirinya,dari mana asal kejadiannya,tidak lebih HANYALAH dari air yang HINA(mani)dan keluar pula dari tempat yang kotor(kemaluan).ORANG-ORANG YANG EGO DAN KURANG AJAR INI SEBABNYA TIDAK ADA ADAB DAN SEBAB TIDAK ADA ABAB DISEBABKAN TIDAK ADA TAWADUKNYA.Berdoalah semoga kita dan zuriat kita dan seluruh umat Islam dijauhi Allah daripada musibah ini.Marilah sama-sama renung,Tidak cukupkah lagi peringatan yang Allah tunjukkan apa yang berlaku di Padang dan lain-lain lagi,jangan nanti sudah terantuk baru mengaduh.Ayuh...sedarlah kita semua wahai orang-orang muslimin,marilah terus berdoa semoga Allah memberi kekuatan kepada kita untuk sama-sama mentaatinya.Siapalah kita ....kalau tanpa pertolongan Allah!(arba)
Salam Zaidi.
Ya, hubungan dengan Allah wajib dijaga dan hubungan sesama manusia juga perlu ditunaikan.
Yakinlah, jika kesemuanya dijaga dengan baik, insya Allah manusia akan mengecapi kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
Ulasan yang membawa kepada kebajikan.
Salam Sdr.Arba.
Terima kasih kerana membantu saya memantapkan lagi entri ini.Semoga anda mendapat keberkatan dari Allah.
Sama-samalah kita berusaha utk mendapatkan keredaan Allah dan berdoa agar dikekalkan taufik dan hidayah-Nya.
Biarlah iman kita itu mempunyai ketahanan seperti ikan di dalam lautan yang tidak masin dek airnya.
saudara leenoh,
assalamualaikom,
Bermesra dan bermadu kasihlah dengan Allah.Tak da jalan lain yang boleh menyelamatkan diri.
wassalam.
salam pak ngah....
semoga kita semua terus diberikan hidayah...
Waalaikumussalam Cikgu.
Ya, dengan besujud dan bermunajat dengan-Nya sahaja jalan yang dapat menyelamatkan kita.
Dengan sifat rahman dan rahim-Nya , insya Allah kita diampunkan-nya.
Sala Naqeeb.
Jangan jemu memohon kerana setiap permohonan ada pahalanya.
Hidayah dan taufik perlu seiring dan kita perlu memilikinya.
Semoga Allah menambahkan hidayah dan taufik-Nya kepada kita.amin.
Post a Comment