Friday, October 2, 2009

Bapa pandai tidak semestinya anakpun pandai.

Gambar hiasan.

Salam semua.

Entri kali ini masih menceritakan kisah yang telah lapuk, bagi mereka yang ingin mengetahui kisah terkini nampaknya anda akan kecewa dengan entri ini kerana kisah yang akan dikemukan adalah kisah yang berlaku puluhan tahun yang telah lalu. kisah di zaman tiada telefon bimbit, tiada komputer dan tiada peralatan canggih.

Namun demikian penguasaan terhadap 3m pada ketika itu telah diutamakan, malah sebelum zaman itu lagi. Cerita 3m ini bukanlah cerita baru atau masalah baru ianya sejak zaman belum merdeka lagi.
Surah al.Alaq diturunkan oleh Allah sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w. telah menggesa manusia supaya mengutamakan ilmu, hanya dengan ilmu manusia dapat mengenal Allah, apabila manusia mengenal Allah lantas mereka akan beriman dengan-Nya.kerana ilmu yang berkat akan membawa bersamanya taufik dan hidayah.

Di antara dalil dan tanda Allah itu Maha Bijaksana dan Maha Berkuasa adalah terciptanya sekalian alam ini, di dalam alam ini terdapat berbagai makhluk yang dapat dilihat dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar, manusia adalah makhluk yang paling istimewa menjadi penghuni alam ini. Manusia dicipta Allah sebaik-baik kejadian, kejadian mereka berbeza-beza di antara satu sama lain, tiada seorang pun manusia yang berwajah sama, kalau adapun hanya hampir sama, kemampuan berfikir atau IQ manusia juga tidak sama, ada yang cerdas, sederhana, lemah dan lembam.Keadaan ini juga menunjukkan Allah itu Maha Bijaksana dan Maha Berkuasa. Manusia kenalah reda dengan habuan dan takdir yang telah ditetapkan-Nya.

Seorang bapa yang bernama Asrar tidak menyedari bahawa anaknya Embi memiliki IQ yang lemah ( bukan nama sebenar ). Embi tidak menguasai 3m walaupun telah menjejak kakinya ke sekolah menengah, penampilan Embi tidak ceria berbanding dengan kawan-kawannya, pakaiannya kelihatan lusuh dan comot sepanjang masa. Guru-guru yang prihatin rasa kesian dan simpati kepadanya atas kedaifan tersebut. Maka beliau disenaraikan sebagai pelajar yang layak diberi bantuan oleh PIBG sekolah bersama pelajar-pelajar miskin yang lain.Hampir sepanjang tahun berpakaian comot dan lusuh tentulah terdapat sesuatu yang tidak kena dan tidak adil terhadap dirinya, Embi adalah seorang pelajar yang perlu ditolong, demikianlah tanggapan guru-gurunya. Akhirnya Embi dihadiahkan sepasang pakaian sekolah oleh PIBG bersama-sama pelajar miskin yang lain.

Asrar bapa Embi adalah seorang pegawai kerajaan yang sangat aktif di pejabatnya, beliau menganggotai kesatuan tertentu dan menjadi salah seorang ahli jawatankuasanya. Asrar menyedari dirinya seorang yang berfikiran proaktif sentiasa lantang berucap apabila menghadiri sesuatu mesyuarat khasnya mesyuarat PIBG.Ketika Embi menerima hadiah Asrar hanya menjadi ahli biasa PIBG sekolah anaknya. Sebelumnya beliau pernah dilantik menjadi AJK.PIBG tersebut.

Asrar memang kenal Setiausaha PIBG sekolah anaknya tetapi Setiausaha ( SU ) tersebut tidak menyedari dan tidak menyangka bahawa Embi adalah anaknya. Pada suatu hari Asrar terserempak dengan SU di bandar berhampiran sekolah anaknya dan di bandar itulah juga tempat Asrar bertugas. Su dipelawanya minum di sebuah Restoran Mamak, bersembang dan berbuallah mereka berdua selepas satu topik ke suatu topik yang lain.Akhirnya beliau menceritakan bahawa Embi adalah anaknya.SU terkejut dan tertanya-tanya di hati kenapa berlaku begitu rupa.Asrar menceritakan hal Embi itu rentetan daripada hadiah pakaian sekolah yang diterima anaknya.

Asrar menceritakan hal yang sebenarnya. katanya beliau sengaja tidak membeli baju baru kepada Embi kerana Embi tidak menunujukkan prestasi akademik yang cemerlang atau sekurang-kurangnya lulus semua subjek.Baju baru akan dibeli dengan syarat Embi menunjukkan kemajuan pelajarannya.Embi tidak kisah dengan apa yang diperlakukan terhadap dirinya , sikap Embi memang sesuai dengan IQ-nya. Embi tidak pernah di dera jasmani dan fizikalnya . Mentalnya juga tidak terasa bagai didera kerana mindanya berfikir selamba sahaja.

Selain itu Asrar melakukan berbagai usaha di antaranya membeli berbagai buku, termasuk buku-buku mengenai kokurikulum dengan harapan Embi akan menjadi seorang pelajar yang berjaya. Tidak cukup dengan itu Asrar juga memboncengkan Embi di belakang motorsikalnya dan membawanya di kawasan perumahan mewah sebagai motivasi kepada Embi, sambil bertanyakan Embi sama ada beliau ingin memiliki rumah seumpama itu apabila beliau dewasa nanti, katanya Embi menunujukkan keinginannya, Asrar menegaskan kepada Embi bahawa untuk memiliki rumah seperti ini Embi perlulah belajar rajin-rajin dan lulus dengan cemerlang. Asrar membelikan buku kepada Embi sedangkan Embi tidak pandai membaca, apakah Embi boleh buat dengan buku itu. SU membayangkan keadaan ini di dalam hatinya sambil bersedih mengenangkan Embi dilayan begitu rupa oleh bapanya yang tidak menyedari situasi sebenar anaknya.Minda SU antara dengar dan tidak sahaja terhadap penceritaan Asrar itu. Minda SU terus mengelamun mengenangkan nasib Embi anak muridnya.

Asrar tidak putus asa beliau terus berusaha demi memajukan anak lelakinya di dalam bidang akademik. Pada suatu hari yang lain pula Asrar membawa Embi bersamanya untuk melihat bagaimana Asrar berusaha membongkar dan mengorek tunggul sepohon pokok yang agak besar dan berjaya dibongkar tunjangnya, usaha yang bersungguh oleh Asrar itu akhirnya berjaya menumbangkan tunggul itu sehingga tersungkur ke tanah. Sambil itu Asrar menerangkan kepada Embi bahawa berusaha gigih itu tangga kejayaan.

Seluruh pengkisahan Asrar dan Embi ini diceritakan sendiri oleh Asrar ketika minum bersama SU di Restoran Mamak tadi, Su medengarnya satu persatu sambil sekali sekala menjelaskan kepadanya bahawa cara yang Asrar gunakan sangat baik tetapi bukan untuk Embi kerana Embi tidak mampu mengambil pengajaran dan megaplikasikannya di dalam kehidupannya kerana Embi mempunyai IQ yang agak rendah.

Sekali sekala Asrar menyalahkan guru dan tidak yakin dengan penegasan Su itu, keadaan itu memaksa Su menghuraikan lebih lanjut. Embi ketika itu telah berada di Tingkata 2. beliau tentunya melalui berbagai guru, baik dan jahat seperti tanggapannya, kalaupun guru-guru itu jahat dan malas, tidak mungkin selama Embi berada di sekolah sejak sekolah rendah sehingga ke Tingkatan 2 tidak pernah bertemu dengan gugu-guru yang dedikasi dan berketrampilan di dalam pengajaran mereka. kalau jawapannya ya. mengapakah Embi masih tidak menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3m), bukankah ini menunjukkan Embi mempunyai IQ yang rendah atau agak lemah. kita perlu menerima hakikat ini, kalau tidak Embi akan ditimpa malang yang kedua, iaitu memiliki IQ yang rendah dan beliau tidak dibantu secara adil dan secara yang sesuai dengan kebolehannya.

Jangan sangka ibu bapa pandai maka semua anaknya pun pandai atau sebaliknya. Allah itu Maha Berkuasa kita kena terima hakikat ini. Embi perlu dibeli ganti pakaian sekolah seperti anak-anak yang lain dan maruahnya juga perlu dijaga dan dihormati.

SU seolah-olah menggesa Asrar supaya menilai semula terhadap kemampuan Embi dan menegaskan supaya tidak melayannya demikian pada masa akan datang, kesian Embi kalau layanan seperti itu diteruskan, Asrar diam sahaja, kelihatan seperti beralah dan menyesal. SU menegaskan kepada Asrar bahawa Embi bukan anaknya tetapi SU membela Embi kerana Embi anak muridnya, Asrar sebenarnya berniat baik tetapi beliau tersalah nilai dan tanggapan terhadap tahap kemampuan dan kebolehan anaknya serta menggunakan method dan kaedah yang salah untuk membantu Embi.

Akhirnya Asrar menyedari keadaan dan kedudukan Embi, beliau mulai membebaskan Embi daripada syarat yang sememangnya tidak akan dapat diatasi oleh Embi. Embi mulai memakai baju yang cantik dan kelihatan semakin kemas dan ceria.
Embi bukanlah anak orang miskin seperti yang disangkakan.

Sekian.Wassalam.

2 comments:

Nl said...

salam pak ngah...

oh begitu panjang cerita dan kisah Embi... rupan2nya di anak org kaya....

jadi kalau anak cerdik juga tidak semestinya ibubapa mereka tidak cerdik... :)

Leenoh said...

Salam Naqeeb,

Macam mana dah timbang ka?. badan turun atau naik kilo, dah selepas puasa ni.hahaha.

kalau turun baguslah, boleh sambung puasa Isnin dan Khamis lak.

Marilah kita berdoa utk kebaikan zuriat kita.