Salam semua.
Pak Ngah Naim bak jatuh ditimpa tangga.
Ngah Naim begitulah panggilan orang yang lebih muda kepadanya, itulah juga panggilan yang sering diungkapkan oleh jiran-jirannya, anak-anak saudaranya, anak-anak kekawannya dan rakan-rakan anaknya. Ngah Naim bukanlah seorang yang berpelajaran tinggi seperti Hj.Awang , Hj.Majid dan Lebai Husin. mereka bertiga ini di antara orang yang dihormati oleh Ngah Naim, Ngah Naim sedar bahawa pengetahuannya sekadar menguasai 3m sahaja, maklumlah bersekolah Melayu hanya setakat darjah 4 sahaja. beliau hanya mampu membaca , menulis dan mengira serta sedikit ilmu Fiqah dan Tauhid yang dipelajarinya daripada Hj.Man dan lain-lain guru dikampungnya. Penguasaan bacaannya termasuk bacaan Jawi dan al.Quran.
Ngah Naim sering diminta oleh jiran membuat kiraan keluasan tanah mereka selepas padi dituai atau tanah ditenggalakan untuk melangsaikan upahnya, setelah petak diukur keluasannya barulah bayaran dapat dibayar dengan tepat kerana bayaran upah berdasar keluasan tanah yang dikerjakan.Pada ketika itu kemihiran yang dimiliki Ngah Naim sudah dikira berpelajaran dan dihormati rakan sekampung.
Ngah Naim mengerjakan sendiri tanah sawahnya yang dimilikinya beberapa relung dan dicampur dengan beberapa relung tanah pusaka yang belum difaraidkan lagi, jika dijumlahkan kesemuanya tidak sampaipun sepuluh relung, dalam pada itu ada tanah yang tidak subur untuk tanaman padi , di mana tanah itu dikenali sebagai tanah gelam. hanya pokok gelam dan keduduk sahaja yang tumbah menggila di sana sini.
Di kawasan tanah gelam ini biasanya orang kampung menggunakannya sebagai padang ragut untuk lembu kerbau mereka menikmati rumput yang menghijau di kawasan tersebut, Petani yang mempunyai banyak modal, tanah gelam itu disuburkan dengan cara dibajai setiap tahun dengan baja tahi kelawar yang diperolehi daripada Gunung Keriang yang letaknya lebih kurang 25km dari kampung Ngah Naim.Baja tahi kelawar itu bercampur dengan tanah merah di gunung tersebut. Baja tersebut diperlukan berlori-lori banyaknya untuk dituangkannya di dalam petak sawah sehingga tanah sawah itu bertukar sifatnya daripada bersifat tanah gelam kepada tanah yang sesuai dengan tanaman padi.Baja tersebut diangkut dengan lori ke sawah ketika musim kemarau kerana ketika itu tanah sawah kering kontang sehingga boleh dilalui kenderaan berat seperti lori dan seumpamanya. Keadaan ini berlaku sebelum tanaman padi dua kali setahun, kini keadaan kering kotang itu tidak berlaku lagi malah petak padi sentiasa dipenuhi air atau sekurang-kurangnya tanah sawah berkeadaan lembut atau berlumpur hanya boleh dilalui oleh jentera pembajak sahaja.
Ngah Naim juga membajai sawahnya dengan baja tahi kelawar tetapi tidaklah dibeli dengan banyaknya seperti pesawah kaya kerana Ngah Naim tidak mampu membiayai kosnya, maklumlah Ngah Naim pada ketika itu mempunyai enam orang anak, tiga lelaki dan tiga perempuan,
Mereka itu semuanya memerlukan makanan dan pakaian yang mencukupi untuk menyambung nafas kehidupan bersama-sama dengan anak-anak orang lain.anak-anaknya juga memerlukan pelajaran, semuanya itu memerlukan perbelanjaan dan pembiayaan. Hasil padi dari tanah yang kurang daripada sepuluh relung itu tentulah memeritkan kehidupan keluarga. Suatu tindakan yang bijak perlu dilakukan oleh Ngah Naim untuk kesejahteraan keluarganya.
Ngah Naim sebagai seorang bapa dan seorang suami beliau dilihat sangat dedikasi dan tekun dalam mencari rezeki untuk keluarganya, beliau mempunyai susuk badan yang sederhana, tingginya dianggarkan 5 kaki 7 inci, perutnya tidak sempat menjadi buncit seperti orang kaya kerana setiap hari beliau melakukan kerja-kerja yang boleh memecahkan lemak badannya secara tidak langsung itulah menjadi senaman hariannya.
Ngah Naim ketika usianya 30an beliau terpaksa juga menguruskan kehidupan dua adik lelakinya yang masih bujang kerana ibu bapa mereka telah meninggal dunia, adik beradik Ngah Naim semuanya lelaki disamping beliau mempunyai seorang abang yang berlainan bapa kerana berlainan bapa agaknya, maka adik lelaki mereka yang dua beradik itu Ngah Naim yang lebih mengambil berat mengenai mereka berbanding dengan abang beliau dan Ngah Naim juga menjadi tempat dua adiknya mengadu.
Ketika usianya 40an harta pusaka sebelah ibunyapun dibahagikan atau difaraidkan kepada warisnya seramai lima beradik lelaki kesemuanya dan tiada lagi waris lain berhak kerana lima beradik ini waris berkedudukan terhalang waris yang lain dari segi hukum faraid,urusan ini dikepalai abang mereka.
Pada tempoh masa sebok menguruskan harta pusaka inilah Ngah Naim jatuh sakit kerana memikirkan cara menguruskan harta pusaka itu tidak mengikut syariat Islam dan terdapat sesuatu yang disembunyikan oleh abang yang berlainan bapa itu. Dengan itu segala urusan yang dikendalikan sudah tidak diberkati dan tidak memuaskan lagi, padanya apabila tuan empunya harta meninggal dunia dan meninggalkan semuanya anak lelaki maka harta tersebut amat senang dibahagikan iaitu pembahagian yang sama banyak tetapi keadaannya menjadi sebaliknya, perkara itulah yang merisaukannya menjadikan beliau dalam keadaan menelan mati emak dan jika meluahkannya mati bapa. Kerisauan ini tidak mempunyai titik akhirnya kecuali beliau jatuh sakit dan mengalami demam panas yang begitu lama sehingga menyebabkan beliau mengalami kurang kecerdasan minda seperti dulu, ini berlaku dan dapat dikesan setelah beliau sembuh daripada demam tersebut.
Ngah Naim tidak bertindak apa-apa melainkan membiarkan sahaja tanah pusaka itu diurus begitu rupa dan menerima habuannya dengan rasa terkilan. Beliau meneruskan hidupnya seperti biasa dengan mengharungi keperitan dan kesusahan yang difahami oleh anak-anaknya yang telah remaja. anak-anak melihat dengan rasa sedih tetapi tidak mampu memberi apa-apapun pertolongan kepada bapa mereka. Berat mana mata memandang berat lagi bahu yang memikul.
Allah sayangkan Ngah Naim kerana dihujung usianya, Ngah Naim tidak lagi terasa susah dan miskin, beliau dapat makan apa yang dihajatinya setiap hari dengan disulami ulam-ulam kampung serta makanan yang dibeli di kedai yang berdekatan. Ngah Naim pergi sendiri ke kedai untuk membeli ikan atau daging dan barang keperluan lain, beliau memang mahir dalam mengatur pembelian barang dapur berbanding isterinya. Isterinya masih ada dan berbahagia bersama anak-anak cucunya sehingga ke saat artikel ini diabadikan di laman ini.
Pada usiannya 73 tahun beliau sekali lagi ditimpa kesusahan dan dugaan serta keperitan yang amat sangat. Kalau dahulu beliau mengalami kerisauan yang menyebabkan tidak dapat tidur lena pada waktu malam dan menyebabkan demam panas . kini beliau dihinggapi pula dengan penyakit barah di kawasan tekaknya, ibarat sudah jatuh ditimpa tangga pula, selama tujuh bulan beliau mengalami dan berjuang menghadapi kesakitan yang tidak upaya dikongsi dan ditolongi oleh sesiapa, akhirnya beliau menghembuskan nafas terakhirnya di depan anak menantu dan cucu-cucunya.
Demikianlah habuan dan nasib Ngah Naim yang dikurniakan Allah kepadanya di dunia ini, semoga Allah mengampunkan segala dosanya dan menempatkannya bersama-sama orang yang solih. - Al.Fatihah.
Sekian. Allah Maha Pengasih dan Penyayang. Wassalam.

2 comments:
saya rasa itu merupakan ujian sahaja kepada ngah naim... biasalah, kita selalu sebut. org kaya tambah kaya org susah tambah susah (err, did i get the story right?).
apalah sangat kehidupan di dunia ini yng akan hancur jua akhirnya... betul tak?
Salam Mak Su.
Saya sangat setuju dengan ulasan Mak Su. Apa yang berlaku itu sekadar ujian, ujian yang akan dinilai pada suatu masa nanti.
Orang kaya bermodal besar menjadikan mereka semakin kaya, asalkan caranya betul, orang lain akan berpuas hati.
Kehidupan dunia akhirnya akan hancur dan tiada apapun yang akan dibawa bersama melainkan harta yang berbentuk maknawi sahaja.
Semoga ujian Allah yang akan kita hadapi di dalam kehidupan yang berbaki tidak seberat itu.
Post a Comment