Salam semua.
Islam dan Politik - Ibarat baju dan poket.
Pada hari ini saya ingin mengutarakan tajuk yang agak hebat tetapi kandungannya agak cair dan ceroi sahaja , hujahnya tidak sehebat tajuknya pun . mungkin prinsipnya tidak ceroi, sebaliknya amat kukuh dan istiqamah di dalam amalan hidup harian.
Elok juga anda membacanya untuk melihat perbezaan pandangan kita sambil menyuburkan minda dan membuat percambahannya agar ianya berkembang dan terus berkembang.Manakala aspek persamaan pula kita jadikan jambatan untuk terus berhubung dan berkomunikasi serta bermuamalah di antara kita.
Kita sedia maklum bahawa masyarakat Islam Malaysia memahami Islam itu dalam berbagai tasauwur dan pandangan, demikian juga kepercayaan terhadap politik mereka.
Juga terdapat di dalam kumpulan masyarakat Islam yang mempercayai bahawa Islam tidak boleh dicampur-adukkan dengan politik dan keduanya semestinya dipisahkan, Islam lain dan politik pula suatu perkara yang lain dan terdapat juga mereka yang mempunyai fahaman politik yang sebaliknya.Iaitu Islam itu adalah suatu cara hidup dan di dalamnya sudah tentu terdapat politiknya.
Saya tidak mahu mengkategorikan jenis kedua-dua fahaman itu, apapun yang jelas kelihatan pada kita ialah masyarakat kita berbeza pendapat tentang cara hidup mereka iaitu satu pihak ingin menjana kehidupan Islam itu secara serius dan yang satu lagi sekadar ambil ada sahaja. ini dapat dilihat melalui penampilan pemimpinnya masing-masing.
Fahaman yang menyatakan politik itu tiada kaitan dengan Islam menggambarkan bahawa aktiviti politiknya berkedudukan di luar Islam atau terkeluar daripada hukum wajib, sunat, haram, halal, mubah dan makruh . Kalau politik terkeluar daripada hukum-hakam tersebut di mana pula aktiviti politik berpijak di atas bumi Allah ini, adakah ianya juga turut terkeluar daripada penilaian Allah ?. Sedangkan Allah menegaskan di dalam firman-Nya .
"Apabila bumi diguncangkan dengan guncangannya (yang dahsyat),
dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat (yang dikandung) nya,
dan manusia bertanya: "Mengapa bumi (jadi begini)?",
pada hari itu bumi menceritakan beritanya,
kerana sesungguhnya Tuhanmu telah memerintahkan (yang sedemikian itu) kepadanya.
Pada hari itu manusia ke luar dari kuburnya dalam keadaan yang bermacam-macam, supaya diperlihatkan kepada mereka (balasan) pekerjaan mereka.
Barang siapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya.
Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya pula".
Surah Az.Zalzalah
Pada hemat saya politik itu ibarat poket yang melekat di baju, apabila kita mengangkat baju maka terangkatlah bersamanya poket tersebut kerana poket itu adalah sebahagian daripada baju. kalau kita menyebut perkataan baju, masakan tidak termasuk poketnya.Begitulah juga jika kita menyebut Islam, masakan tidak termasuk politik yang terkandung di dalamnya. Seluruh dasar kehidupan umat Islam adalah wajib berpaksikan Islam, sama ada di dalam bidang ekonomi, sosial, politik dan apa sahaja yang menyentuh aktiviti hidup di dunia ini supaya ianya betul-betul menjurus ke akhirat yang selamat dan aman bahagia.
Islam itu suatu cara hidup yang semestinya meliputi dan mencakup semua bidang, Islam datangnya daripada Allah Yang Maha Mengetahui, ajaran Islam terkandung di dalam al.Quran dan al.Hadis , Allah memerintahkan manusia supaya menjadikan al.Quran dan al.Hadis itu sebagai panduan hidup, yang mana panduan tersebut dijamin membawa manusia ke arah kehidupan yang selamat di dunia dan di akhirat. Setiap umat Islam wajib mematuhi perintah tersebut tanpa kecuali.
Persoalan tersebut memerlukan jawapan yang jujur dan ikhlas tanpa pura-pura dan tentu sekali memerlukan fikiran dan minda yang kreatif, kritis dan bertindak proaktif serta sanggup berkorban. Lantas membuat anjakan pradigma ke arah yang selari dengan apa yang disebutkan di atas. Adakah sekali sekala kita terfikir untuk mengelakkannya kerana sayangkan pangkat dan habuan yang sedia ada atau rezeki yang sedang dinikmati selama ini.
Merujuk pada pandangan tersebut,nampaknya masyarakat Islam berhajat kepada kajian dan semakan terhadap falsafah dan matlamat politik mereka masing-masing supaya menepati dengan saranan surah Az.Zalzalah yang dipaparkan di atas dan banyak lagi ayat yang boleh dijadikan panduan dan juga supaya akur dengan pegangan aqidah umat Islam.Dengan itu akan terdapat ruang untuk menyuburkan aqidah semasa dan membantu mengekalkan kesinambungannya.
----------
Kalau kita berbahas mengenai Islam ianya mencakup keseluruhan kehidupan manusia dan politik adalah sebahagian daripadanya sahaja.
Jika kita berbahas mengenai politik ianya mencakup sebahagian sahaja daripada kehidupan manusia .
------------
Sekian. Wallahu aklam. Wassalam.

2 comments:
salam leenoh,
Orang kita ni paham Islam pun tak tara mana.Paham politik pun tak tara mana.Tu yang habeh bercelaru.
Macam orang jamu kita nasi.Dah tentunya ada lauknya,ada sambalnya,ada sayurnya ,ada ulamnya dan berbagai2 lagi.Dia tak jamu nasi kosong.
Begitu juga Islam.Ada berbagainya dalam Islam.Tak dak satu pun yang tak dak dalam Islam.Nak kencing,nak berak dan nak kentut pun ada dalam Islam.Sebut saja,semuanya ada.Macam-macam ada.
wassalam.
Salam Sdr.Pak Cha.
Semoga anda, Mak Wan dan juga keluarga sihat walafiat.
Pada saya sekiranya umat Islam menerima Islam itu sebagai cara hidup mereka sepenuhnya, masyarakat kita akan lebih aman dan bahagia serta tidak was-was lagi untuk kita cergas bersama kumpulan manapun kerana roh dan sistemnya ke arah mencari keredaan Allah.
Islam itu tinggi, sesuai dengan ketinggiannya itu maka hendaklah kita letakkan di tempat yang paling atas di dalam wadah kehidupan dan perjuangan kita dengan menjadikannya roh dan jasad kepada sesuatu organisasi yang kita tunggangi, diharapkan dengan cara itu ianya dapat mengawal umat kita yang aktif di dalamnya daripada tersasul dengan gejala buruk seperti rasuah dan melibatkan diri di dalam perniagaan arak yang menjadi ibu dan organ maksiat dan lain-lain elemen yang boleh merosakkan masyarakat kita sendiri.
Post a Comment