Saturday, October 17, 2009

Pengakuan dan perjanjian dengan Allah.


Salam semua.

Pengakuan dan Perjanjian dengan Allah.

Setiap hari orang Islam akan membuat pengakuan dan perjanjian dengan Allah sekurang-kurangnya lima kali dan ramai di antara mereka membuat lebih daripada itu . Tidaklah dianggap lebih penting bercakap dan berfikir tentang hal ini berkaitan dengan orang lain tetapi yang amat penting ialah mengenai diri kita sendiri, selepas itu barulah kita memikirkan hal orang lain, dalam apa hal pun itulah kedudukannya iaitu utamakan diri sendiri kerana kewajipan menjaga diri itu setaraf fardu ain kemudian diikuti pula dengan mereka yang terdekat, umpama berdoa, tertibnya untuk diri sendiri dahulu kemudian untuk ibu bapa dan seterusnya orang lain, demikianlah di antara tertib susunan kewajipan dan tanggungjawab.

Merujuk kepada pengakuan dan perjanjian kita dengan Allah yang berlaku pada setiap kali kita menunaikan solat. Perlu difikirkan semula sama ada pengakuan dan perjanjian itu aktif berterusan sehingga ke luar solat, tegasnya sehingga ke dalam kehidupan harian.
Perjanjian dan pengakuan di dalam solat yang dimaksudkan itu seperti maksud firman Allah yang dipaparkan di bawah ini.
___________

Firman Allah bermaksud;

"Katakanlah: "Sesungguhnya salatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam,

Tiada sekutu bagi-Nya; dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri (kepada Allah)".
Surah Al.An'aam ( ayat 162 - 163 )
______________

Nampaknya pengakuan dan perjanjian itu tersusun rapi di dalam rangkaikata yang sangat indah dan kukuh . Kata-kata yang dipinjamkan dari Kalam Suci Allah yang bermukjizat pula kedudukannya.Adakah pengakuan dan perjanjian itu hanya terungkap di dalam solat sahaja? Dan tidak diteruskan sepenuhnya di dalam kehidupan yang melibatkan berbagai aktiviti sosial seperti ekonomi, pentadbiran, jenayah, politik dan beberapa aspek kehidupan yang lain lagi.

Persoalannya di sini sama ada kita terlalai atau tidak, ketika kita bersolat dan juga ketika terlibat dalam bidang yang disebutkan di atas sehingga Allah memberi amaran di dalam ayat-Nya yang lain mengenai ancaman siksaan di dalam neraka wail.

Ditakuti perjanjian dan pengakuan di dalam solat tidak dibawa ke dalam kehidupan sebenar di mana di sana kita bergerak lebih lama berbanding di dalam solat. Pengakuan dan perjanjian itu bukan sesuatu yang sementara, malah seumur hidup atau sepanjang hayat dan tidak juga berupa tenggelam timbul, sekejab ada dan sekejab tiada. Perjanjian dan pengakuan itu adalah bersifat istiqamah dan kekal dan aktif pada setiap tempat dan ketika.
Terlalaikah kita ?.
_____

Firman Allah bermaksud:
"Tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama
( Ad.Din) ?
Itulah orang yang menghardik anak yatim,
dan tidak menganjurkan memberi makan orang miskin.

Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang salat,
(yaitu) orang-orang yang lalai dari salatnya,
orang-orang yang berbuat ria.
dan enggan (menolong dengan) barang berguna".

Surah Al.Maa'uun ( ayat 1 - 7 )

Intisari ayat:
Orang yang mengusir anak yatim dan tidak suka memberi makan orang miskin, adalah termasuk golongan yang mendustakan hari pembalasan atau agama Allah, meskipun dia mengaku bahawa muslim sejati, kerana tidak berfaedah ucapan itu, jika tidak diikuti dan disertai amal kebaikan, Allah menyediakan neraka wailun untuk orang bersolat yang lalai hatinya dari solat ( tidak mengadap hatinya kepada Allah ) serta riya' lagi enggan berzakat.



Sekian dahulu.wassalam.

4 comments:

Mak Su said...

berjanjilah di dalam solat dan buktikan di luar solat

KUNTONG said...

Alhamdulillah, dgn izin Allah, sampai juga kami ke rumah Encik Leenoh. Terima kasih.

Leenoh said...

Salam Mak Su.

Insya Allah Mak Su kita cuba sedaya upaya buktikannya.

Leenoh said...

Salam Sdr.Kuntong.

Terima kasih kepada semua, maaf layanan kami kurang memuaskan.

Jam 11.30 pagi kami pula ke Bangi . jam 4.10 ptg baru sampai balik.

Jangan serik datanglah lagi bila ada kesempatan.