Tuesday, October 27, 2009

Jambatan gantung runtuh di Kuala Dipang.



Salam semua.

26 Okt.2009.( malam )
Seramai 22 pelajar dikhuatiri hilang dalam satu kejadian Jambatan Gantung runtuh di Kuala Dipang, Tapah, Ipoh; Perak .
Demikian dilaporkan oleh beberapa media hari ini, mereka adalah peserta kursus / perkhemahan kokurikulum yang dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran.ketika entri ini ditulis berbagai pihak sedang berusaha mencari dan menolong para pelajar yang terlibat.

###########

Marilah kita sama-sama mengucapkan takziah kepada ibu bapa dan keluarga para pelajar yang menjadi mangsa runtuhan tersebut. Juga kepada para guru yang sekian lama mendidik mereka dan berdoa untuk kejayaan mereka.

Diharap dan didoakan semoga mereka semua selamat.Ketika ini realiti kepada para pelajar tersebut masih menjadi teka teki dan merisaukan semua pihak.

Ujian ini adalah sangat perit dan sedih untuk diterima oleh anda semua dan sesiapa sahaja tetapi itulah hakikat hidup manusia di dunia pinjaman ini , kemalangan dan hayat maut datang tanpa diundang.

Kita hanya merancang dan berusaha tetapi perancangan Allah adalah yang terbaik. Semoga kejadian tersebut dapat menginsafkan kita mengenai nilai kehidupan yang dipinjamkan Allah kepada kita.

Dan sama-samalah kita berdoa agar dijauhkan Allah daripada ditimpa bala yang tidak mampu kita tanggung dan tidak kuasa menghadapinya serta kukuhkan iman kita sepanjang masa, amin.

___________________________
Terkini.
19 pelajar yang terlibat dilaporkan selamat.

____________________________


Jika ingin mengetahui pandangan saya mengenai kursus sila klik tajuk di bawah ini;

Sekian.Wassalam.


4 comments:

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

salam leenooh,

22 kanak2 tersebut,insyaallah dapat pahala syahidnya.Itulah cara Allah nak anugerahkan pada mereka.

Peristiwanya sedih,hakikatnya gembira.

wassalam.

Leenoh said...

Salam Sdr.Pak Cha & Mak Wan.

Tidak syak lagi kanak-kanak itu mendapatnya.

Mereka seperti kain putih tetapi pengurusan kita yang dewasa ini masih dipersoalkan sama ada objektif dan matlamatnya betul-betul ikhlas dan bersamanya merangkumi Iman, Islam dan Ihsan.Dalam hal ini terpulanglah kepada yang terlibat untuk membuat muhasabah diri masing-masing.

Semua manusia mempunyai kelemahan , kesilapan dan kelalaian, dalam pada itu terdapat yang boleh dimaafkan dan ada yang tidak pula boleh dimaaf.

Apapun kalau niatnya elok dan betul, maka betullah juga keseluruhan struktur perancangan dan palaksanaannya.

Wallahu aklam.

Mak Su said...

moga moga mereka semua selamat :(

Leenoh said...

Salam Mak Su.

Itulah harapan dan doa kita