Wednesday, October 28, 2009

DUN Perak bersidang lagi.

Salam semua.
09 Zulkaedah 1430 ( Rabu ).
Perak Darul Ridzuan masih mencatatkan sejarahnya yang tersendiri pada hari ini selepas semalam dikejutkan dengan berita 22 pelajar dikhuatiri hilang dan lemas akibat keruntuhan jambatan gantung di lokasi berhampiran sekolah Kebangsaan Kuala Dipang yang berakhir dengan 19 pelajar terselamat dan seorang dijumpai lemas dan dua lagi masih dicari oleh pasukan penyelamat.

Pada pagi ini pula Sidang DUN yang penuh dengan tanda tanya akan bersidang, sudah tentunya di Dewan Undangan Negeri Perak, semua pihak menunggu dengan penuh debaran dan kemusykilan, khasnya rakyat negeri Perak yang terlibat dengan pemilihan ahli DUN di dalam pilihanraya umum yang telah lalu.

Kita berharap Sidang DUN Perak pada hari ini akan berjalan mengikut prosedur yang sepatutnya supaya akhirnya kecelaruan dapat disingkirkan, dengan itu terjanalah Kehidupan Bersih.

Selamat bersidang.

Sekian.Wassalam.

No comments: