Friday, October 9, 2009

Aku tidak mampu memuaskan hati semua orang.


Salam Semua.

Kebelakangan ini aku banyak menulis dan mempamerkan beberapa tajuk yang ringkas. Kebanyakan tulisan adalah sesuai dinamakan ala bersantai, Dalam bersantai itulah aku bersembang-sembang, ada yang berfaedah dan tidak kurang juga ada yang hampas sahaja. semakin suka pula aku menulis dan bercerita cara begitu .Agaknya cara demikian lebih mudah untuk menyampaikan makluman kepada pembaca setiaku. Aku rajin menulis dan bercerita kerana masa lapangku banyak, maklumlah YB. Aku juga ingin mengambil kesempatan ini untuk melakukan kebaikan kepada orang lain supaya Allah memberikan kebaikan padaku, bukan berniat hendak mengampu tetapi Allah suruh buat macam itu. Dia suruh buat baik kepada diri sendiri dan orang lain, jadi aku cubalah buat sedaya upayaku, aku anggap itu adalah suatu kepatuhan dan ketaatan kepada Allah. Bilangan pembaca blogku yang semakin meningkat juga menarik minatku supaya kuterus menulis dan bercerita.

Sehingga ini aku menulis hampir 400 tajuk, bagiku jumlah itu dah banyak, tentu sekali ada banyak kebaikannya tetapi ada juga kesilapan dan kelemahannya. aku tentunya tidak gembira dengan kesilapan dan kelemahan yang terdapt di dalam tulisan dan ceritaku itu.Apa yang aku boleh buat hanya memohon maaf sahajalah kepada pembaca setiaku dan sesiapa sahaja yang tersinggah di lamanku ini.

Aku bukan tidak mahu menulis dan bercerita secara serius dan ilmiah yang lebih mendalam, keinginan di hati memang ada tetapi ilmu yang ada di dada tidak seberapa kilogrampun banyaknya, he3. dalam keadaan demikian tentulah tidak mampu aku melakukannya, oleh itu aku mengambil keputusan berdakwah secara bersantai sahaja, orang kata kalau tidak mampu buat semua, jangan ditinggalkan semuanya, sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit dan buat baik berpada-pada , buat jahat jangan sekali.Ungkapan ini nampaknya selari dengan ajaran Islam. Jadi akupun jadikannya sebagai panduan.

@@@

"MARILAH KITA SAMA-SAMA BERDAKWAH .
BUATLAH SEKADAR YANG MAMPU"

@@@

Menyedari atas ketidakcukupan dan kesempurnaan ilmu itu maka aku membawa diriku atas jenama " Aku adalah Aku" , aku bukan bapaku, aku bukan ibuku, aku bukan keturunanku, aku bukan sesiapa, seperti ditegaskan " aku adalah aku" iaitu seorang hamba Allah seperti tercipta, aku reda dan bahagia dengannya.

Dua puluh bulan yang telah lalu, aku tidak kenal dunia maya ini, kalau kenalpun hanya dari jarak yang sangat jauh, alhamdulillah aku diperkenalkan dan akhirnya aku kenal dan dapat menggunakan serta memanfaatkannya, walaupun kadarnya sangat minima.

Setakat ini aku meyakini bahawa berdakwah cara bersantai ini adalah juga salah satu kaedah yang baik dan mempunyai ramai kumpulan sasarannya. Manusia mempunyai tabiat dan minatnya berbagai-bagai serta pencapaian ilmu pengetahuannya juga tidak sama dan sekata, jadi saluran dakwah juga perlu disediakan dalam berbagai minhaj dan methodnya agar semua lapisan masyarakat memiliki salurannya masing-masing.

Aku tidak mampu memuaskan hati semua orang seperti juga semua orang tidak mampu memuaskan hatiku. Oleh itu aku tulis seadanya.

###

Klik Je: HAJI LALAT

Klik Je : Nama-nama Yang Maha Sempurna



Sekian.Wassalam.

4 comments:

Anonymous said...

Salam Leenoh.
Kebaikan sebesar zarah pun ada ganjarannya. Semoga Leenoh teruskan menyeru ke arah kebaikan & ingat... "Kebersihan Tanggungjawab Bersama."

Leenoh said...

Salam Sdr.Zaidi.

Insya Allah kita sama-sama menjana kebaikan utk ummah.

Kita ikut budaya semut, sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit.

tinta kasturi said...

teringat satu kata-kata

salah satu kaedah menempa kegagalan adalah dengan cuba memuaskan hati semua orang..

tulisan pak ngah, memang benar.

Leenoh said...

Salam Tinta Kasturi.

Pak Nagh saja bersantai dan bermakna.hehehe.

Suatu kaedah yang perlu diingat tetapi tidak perlu diamalkan.