Thursday, October 8, 2009

Pak Hang - Mak Hang .

Salam semua.

Panggilan - suami isteri.

Pak Hang-Mak Hang.
Dalam entri ini sekali lagi saya ingin menyentuh tentang kehidupan mereka yang telah berumahtangga atau berkaitan pergaulan suami isteri. khususnya mengenai cara mereka bersapa antara satu sama lain. Cara suami
bersapa atau memanggil isteri dan sebaliknya.
Pada zaman dahulu orang Kedah rata-rata memanggil isterinya "Mak Hang", manakala isteri memanggil suaminya " Pak Hang". Mungkin pada zaman itu mereka masih malu memanggil abang atau sayang seperti zaman maya ini.

Panggilan Mak Hang dan Pak Hang ini berlaku mulai mereka menimang anak pertama.ini dilakukan untuk mendidik anak dan seterusnya anak-anak mereka, Sebelum itu panggilan tidak begitu jelas terutamanya
di kalangan isteri, Suami akan memanggil isterinya dengan memanggil nama yang lumrah dipanggil oleh masyarakat di kampungnya. Panggilan Mak Hang dan Pak Hang ini istiqamah sehingga ke akhir hayat. Pada ketika tertentu suami ada juga memanggil isterinya dengan sebutan nama isteriya.

Hang untuk membezakan
Agaknya tambahan perkataan "hang" selepas perkat
aan Mak atau Pak itu, mungkin untuk membezakan atau menjelaskan bahawa bukan Mak mereka sendiri. kalau dipanggil mak atau Pak tanpa sebutan "hang" akan membawa maksud emak atau bapa sendiri pula. Hang dalam bahasa Kedah membawa maksud engkau atau awak, siapakah hang di sini, biasanya hang yang dimaksud di sini ialah anak-anak mereka kerana pertuturan ini sering berlaku di hadapan anak-anak. Dipanggil begitu mungkin juga untuk menjaga kesucian dan ikatan pernikahan mereka, jika dipanggil tanpa menyebut ' hang "ditakuti akan menyamai isteri dengan ibu mereka sendiri. Ini hanyalah pandangan saya sahaja hakikat sebenar wallahu aklam.

Sayang- Ayang.
Pasangan suami isteri zaman ini memanggil isteri atau suami mereka dengan perkataan yang lebih murni dan menarik. di antaranya abang, sayang, ayang dan seumpamanya. Setelah mendapat cahaya mata
mereka menukar panggilan kepada ibu atau mama kepada isteri mereka dan abah atau ayah kepada suami.
Secara peribadi saya tidak setuju panggilan ini digunakan sepanjang masa, bagi saya panggilan itu hanya sesuai digunakan di hadapan anak-anak sahaja. jika tiada anak atau anak-anak ketika panggilan diungkapkan,perkataan ibu atau abah itu akan membawa maksud ibu atau abah mereka sendiri. isteri menjadi ibu kepada suami dan suami menjadi abah kepada isterinya. situasinya m
enunjukkan begitu kerana tiada anak untuk dikaitkan. Pada pandangan saya panggilan seperti itu kurang sesuai dan meragukan kerana tersiratnya memungkinkan menyamakan isteri dengan ibunya atau menyamakan suami dengan bapanya.

@@@

Orang-orang yang menzihar isterinya di antara kamu, (menganggap isterinya sebagai ibunya, padahal) tiadalah isteri mereka itu ibu mereka. Ibu-ibu mereka tidak lain hanyalah wanita yang melahirkan mereka. Dan sesungguhnya mereka sungguh-sungguh mengucapkan suatu perkataan yang mungkar dan dusta. Dan sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun.
Surah al.Mujaadilah- ayat 2.

@@@

Mungkin mereka yang ahli dalam ilmu Feqah dapat mengulas lebih lanjut dalam hal ini, Saya cuma meraguinya sahaja dan belum yakin tentang kebenarannya.
________

Jom. Kita hilangkan keraguan dengan memanfaatkan
ulasan di bawah ini atau membeli bukunya.

Salam pak Ngah. Saya terpanggil ke sini sebagai memenuhi jemputan Pak Ngah. Tajuk ni kebetulan menyentuh tajuk buku tulisan saya mengenai Hukum ZIHAR.

mengenai panggilan suami kepada isteri dengan gelaran ummi, ibu, mama dan sebagainya, perlulah dinilai mengikut uruf dan syarak. menurut syarak zihar hanya berlaku jika memenuhi semua rukunnya. dalam hal ini rukun zihar lazimnya tidak dipenuhi terutama pada rukun musyabbah bihi (wanita yang disamakan)dan niat.

Jika suami menyebut kepada isterinya "engkau seperti ibuku" sekalipun, ia masih memerlukan niat kerana lafaz itu mengandungi ihtimal antara maksud memuliakan isteri dan zihar.ia bukanlah lafaz sareh yang dihukumkan sebagai zihar secara mutlak.

Justeru dalam hal ini suami yang memanggil isterinya dengan panggilan mama dll hendaklah membersihkan hatinya daripada sebarang niat zihar. kemungkinan mereka tidak pernah terniat begitu pun.

Namun saya setuju supaya panggilan suami kepada isterinya dengan gelaran mama, ummi, ibu dll haruslah dielakkan kecuali dihadapan anak-anak yang masih kecil bagi tujuan mendidik. jika selain di hadapan anak-anak suami lebih digalakkan memanggil isterinya dengan panggilan 'sayang', ayang, manja, anja, buahhati, intan payung, dll.Ini dapat mengelak daripada berlaku permasalahan hukum.

Tapi pelik juga, kenapa isteri suka panggil suami dia 'abang'. bila masa pulak suami dia jadi abang. he, he, tapi tak pe isteri tak berkuasa menziharkan suaminya.

_______________

Sekian.Allah Maha Mengetahui. Wassalam.

7 comments:

Hunny said...

salam Pak Ngah,

Abang sulung dan kakak ipar saya masing2 memanggil satu sama lain dengan panggilan ayang dan abang. Mula2 memang rasa pelik dan kelakar, sebab kita tak biasa, tapi bila fikir bailk, memang sesuai untuk mengungkapkan rasa kasih sayang kepada pasangan masing2 dalam perkataan paling mudah.. Bangsa melayu ni, memang penuh dengan santunnya, dan tebal rasa malunya, lebih2 lagi orang yang senior. Kemungkinan sebab tu orang terdahulu jarang menggunakan panggilan manja seperti ini. Namun begitu, jarang terdengar perceraian seperti sekarang, kerana yang lebih penting adalah pemahaman mengenai pelaksanaan tanggungjawab masing2.. Apapun,pangggillah sayang dan ayang, selama-lamanya, kan lebih baik..:)

Leenoh said...

Salam Hani.

Bila Hani sebut panggillah sayang atau ayang selama-lamanya. Pak Ngah teringat akan seorang peniaga di Pasar Asnaf membahasakan atau memanggil " sayang" kepada semua pelanggannya tanpa segan dan silu.Nampaknya pelanggannya pun boleh terima panggilan itu tanpa kekok. agaknya situasinya sesuai kot.

Pak Ngah setuju dengan pandangan Hani itu kerana bila dipanggil mama, ibu atau abah, ayah, sama sekali tidak sesuai bila ketiadaan anak bersama.

Unknown said...

leenoh,

lebih sedia kepada panggilan yang menunjukkan perasaan kasih sayang tak kira dalam apa situasi pun dan dimana jua...

ia memberi satu perasaan yang menggembirakan dan dihargai..

jika didengar oleh anak-anak sekalipun ia menunjukkan betapa mesra hubungan ibu/bapa mereka kerana... sedari kecil mereka dah biasa menyebut ibu dan bapa.

Leenoh said...

Salam Izan.

Ya. memang betul panggilan yang murni dan disukai, tidak perlu ada pantang di manapun.panggilan itu akan mengukuhkan lagi ikatan dan menyuburkan kasih sayang.

Cuma panggilan ibu kepada isteri ketika ketiadaan anak bersama itu, agak kekok sedikit seolah-olah menyamakan ibu dengan isteri ketika itu takut terasa bukan isteri, ini berbahaya.

Dalam perkara tertentu suami tidak boleh menyamakan isterinya dengan ibunya iaitu tentang fizikalnya. Tapi kalau panggilan itu tidak mengundang perasaan apa- apa, rasanya ok saja.

Kalau berduaan sahaja eloklah panggil sayang atau ayang.Kalau nak panggil berterusanpun lagi baik tetapi kekadang anak-anak yang sedang berlatih bercakap akan terikut dengan panggilan itu. sebab itu ramai cucu memanggil datuknya dengan panggilan abah mengikut ibu atau bapanya.
Suami isteri memanggil mama atau abah kepada isteri atau suami adalah bertujuan mendidik anak supaya memanggil ibu bapa dengan panggilan yang betul.
Wallahu aklam.

Leenoh said...

Salam semua.

Setengah pendapat mengatakan kalau panggil dengan gelaran "abi" atau "ummi" lagi meragukan kerana perkataan itu membawa maksud "bapaku" dan "ibuku".

JURAISH KAMARUDDIN AL-MUHAMI said...

Salam pak Ngah. Saya terpanggil ke sini sebagai memenuhi jemputan Pak Ngah. Tajuk ni kebetulan menyentuh tajuk buku tulisan saya mengenai Hukum ZIHAR.

mengenai panggilan suami kepada isteri dengan gelaran ummi, ibu, mama dan sebagainya, perlulah dinilai mengikut uruf dan syarak. menurut syarak zihar hanya berlaku jika memenuhi semua rukunnya. dalam hal ini rukun zihar lazimnya tidak dipenuhi terutama pada rukun musyabbah bihi (wanita yang disamakan)dan niat.

Jika suami menyebut kepada isterinya "engkau seperti ibuku" sekalipun, ia masih memerlukan niat kerana lafaz itu mengandungi ihtimal antara maksud memuliakan isteri dan zihar.ia bukanlah lafaz sareh yang dihukumkan sebagai zihar secara mutlak.

Justeru dalam hal ini suami yang memanggil isterinya dengan panggilan mama dll hendaklah membersihkan hatinya daripada sebarang niat zihar. kemungkinan mereka tidak pernah terniat begitu pun.

Namun saya setuju supaya panggilan suami kepada isterinya dengan gelaran mama, ummi, ibu dll haruslah dielakkan kecuali dihadapan anak-anak yang masih kecil bagi tujuan mendidik. jika selain di hadapan anak-anak suami lebih digalakkan memanggil isterinya dengan panggilan 'sayang', ayang, manja, anja, buahhati, intan payung, dll.Ini dapat mengelak daripada berlaku permasalahan hukum.

Tapi pelik juga, kenapa isteri suka panggil suami dia 'abang'. bila masa pulak suami dia jadi abang. he, he, tapi tak pe isteri tak berkuasa menziharkan suaminya.

Leenoh said...

Salam Sdr.Juraish.

Pak Ngah mengucapkan berbanyak terima kasih atas kesudian memberi respon kepada permintaan Pak Ngah tempoh hari.

Sekarang Pak Ngah yakin atas sikap yang perlu diambil iaitu seperti yang dijelaskan oleh saudara.

Semoga anda sihat dan berbahagia bersama keluarga.