Thursday, October 15, 2009

Akibat komunikasi kabur.

Salam semua.

Pada suatu tahun yang telah berlalu dan saya pun telah terlupa tarikhnya tetapi peristiwa yang hendak diceritakan ini masih segar di dalam ingatan.

Pada tiap-tiap tahun Persatuan Ibu bapa dan Guru sek
olah saya mengadakan Jamuan Berbuka Puasa. Walaupun jamuan berbuka puasa tetapi semua guru termasuk yang bukan Islam , semua AJK PIBG dan sebahagian daripada para pelajar juga dijemput hadir ke majlis tersebut.

Kebiasaannya majlis tersebut sangat meriah tetapi pada tahun yang saya tidak ingat tarikhnya itu tercalar sedikit kemeriahannya pada ketika menjelang waktu berbuka kerana makanan yang ditempah tidak kunjung tiba walaupun waktu berbuka telah berlalu, Penantian tersebut memang terasa menyiksak
an dan sangat menduga jiwa dan nafsu. Akhirnya kami terpaksa menunaikan solat fardu Maghrib terlebih dahulu sementara makanan tiba, itupun kalau tiba........Ketika itu telefon bimbit belum menjadi kebiasaan seperti sekarang ini.


Sebaik sahaja kami selesai solat makanan pun kunjung tiba maka berebut-rebutlah masing-masing untuk medapatkannya. Waduh bayangkan betapa lazatnya makan ketika perut lapar berganda begitu rupa. Setelah minum air dan telan beberapa suap makanan, kelihatan masing-masing kembali ceria dan mengukir senyum, senyuman pun kelihatan lebih manis dan lebih ikhlas, agaknya perut sudah berisi..

Gambar ehsan dari Manzlie- Makkah

Pada hal sebelum makan tadi guru yang menguruskan dan membuat tempahan makanan lengoh dagu dibuatnya kerana menjawab soalan dari rakan-rakan sejawat bersabit dengan kelewatan pembekal menghantarkan makanan untuk berbuka puasa itu.

Selepas makan ramai juga yang bertanya sendiri dengan pembekal berkenaan, rupa-rupanya kelewatan itu akibat komunikasi yang digunakan tidak jelas dan kabur. Pembekal menyangka majlis itu diadakan di rumah guru yang membuat tempahan, apabila sampai di rumah guru tersebut didapati lengang sahaja, setelah bertanyakan isterinya, isterinya pun tidak pasti di mana, saya tidak hairan perkara seperti ini boleh berlaku kerana guru tersebut orangnya cergas dan aktif di dalam politik di kampungnya dan di peringkat negeri, isterinya tidak mungkin mengetahui semua kegiatannya. Kemudian pembekal pergi pula ke sekolah rendah yang berhampiran di san juga keadangnya lengang sahaja.

Andaian yang ketiga barulah pembekal itu membawa makanan ke sekolah yang mengadakan majlis tersebut, katanya beliau hampir-hampir membawa balik makanan itu untuk disedekahkan di masjid atau di serau.

Ketika membuat tempahan guru tersebut tidak memberi alamat sekolah yang akan diadakan majlis berbuka itu, beliau hanya memberi tarikhnya sahaja. keadaan dan situasi semasa membuat tempahan itu mempengaruhi minda pembekal tersebut sehingga menyangka majlis itu diadakan di rumah guru berkenaan.

Namun demikian majlis masih dapat berjalan dengan baik, setelah selesai solat sunat terawih kami sekali lagi makan beramai-ramai buat kali kedua kemudian barulah bersurai.Mereka yang bukan Islam meninggalkan majlis sebaik sahaja kami naik ke surau untuk bersolat fardu Isyak dan solat sunat terawih.

Sekian. Wassalam.


1 comment:

Leenoh said...

Salam semua.

Komunikasi sangat penting terutamanya ketika proses pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan.

Rosak komunikasi bermakna gagallah pengajaran dan pembelajaran. Komunikasi sehala dan juga dua hala perlulah dipastikan ianya berjalan dengan baik dan difahami.