Wednesday, October 14, 2009

Syirik - Menyengutukan Allah.


Salam Semua.

Dalam entri saya yang terawal banyak memaparkan persoalan mengenai adat yang membawa kepada syirik. Berulang kali menyentuh mengenai perkara tersebut kerana persoalan adat dan syirik ini suatu persoalan yang sangat penting. Banyak adat yang diamalkan sejak zaman nenek moyang kita dahulu ditakuti masih lagi terlibat dengan unsur syirik, hanya mereka yang memahami ilmu Tauhid atau Aqidah sahaja yang dapat membezakan antara syirik atau tidak, mereka yang menganuti Islam secara pak turut atau taqlid mempunyai potensi yang besar akan terlibat dengan syirik ini. Semoga Allah memelihari kita daripada keburukan tersebut.

Pada hemat saya umat Islam hendaklah bersungguh-sungguh memerangi perbuatan syirik ini sama ada ianya berlaku kerana amalan adat atau apa sahaja perbuatan yang boleh disabitkan dengan syirik ini.

Pada suatu ketika dahulu umat Islam Malaysia rata-rata menyambut raya secara kongsi menjadikan slogan Kongsi Raya gah di dalam media dan juga di dalam kehidupan mereka. Walaupun teguran telah dibuat oleh pihak tertentu perayaan tersebut tetap diteruskan oleh mereka yang agak kurang yakin dengan kebenaran teguran tersebut.

Orang Islam memang dilarang menyambut atau merayakan perayaan agama lain selain daripada perayaan Islam, Sekiranya orang Islam turut serta merayakan perayaan agama lain bermakna mereka juga mengakui kebenaran dan kemuliaan agama tersebut, sedangkan pengakuan di dalam Syahadah dinyatakan bahawa tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah.

Perayaan yang bukan melibatkan keagamaan dan adat syirik yang dilakukan oleh penganut agama lain tidak salah kalau orang Islam turut serta sebagai menghormati mereka, seperti menyertai sambutan atau perayaan tahun baru bagi sesuatu kaum, di mana mereka menggunakan takwim atau kalender mereka sendiri.
Alhamdulillah setelah masa berlalu agak lama juga akhirnya masyarakat Islam akur dengan teguran itu. sekarang tiada lagi kongsi raya.

Pengertian syirik
Syirik ialah menyengutukan Allah dengan sesuatu yang lain, di mana seseorang itu mempercayai bahawa makhluk tersebut berkuasa memberi manfaat dan mudarat.seperti: percaya kepada berhala, batu, semangat padi, kubur seseorang yang dianggap keramat. menolak bala di pantai, memakai tangkal untuk pertahanan diri dan seumpamanya. Pada masa yang sama mereka juga menyembah Allah.

Perbuatan, kepercayaan atau pengakuan yang membawa maksud menyengutukan Allah, menyamakan Allah dengan makhluk, menyembah Allah dan juga menyembah selain Allah.menjadikan Allah bersyarikat dengan makhluk, menjadikan Allah sama seperti makhluk. Semua keadaan dan kepercayaan serta aqidah tersebut menggambarkan Tuhan tidak lagi Maha Esa dan Maha Berkuasa, Kepercayaan seperti ini menyebabkan mereka menafikan sifat kesempurnaan Allah. juga menggambarkan Tuhan itu lemah. Situasi inilah menyebabkan mereka menjadi syirik, tegasnya syirik yang jali dan nyata itu dalam perkataan yang mudah bermakna kafir atau kufur, sebab itulah dosa syirik ini tidak akan mendapat keampunan Allah.

Syirik terbahagi kepada dua jenis :
iaitu syirik khafi (tersembunyi atau tersirat) .
dan
syirik jali
(terang atau nyata).

Syirik Khafi:
Syirik khafi ialah syirik yang kecil dan tersembunyi yang menyebabkan hilang atau luputnya pahala seseorang. Syirik ini berkaitan dengan perbuatan riak di dalam beramal atau melakukan sesuatu perkara atau ibadat.
Syirik di dalam beramal ialah menunjuk-nunjuk ketika beramal atau riak di dalam beramal ibadat, sum-'ah iaitu ada keinginan kelebihannya itu diketahui oleh orang lain, semua perbuatan tersebut menyebabkan hilang atau luputnya pahala .

Rasulullah SAW dalam sabdanya pernah menasihatkan sahabat supaya berhati-hati dan menjauhi syirik kecil, lantas ditanya oleh sahabat apakah yang dimaksudkan dengan syirik kecil itu. Maka Rasulullah menjawab, syirik kecil yang dimaksudkan ialah riak dalam beramal.

Syirik Jali
Syirik Jali ialah syirik yang terang dan nyata hukumnya, iaitu menyengutukan Allah secara jelas di hatinya, pada perbuatan atau perkataannya. seperti mempercayai semangat padi dapat menambahkan hasil padi, menyembah berhala, memakai tangkal untuk mempertahankan diri, menolak bala di pantai, mandi tolak bala dan seumpamanya, sebahagiannya telah disebutkan di atas.

Syirik biasanya berlaku dalam keadaan tersembunyi kerana sebahagian besar ianya menyentuk kepercayaan sedangkan kepercayaan itu berlaku di hati yang tidak siapapun tahu hanya diri sendiri, keadaan ini juga boleh berlaku di mana seseorang itu telah syirik kepada Allah tetapi tidak diketahui oleh orang lain lantas dia dianggap Islam dan segala apa yang berlaku ke atasnya dilayan seperti orang Islam seperti kematian, nikah kahwin dan seumpamanya kerana masyarakat Islam hanya mampu melihat zahir amalan yang dipraktikkannya di dalam masyarakat sahaja, apa yang tersirat di dalam hatinya terpulanglah kepada Allah menentukannya. Hanya diri sendiri yang lebih sempurna menjaga aqidah kerana orang lain tidak mengetahui apa yang telah dan sedang berlaku di dalam hati seseorang. Syirik yang berlaku dalam keadaan nyata dan dapat dilihat oleh orang lain sahaja yang mampu ditegur dan dinasihatkan oleh kekawan atau orang lain.

Oleh itu setiap orang Islam wajib mempelajari Ilmu Tauhid atau Ilmu Aqidah tanpa ilmu dan pelajaran tersebut aqidah Islam seseorang itu tidak terjamin.Ilmu Aqidah merupakan benteng mempertahankan iktikad seseorang. Islam.
________________________

Berikut disertakan dalil-dalil ( maksud ) ayat al.Quran berkaitan dengan syirik:

Allah menjelaskan bahaya syirik khafi melalui firman-Nya yang bermaksud:
“Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada nabi-nabi terdahulu sebelummu, jika kamu mempersekutukan Tuhan, nescaya akan terhapuslah segala amalanmu dan tentulah kamu termasuk di kalangan orang yang rugi.”

(Surah az-Zumar, ayat 65)

Firman Allah lagi yang bermaksud:
“Barang siapa yang mempersekutukan sesuatu dengan Allah (tidak ikhlas kepada-Nya dalam beramal), maka adalah dia seolah-olah telah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung atau diterbangkan angin ke tempat yang jauh.”
(Surah al-Hajj, ayat 31)


Firman Allah seterusnya bermaksud:
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barang siapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar".

( Surah An.Nisah- ayat 48 )

Firman Allah yang bermaksud:
“Bahawasanya, sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah ke neraka. ”
(Surah al-Ma’idah, ayat 72).

______________________________

Sekian.Wallahu aklam. Wassalam.

6 comments:

Mak Su said...

hati adalah yg paling penting diteliti tindak tanduk dan perkataannya :)

Leenoh said...

Salam Mak SU.

Lidah dan perbuatan menjadi cermin hati.

Hati rajanya, badan menjadi rakyat yang sentiasa mengikut perintah, rosak hati rosaklah seluruhnya.

DrSam said...

Salam Pak Ngah,
Sama-sama kita berdoa semoga dijauhi daripada melakukan perkara-perkara syirik. Kadang-kadang sifat semulajadi manusia/insan - pelupa. Nauzubillahi min zalik.

Anonymous said...

Salam Leenoh.

Bila kita demam & telan Panadol, terlupa Bismillah & tawakkal. Yang menyembuhkan sakit bukannya Panadol. Bila sembuh demam ramai yang memuji-muji doktor itu hebat, ubat diberinya mujarab sehingga terlupa memuji Tuhan. Membelakangkan kuasa Tuhan juga adalah syirik.

Leenoh said...

Salam Dr.Sam.

Dah lama Pak Ngah tidak komen di blog anda...tapi Pak Ngah ikuti seperti biasa.

Doa senjata orang mukmin.

Leenoh said...

Salam Sd.Zaidi.

Komen saudara mengingatkan saya kepada sajak Adi Putra.

Adi Putra kanak-kanak ginius membuat teguran yang agak tajam juga, saya kagum dan terkesan.

Di antara katanya..pandai aku, bijak aku, comel aku, hanya diuji,ditonton, dipuji,....puji biar bertempat, marah biar bersopan, kurang ajar biar berbudi bahasa,...

aku malu, yang dilihat hanya yang tersurat, yang tersirat....

Lebih kurang begitulah, pasti ada yang tertinggal dan banyak lagi sambungannya.

Mesej Adi Putra ialah manusia tersilap memujinya keterlaluan sedangkan dirinya dicipta oleh Allah sepatutnya manusia atau masyarakat memuji Allah Yang Maha Pencipta.