Wednesday, October 7, 2009

Tugas seorang ibu yang beranak kecil.


Salam semua.

Tugas ibu yang beranak kecil
tiada berkesudahannya.


Pada hari ini saya ingin menyelami dan menghayati kehidupan seorang ibu yang beranak kecil yang juga sebagai seorang kaki tangan kerajaan atau swasta. Bagaimanakah agaknya mereka menjadualkan tugas-tugas mereka yang bertimbun itu. Bangun pagi menyediakan sarapan ala kadar untuk ahli keluarga, bersiap-siapkan anak-anak yang hendak ke sekolah, anak kecil yang hendak dihantar ke rumah pengasuh dan menyiapkan diri seadanya sesuai untuk ke pejabat atau tempat bertugas. Dalam pada itu diri sendiri pula tidak berapa sihat.bermacam kemungkinan boleh berlaku tetapi tugas terus minta dibereskan.

Setelah siap semuanya, anak-anak yang bersekolah akan bertolak ke sekolah manakala yang kecil dihantar ke rumah pengasuh dan Sang Ibu beranak kecil terus ke pejabat, demikianlah jadual hariannya, setelah penat bekerja di pejabat barulah sampai waktu dibenarkan balik. Dalam perjalanan balik akan singgah terlebih dahulu mengambil anak di rumah pengasuh dan barulah terus menghala ke rumah. Sesampai sahaja di rumah si anak kecil tadi perlu pula diawasi sepanjang masa dan segala karenahnya juga perlu diurus dan dibereskan.

Pakaian anak-anak dan suami serta pakaian sendiri perlu dibasuh dan digosok. Setelah digosok dilipatkan, Maka bertimbun-timbunlah pakaian ahli keluarga sekiranya tidak dibereskan mengikut jadual, jadualnya pula berkesinambungan tiada kesudahan. nampak ringan tetapi rasanya meletihkan, di sinilah letaknya kekuatan wanita yang tidak dilihat oleh seorang lelaki, mereka mungkin tidak kagum melihat kegigihan isteri mereka. tetapi, mungkin mereka akan rasa kagum sekiranya yang gigih itu ibu mereka dan akan menceritakan pula kegigihan itu kepada orang lain.

Kalau ini yang berlaku berarti lelaki tersebut mindanya tidak fokus. Terima kasih kepada Sang Suami yang di dadanya mempunyai rasa kemanusiaan, kasihan dan ringan tulangnya, mereka ini tentunya sentiasa menolong Sang Isteri, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Cerita itu belum termasuk kesebokan memasak untuk keluarga,membasuh pinggan mangkuk yang sepatutnya dibereskan oleh penggunanya masing-masing , apabila mengadap sinki di dapur rumah sendiri sepatutnya ambillah sedikit masa untuk membasuhnya,bukankah semua peralatan membasuh tersedia di situ, kalau makan sendiri, basuhpun sendirilah pinggan yang digunakan itu, Sang Suami kesianlah pada Sang Isteri sendiri, anak-anak pula kesianlah pada Sang Ibu, jangan jadikan beliau buruh kasar di rumah anda,
( apa dia tu kuli awak ke....ketuk agak kuat sedikit ye, terasa ke, hehehe bergurau je ).

Menjaga kebersihan rumahtangga yang disepah-sepahkan oleh orang lain dan seumpamanya. Patutkah semua tugas yang membukit itu dipikul seorang diri oleh Sang Ibu yang beranak kecil tanpa pertolongan ahli keluarga.

Menjaga anak kecil bukanlah suatu tugas yang ringan seperti disangkakan oleh mereka yang melihat dengan mata tanpa pengalaman. Jika diabaikan kemalangan sentiasa menunggu di hadapan kerana kanak-kanak akan aktif sepanjang masa, mereka berihat hanya ketika tidur sahaja.

Biasanya Sang Bapa mengasuh anak kecil hanya sekadar belum terasa letih sahaja, bila sudah terasa letih mereka akan serahkan kembali kepada Sang Ibu tetapi Sang Ibu tidak demikian sifatnya, mereka akan terus mengasuh dan menjaganya sama ada ketika bertenaga mahupun keletihan. Sang Bapa kenalah fikir, jangan tak fikir.
( sedikit ketukan ringan hehehe ).

Saya menulis artikel ini tiada apa-apa tujuan pun , cuma ingin berseronok dan nak ketuk-ketuk sahaja. mungkin ketukan itu akan mengeluarkan suara yang merdu dan suka didengar oleh mereka yang berkaitan. he3. jangan marah ye, bergurau je.

Artikel ini ditangguhkan sementara........mungkin anda sudah boleh meneka apa yang hendak disambungkan nanti.....jangan salah faham saya seorang lelaki. he3......

Satu ketukan ringan telah ditambah di atas sana pada 081009, jadi dengan ini artikel ini ditangguhkan dan berjumpa lagi di entri akan datang.

Sekian.Wassalam.

6 comments:

Hunny said...

Salam Pak Ngah,

Sebab tu dalam Al-Quran kata, layanlah wanita dengan lemah lembut dan baik.. sebab kitorang ni kaum yang lemah tetapi kuat semangat dan rajin serta sabar.. (masuk bakul angkat sendiri. Namun demikian, walaupun kaum wanita ni rajin, tetapi dia masih perlu dibimbing, kerana kami masih berasal dari tulang rusuk yang bengkok. Perhatian dan kasih sayang suami amat penting untuk kaum hawa.

Kalau semua suami dan isteri faham tanggungjawab masing-masing (macam Pak Ngah), insyaallah dari situ lahir anak-anak yang sihat badan dan minda.

tinta kasturi said...

setuju sangat artikel pak ngah ini,

teringat satu hadis yang matannya lebih kurang mukmin yg plg sempurna imannya adalah yg plg baik akhlaknya, dan sebaik-baik kalian adalah yg plg baik akhlaknya terhadap isterinya.

"... Dan bergaullah dengan mereka (isteri) secara patut. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) karena mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak. (Annisa':19)

Leenoh said...

Salam Hani.

Waduuuh Pak Ngah dah tergamam ni ada dua komen yang sangat baik dan menutup mulut Pak Ngah....dah tak tahu nak kata apa lagi. hehehe.

Mak Su said...

saya rasa saya nak berkecualilah dalam cerita ni... look and see saja... yang mempunyai pengalaman lebih tahu, ahaks

Leenoh said...

Salam Tinta Kasturi.

Tiada apa yang nak diulas lagi kerana komen anda sudah cukup untuk dimanfaatkan.

Kiranya suami dapat mengurangkan ego terhadap isterinya, tentu sekali ianya akan menjadi lebih bahagia lagi.

Leenoh said...

Salam Mak Su.

Mak Su jangan begitu, sedih la saya, bila Mak Su buat begitu.

Cakap la sikit, sekurang-kurangnya dapat melegakan penat tu.

Hehehe ...bergurau ye.