Salam semua.
Orang Malaysia sudah faham konsep rumah tiga bilik, di mana keperluan itu diatur untuk kesejahteraan semua pihak yang menjadi penghuni rumah tersebut, iaitu satu bilik untuk ibu dan bapa, satu bilik dikhaskan untuk anak-anak perempuan dan satu lagi pula dikhaskan untuk anak-anak lelaki. ( jika ada empat bilik tentulah lebih selesa lagi kerana bilik tersebut boleh dikhaskan untuk tetamu yang datang sekali sekala ke rumah kita ).Tiada siapapun di kalangan rakyat Malaysia menafikan kebaikannya dan tiada siapa yang menyatakan penempatan demikian akan menjejaskan perpaduan kerana perpaduan isi rumah boleh dijana dan dipupuk di kawasan dan ruang yang lain yang terdapat di dalam rumah tersebut seperti di ruang tetamu, di meja makan, berkelah bersama, bersolat jamaah dan seumpamanya.
Walaupun mereka terdiri dari keluarga, agama, keturunan dan bangsa yang sama, malah seibu dan sebapa, dan tinggal di dalam sebuah rumah, mereka itu tetap manusia, manusia yang terdiri dari individu yang berbeza dan termasuk jentina yang berbeza dan terdapat banyak lagi perbezaan-bezaan yang tertentu yang berkehendakkan perpisahan dan perasingan ketika berada di dalam bilik. Atas nama perpaduan dan kemesraan keluarga tidaklah sampai melanggar had-had tersebut .Perkara yang teratas dalam pelaksanaan tersebut ialah kepatuhan kepada ajaran Islam.
Bagaimana pula asrama Satu Malaysia dan adakah asrama yang sedia ada bukan asrama Satu Malaysia ? Lelaki dan perempuan sudah pasti diletakkan di dalam bilik yang berasingan, perempuan akan mendiami sesama mereka di dalam satu bilik atau kamar dan demikian juga lelaki akan ditempatkan sesama mereka.
Bagaimanakah dengan pelajar yang berlainan agama ? Adakah ditempatkan di dalam satu bilik ?. Bagaimanakah pula mereka menguruskan ibadat masing-masing secara praktikal ?.
Persoalan ini timbul kerana maklumatnya belum diperincikan lagi kepada umum.
Pada hemat saya semua itu perlu dibuat kajian dan penelitian kerana kiranya mereka ditempatkan di dalam kamar yang sama kemungkinan berlaku bahan atau objek yang berkaitan dengan keagamaan dibawa masuk ke bilik atau kamar , perkara ini akan menimbulkan ketidakselesaan bagi pihak yang lain.
Penempatan pelajar yang berbeza agama di dalam satu bilik pernah menimbulkan rungutan di peringkat Universiti pada suatu ketika dahulu kerana amalan agama sememangnya dihayati sehingga ke kamar, malah sehingga sebelum melelapkan mata setiap malam, perkara ini memang berlaku kepada mereka yang peka dan prihatin agama.
Saya bersangka baik bahawa pelaksanaan Asrama Satu Malaysia tidak akan sumbang langkahnya dan akan mengambil kira semua aspek sensitif tersebut. Diharap pelaksanaannya nanti mengutamakan nilai Islam merentas prosedur pentadbiran, khususnya yang berkaitan dengan pelajar Islam.
Falsafah Pendidikan Islam dan Falsafah Pendidikan Negara adalah rujukan yang terbaik.
Catatan:
Bekas guru asrama yang masih belum hilang kepekaannya terhadap asrama.
Sekian. Wassalam.
4 comments:
salam pak ngah...
apa khabar...
hmm nampaknya semua nak satu malaysia...
saya takpernah tingal di asrama...
tak tahu maamana keadaan...
tapi rumah byk bilik mmg best lagi byk lagi best kalau kat shah alam umah teres 4 bilik mahu cecah rm700 sewas bulan hmmm
Salam Naqeeb.
Pak Ngah habak baik ja.
Pak Ngah pun semasa sekolah dulu tidak tinggal di asrama, duduk rumah sewa dgn kekawan, masak sendiri, biasanya masak sayur dgn ikan bilis dan dijodohkan dengan ikan kering...he3.
Bila jadi guru kena jaga asrama...rasanya lebih 10 tahun gak.
Satu Malaysia tetapi agamanya tetap banyak juga di Malaysia ni, disamping melayani persamaan, kena juga layan perbezaan.
Salam Sdr Leenoh
Benar. Sensitiviti pelbagai kaum perlu dititikberatkan. Hari ni nampaknya, semua perkara cuba dikaitkan dengan konsep 1Malaysia (1M), dan cuba mahu diserasikan dgn konsep itu. Tak tahulah sama ada idea 1M itu bakal ada kesan negatif ke atas kelompok tertentu. Yg saya fahami, 1M mendukung hasrat 'perpaduan' dlm 'kepelbagaian'. Kepelbagaian (dlm hal tertentu) diteruskan, tapi perpaduan dipastikan.
Salam Temuk.
Saya baru saja baca komen anda.terima kasih krn masih memberi komen yang membina di blog ini.
Memang perpaduan rakyat Malaysia sangat mustahak dan kita perlu berusaha utk mengekalkannya, Perpaduan itu pula hendaklah ada batasnya, batas hak individu,hak agama dan hak adat resam sesuatu bangsa.
Pendeknya kita layan persamaan dan juga layan perbezaan.
Post a Comment