Wednesday, October 21, 2009

Keamanan dan kesejahteraanku. Sebahagiannya aku beli dengan harga RM40.00 sebulan.

Salam semua.

Tajuknya agak aneh tetapi sebenarnya biasa sahaja, aku telahpun menceritakan hal ini beberapa bulan yang telah lalu mengenai beberapa kes jenayah yang berlaklu pada waktu siang di kediaman kami.

Aku sendiri menyaksikan dua syaitan sedang mengopak dan menyungkil pintu rumah jiran, ketika itu hatiku sangat geram dan marah, aku sedang berkira-kira hendak bertindak, tiba-tiba mereka berdua cabut lari.

Aku hanya memiliki sebatang rotan yang disediakan untuk pertahanan diri di rumah, tiada pistol atau senapang patah, apakah yang hendak aku buat dengan rotan itu ?, sering minda aku berfikir; adakah aku akan sebat penjenayah dengan rotan itu sehingga patah tangan dan kakinya, adakah orang baik seperti aku sanggup patahkan tangan orang lain, kalaupun mereka jahat, aku rasa aku perlu mendidik dan menolong mereka supaya menjadi orang baik, aku tidak sampai hati hendak mematahkan tangan orang lain. Mungkin perasaan demikian datang dari seorang yang penakut, aku tidak pula berfikir begitu berterusan, aku rasa aku berfikir seperti manusia, manusia menguruskan kehidupannya menggunakan akal dan aqidahnya. Bila syaitan dan binatang menyamar menjadi manusia maka aku tetap tidak sampai hati menyembelihnya atau mencederakannya. Keadaan itu menjadikan aku serba salah.

Kalau aku jadi hakim sudah tentu aku tidak akan menghukum dengan adil kerana sifat kesian aku itu, aku selalu bercakap dan berbincang mengenai berfikir secara sepadu di antara bijaksana, emosi, jasmani dan rohani , nampaknya aku sendiri tidak dapat mengadunkan elemen tersebut supaya menjadi sepadu dan sekata, maka termasuklah diriku manusia yang bercakap tidak serupa bikin........hehehe........ itulah manusia sarat dengan kelemahan dan kesilapan....maaf ya apa boleh buat. " Aku adalah aku".

Adahkah dua ekor syaitan tadi akan berfikir seperti aku ? tentulah tidak sama sekali, jangankan tanganku, besi jeriji pintupun mereka hendak pecahkan. kalau mereka sesak dan tiada arah, tentu dibelasahnya aku. Demikianlah bezanya manusia dengan syaitan dan manusia dengan haiwan.

Berbalik kepada keamanan dan kesejahteraan yang benilai Rm40.00 sebulan yang sememangnya aku membelinya setiap bulan , setelah kubayar sejumlah itu pada tipa-tiap bulan, maka amanlah tempat kediamanku ini sehingga ke saat kutulis ini. apa yang akan berlaku esoknya wallahu aklam. Nampaknya pada zaman ini segala-segalanya kena beli.

Waduh.. modenkah situasi seperti ini ? atau sudahkah kembali ke zaman jahiliyah ?. Keamanan dan kesejahteraan yang hendak dikecapi memerlukan pengawal keselamatan tercegat di pintu pagar sesuatu taman atau tempat kediaman dan seorang lagi terpaksa menronda melihat kalau-kalau terdapat orang jahat sedang berkira-kira hendak mencuri atau pecah rumah.

Nampaknya keselamatan dan kesejahteraan tidak lagi tulen dan asli .Situasi dan senario itu menggambarkan bahawa kehidupan ini tidak lagi bersih dan setiap hari manusia beraksi kotor dan jijik di dalam kehidupan mereka, media sering memaparkan cerita tersebut setiap keluaran mereka.

Kisah dua ekor syaitan yang diceritakan itu tentulah tidak bertaraf tinggi, itu hanya secebis kisah sahaja. Pecah amanah berjuta ringgit, rogol, rompak, samun, bunuh dan jenayah yang setaraf , juga dilaporkan di media setiap hari, cuba semak berita hari ini.

Apa boleh buat kita terpaksalah berikhtiar, berusaha, berdoa dan bertawakkal kepada Allah agar Allah kembalikan keselamatan dan kesejahteraan di dalam arus perdana kehidupan kita.

_______





Sekian. Wallahu aklam. Wassalam.



2 comments:

Dee said...

terpaksa byr utk keselamatan..xpe..harta boleh dicari..nyawa? phm2 sudah..

Leenoh said...

Salam Dee.

Apa khabar, dah sihat ke?.Makan kerang dan jantung hati banyak-banyak ....he3...baru ok.
Semoga selamat dan sihat.amin