Thursday, July 26, 2012

Beribadat tetapi kurang meneliti syariat.

Salam semua.

Anak berjaya diasuh untuk berpuasa walaupun ibu bapa masih meninggalkan solat.

Gambar hiasan

Senario masyarakat kita berkaitan dengan puasa.
Aku terkenang ketika aku masih kanak- kanak dahulu, 
maaf ya kali ini aku berbahasakan aku kerana aku itu adalah suatu pengakuan yang lebih kukuh berbanding dengan ungkapan saya, sehubungan itu lafaz angkat nikah lebih yakin menggunakan aku - " Aku terimalah nikahnya.........", kalau guna saya mungkin membawa maksud sahaya, kalau guna ambo pula membawa makna hamba, kedua-duanya tidak terarah kepada pengakuan tulen kepada diri sendiri.... hahaha... ini hanya bergurau saja bukan kerana itu aku gunakan ungkapan itu....cuma aku selesa begitu untuk artikel kali ini, mungkin juga cara ini lebih mesra.

Aku berpuasa sejak zaman kanak-kanak lagi, ketika aku berpuasa aku tidak pun bersolat, tiada siapa pun memberi teguran padaku, malah kawan-kawanku pun begitu juga. Bukan itu saja orang dewasa pun ramai tidak bersolat, orang yang solat cukup lima waktu ketika itu hanya orang yang bergelar Lebai dan Haji saja. itupun andaian saja, mungkin mereka pun celum celam jugak.Walaupun ibu bapa tidak bersolat atau tidak cukup solatnya mereka berjaya mendidik anak-anak berpuasa, itulah istimewanya orang Melayu. Satu kampung malah satu negara mendidik masyarakatnya berpuasa.Kalau berjumpa dengan kanak-kanak mereka akan bertanya berpuasa atau tidak.Terdapat di kalangan ibu bapa yang menawarkan hadiah kepada anak-anak kecil yang berjaya berpuasa penuh atau seumpamanya.


Kalaulah kewajipan bersolat itu juga dididik seperti kita  mendidik kanak-kanak berpuasa tentulah tiada bapa dan ibu yang tidak cukup atau tidak sempurna lima waktu manunaikan  solat.Solat ibarat tiang agama(Islam).

Ramai orang kita berpuasa berbanding dengan bersolat, ada yang berpuasa tetapi tidak bersolat, ada yang pergi ke masjid berbuka puasa tetapi tidak masuk saf solat Maghrib dan bersolat jamaah, ada yang berpuasa tidak pernah tinggal tetapi dalam keadaan sedang berpuasa itu mereka mendedahkan aurat bersahaja saja, ada jugak keadaannya keterlaluan sehingga mencuit nafsu lelaki normal. Ada juga yang hadir ke masjid untuk melibatkan diri dalam aktiviti menyediakan bubur atau jamuan berbuka tetapi tidak pula untuk bersolat Asar atau seumpamanya.Pendeknya macam-macam ada. 

Beribadat tetapi kurang meneliti syariat.
Semua tasauwur dan situasi yang diutarakan di atas adalah kefahaman orang Melayu mengenai kewajipan berpuasa yang tidak sepadu dengan rukun Islam yang lain, yakni fahaman dan pembawaan yang bercampur-aduk dengan adat dan syariat, menjadikan fahaman itu kabur dan tercemar. Amalan begini biasanya mereka merujuk kepada biah atau persekitaran mereka sahaja dan kurang merujuk kepada Al.Quran dan Al.Hadis, sehubungan dengan itu apabila tiba sahaja bulan Syawal mereka akan berhari raya sehingga sebulan iaitu sepanjang bulan Syawal dan melupai syariat yang menyuruh berpuasa sunat Syawal mulai 2hb.Syawal sehingga 7hb.Syawal seperti disebutkan di dalam al.Hadis, walau pun puasa ini boleh dianjakkan ke tarikh yang lain asalkan dalam bulan Syawal. Sekiranya dibuat begitu bermakna kita telah memberi keutamaan kepada adat bukan ibadat. Adalah amat penting dalam semua ibadat dirujuk kepada al.Quran dan sunnah supaya amalan yang kita laksanakan itu diterima Allah bukan menjadi adat semata-mata.


Malah lebih dahsyat lagi pada suatu ketika dahulu Hari Raya disambut dengan acara hiburan yang melekakan terutamanya anak-anak muda.Walau pun anak muda yang menganjurkan acara maksiat  tetapi orang dewasalah puncanya kerana masyarakat dewasa pada ketika itu mengabaikan kewajipan mereka terhadap anak-anak muda.

Mereka yang berjaya dalam ibadat puasa ini ialah mereka yang berpuasa dengan mematuhi semua aspek perintah Allah dan sentiasa merujuk kepada al.Quran dan al.Hadis bukan pak turut atau merujuk kepada adat kebiasaan semata-mata. Biarlah ibadat yang  dilaksanakan menepati perintah Allah itu yang  menjadi adat amalan kita supaya syariatnya sentiasa terpelihara. 


Renung dan fikirkan cara untuk menghayati Kehidupan Bersih.


Sekian...wallahu aklam. 


2 comments:

Nl said...

salam pak ngah, betul tu... er ker ada yang rjin kacau bubur tapi x pulak mendirikan solat, mungkin dia letih sangat then dia balik solat kat umah hehehhe

Leenoh said...

Wsalam Lukhman.

Itu situasai biasa Lukhman tapi yang Pak Ngah maksudkan terdapat juga yang melibatkan diri dengan aktiviti di luar masjid pada masa tertentu tetapi individu itu tidak bersolat di masjid, hari jumaat pun tidak berapa pasti dia datang bersolat atau tidak.
Biasanya perkara semacam ini kita dapat maklumat dari orang lama di situ.
He he lupakan dulu hal itu, jom kita cuba tingkatkan amalan kita.