Tuesday, February 24, 2009

Mimpi Suka dan duka






_________________________

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

Dalam kehidupan manusia terdapat berbagai-bagai aktiviti samada secara semulajadi dijadikan Allah demikian atau aktiviti ikhtiari yang sememangnya dirancang oleh manusia itu sendiri sebagai makhluk yang berakal.
Melaksanakan tugas harian seperti berniaga, berkebun, bersawah, mengajar dan betugas di pejabat, aktiviti ini diklasifikasikan sebagai aktiviti ikhtiari yang digerakkan oleh minda sedar manusia. Manakala tidur dan mimpi bukan lagi ikhtiari kerana aktiviti itu ianya mendatang, bukan didatangkan. Maksudnya sebelum tidur rasa mengantuk itu datang sendiri secara tabie.

Pernahkah anda bermimpi, pada umumnya soalan tersebut semua orang mampu menjawab samada untuk diri sendiri atau untuk orang lain kerana semua orang pernah mengalaminya.


Pada masa kanak-kanak saya pernah tersalah tafsir atau salah faham mengenainya, di dalam buku Fiqah yang saya baca tertulis salah satu alamat baligh ialah bermimpi, pada ketika usia itu sememangnya telah banyak kali saya bermimpi. Maka saya membuat kesimpulan bahawa saya telah baligh, untuk meringkaskan cerita rupa-rupanya bermimpi itu bukan tanda baligh tetapi salah satu tanda baligh ialah keluar air mani, manakala keluar air mani itu boleh b
erlaku melalui mimpi bersetubuh, Jika berlaku mimpi bersetubuh sekali pun kalau tidak keluar air mani tidak juga dikira atau menjadi baligh, sebab utamanya ialah keluar air mani (untuk budak lelaki), keluar air mani boleh berlaku dengan sebab mimpi bersetubuh dan ada banyak sebab lain yang tidak perlu diterangkan di sini kerana entri ini hendak memfokuskan kepada mimpi suka dan duka.

Kesilapan berlaku kerana tidak ditulis dengan sempurna maka maknanya pun telah melencong jauh dari sasaran. Tidak disebut perkataan bersetubuh , mungkin hendak mengelakkan daripada pengetahuan kanak-kanak.tetapi kalau tidak diceritakan kanak-kanak tidak akan faham, akhirnya terpaks
a diceritakan juga.
Saya tinggalkan perkara ini untuk anda fikirkan.

Mimpi Suka.

Pada suatu malam puluhan tahun yang telah berlalu, saya telah bermimpi bahawa saya pergi ke Mekah mengerjakan Haji bersama bapa saudara, semasa berada di dalam kapal terbang saya dimarahi oleh bapa saudara k
erana sebelumnya saya tidak menghadiri kursus cara-cara mengerjakan Haji. Saya tidak menghiraukan kemarahannya itu dengan alasan saya memang mengetahui cara mengerjakan Haji ini.

Setelah bangun pagi dan bersolat subuh saya pun pergi ke kedai kawan yang jarak tidak berapa jauh dari rumah untuk menyampaikan beberapa biji buah mangga (mempelam) ,


Kisah mimpi tersebut diceritakan kepada kawan saya itu, saya sebenarnya terlupa bahawa kawan saya ini suka membeli nombor ekor (judi), akhirnya dia menafsirkan mimpi saya itu mengikut buku judi mereka, setelah saya sedari saya memberi teguran kepada beliau dan kawan-kawan yang lain. Nasib baik buku judi yang mereka selalu guna itu tidak dapat dikesan tempat simpannya. Pada keesokan harinya barulah buku itu dijumpai dan setelah disemak nombor yang diramalkan di dalam buku tersebut adalah kebetulan nambor yang memenangi pada hari tersebut, iaitu nombor yang dipadankan dengan Haji. saya rasa amat suka dengan kegagalan mereka itu, kalau tidak saya juga akan terasa terlibat dengan perbuatan mereka.
Apabila kita bermimpi sebenarnya tidak digalakkan kita menceritakan kepada orang lain melainkan setelah peristiwa itu berlalu.

Mimpi Duka.
Di rumah yang sama juga, kali ini saya bermimpi gigi garham bahagian bawah tertanggal. kisah mimpinya begini. Pada suatu hari saya dalam keadaan biasa tanpa rasa sakit dan syak wasangka mengenai gigi saya itu tentang kemungkinan tanggalnya gigi tersebut. Tetapi, apabila saya pegang gigi saya itu tiba-tiba gigi tersebut tertanggal tanpa merasai sakit dan darah tidak keluar sedikait pun. Saya pun rasa sangat hairan, kemudian terkejut jaga dari tidur.

Keadaan hairan itu berterusan walaupun telah terjaga dari tidur. Diringkaskan cerita saya pun pada pagi itu pergi ke sekolah seperti biasa dalam keadaan masih teringat mimpi yang menghairankan itu, Apabila sampai di sekolah sekumpulan guru memandang saya menjadikan saya bertambah hairan, setelah saya merapati mereka saya pun terus menceritakan mimpi tersebut kepada mereka. Mereka masing-masing memandang di antara satu sama lain, terutamanya Penolong Kanan Sekolah, Kemudian beliau berkata mimpi itu adalah benar. Saya semakin hairan, akhirnya beliau menceritakan kepada saya di depan kawan-kawan yang ramai tadi bahawa beliau terbaca surat yang ditujukan kepada saya melalui Pengetua Sekolah, surat tersebut adalah surat pertukaran, iaitu Pejabat Pendidikan Negeri menukarkan saya dariapada Sekolah di Sg. Petani ke Sekolah di Kuala Ketil iaitu jaraknya tidak berapa jauh dari Bukit selambau, Kuala Ketil terletak di bawah kawasan DUN Bkt Selambau.

Saya dinasihatkan oleh Penolong Kanan supaya tidak berjumpa dengan Pengetua kerana surat tersebut beliau hanya terbaca bukan diarahkan baca. saya pun tunggu sehingga lebih seminggu barulah Pemgetua memanggil saya ke pejabat sekolah dan bertanyakan samada saya memohon pertukaran atau tidak, saya memberi tahunya bahawa saya tidak pernah mengisi borang untuk bertukar dan tidak juga memohon melalui cara yang lain.

Akhirnya Pengetua Sekolah menghulurkan sepucuk surat kepada saya dan saya pun membacanya rupa-rupanya surat tersebut ialah surat pembatalan pertukaran yang telah diceritakan tadi, betapa lega dan sukanya setelah membaca surat tersebut, Ini bermakna dalam tempoh saya menunggu itu Pengetua telah berusaha supaya saya tidak ditukaran atau memohon pertukaran itu dibatalkan, keadaan ini menimbulkan rasa bercampur-campur di antara gembira dan duka. Duka kerana kalau ditukarkan akan menyusahkan dan gembira kerana akhirnya pertukaran tidak menjadi kenyataan dan perkhidmatan masih dihargai oleh majikan, mimpi ini saya sifatkan sebagai mimpi suka dan duka .

Sekian. Wassalam.
_______________________________

Menghargai ulasan dari kekawan.

Blogger PJ selamba said...

erm
susah nak kaitkan mimpi dengan apa yang terjadi...
biasanya, bila terjaga kita akan terlupa mimpi tu
adeh

February 24, 2009 7:59 PM

Delete
Blogger Leenoh said...

Kekadang jadi begitu, mungkin badan kurang sihat kot, bila jaga tidur rasa macam bermimpi tetapi tidak dapat nak ingatkan semula.

February 24, 2009 8:38 PM

Delete
Blogger Nurhani Salwa Binti Jamaluddin said...

Salam,

Saya memang jarang bermimpi. Kalau mimpi pun saya susah nak ingat balik. Sebab, saya kalau tidur, memang tak ingat dunia.. hehehe.. mimpi pun tak berani singgah.. huhuhu..

February 25, 2009 6:41 AM

Delete
Blogger Leenoh said...

Cuba ingat-ingatkan, kemudian ceritkan kepada kami hehehe, Pak Ngah kalau badan tidak sihat selalu mimpi terbang di udara dan susah nak mendarat, waduh, waduh waduh mengerikan, atau mimpi orang gila kejar atau anjing kejar kemudian tidak dapat lari, lari pun tersekat-sekat sedangkan yang mengejar itu sudah hampir mencapai kita, menjerit minta tolong suara pula tidak keluar, akhirnya terjaga keletihan, nasib baik jaga kalau tidak....agaknya ketika itu darah tidak berjalan dengan lancar, kalau Allah Taala tidak bagi kita mimpi.... riwayat akan tamat di situ. hehehe.
Orang yang jarang bermimpi kualiti tidurnya cemerlang dan gemilang hehehe. Pak Ngah sangat berharap dapat tidur begitu.
Tidur juga nikmat kurniaan Allah ada yang dapat penuh ada yang dapat separuh, Bersyukur dan terima seadanya.
Wassalam.

February 25, 2009 7:56 AM

Delete


Sekian.Wassalam.

4 comments:

Anonymous said...

erm
susah nak kaitkan mimpi dengan apa yang terjadi...
biasanya, bila terjaga kita akan terlupa mimpi tu
adeh

Leenoh said...

Kekadang jadi begitu, mungkin badan kurang sihat kot, bila jaga tidur rasa macam bermimpi tetapi tidak dapat nak ingatkan semula.

Hunny said...

Salam,

Saya memang jarang bermimpi. Kalau mimpi pun saya susah nak ingat balik. Sebab, saya kalau tidur, memang tak ingat dunia.. hehehe.. mimpi pun tak berani singgah.. huhuhu..

Leenoh said...

Cuba ingat-ingatkan, kemudian ceritkan kepada kami hehehe, Pak Ngah kalau badan tidak sihat selalu mimpi terbang di udara dan susah nak mendarat, waduh, waduh waduh mengerikan, atau mimpi orang gila kejar atau anjing kejar kemudian tidak dapat lari, lari pun tersekat-sekat sedangkan yang mengejar itu sudah hampir mencapai kita, menjerit minta tolong suara pula tidak keluar, akhirnya terjaga keletihan, nasib baik jaga kalau tidak....agaknya ketika itu darah tidak berjalan dengan lancar, kalau Allah Taala tidak bagi kita mimpi.... riwayat akan tamat di situ.
Orang yang jarang bermimpi kualiti tidurnya cemerlang dan gemilang hehehe. Pak Ngah sangat berharap dapat tidur begitu.
Tidur juga nikmat kurniaan Allah ada yang dapat penuh ada yang dapat separuh, Bersyukur dan terima seadanya.
Wassalam.