Thursday, August 30, 2012

Melakukan kejahatan berseorangan kurang jahatnya berbanding melakukannya berdua, melakukannya berdua.....???.


Beri laluan utk iklan sebentar.

 _______________

Salam semua.
Gambar hiasan

Melakukan kejahatan berseorangan kurang jahatnya berbanding melakukannya berdua, melakukannya berdua kurang jahatnya berbanding melakukannya beramai-ramai, melakukannya beramai-ramai adalah yang paling jahat dan buruk.

Jom, kita bincang,
Benarkah bagai diungkapkan, apakah jenis kejahatan yang boleh dilakukan secara berseorangan?, banyak juga di antaranya meninggalkan solat, mencuri, menipu, merompak dan lain-lain, seseorang yang mencuri akan melibat tiga perkara iaitu pencuri itu sendiri, benda yang dicuri dan tuan empunya barangan tersebut, untuk menyelesaikan dosa mencuri itu pencuri perlu meminta ampun daripada Allah. memulangkan semula barang yang dicuri dan memohon maaf. Kalau kejadian itu telah lama berlaku dan langkah tersebut tidak dapat dilakukan, maka orang itu hendaklah bertaubat kepada Allah dan bersangka baik bahawa Allah akan mengampunkannya.

Bagaimana pula kejahatan meninggalkan solat?. Kejahatan ini merupakan kejahatan di antara manusia dengan Allah, orang tersebut perlu menyesal di atas kelalaiannya yang telah lalu, bertaubat kepada Allah dan kado' solat yang telah ditinggalkan sedaya yang mampu, itu pun kalau-kalau diterima Allah, apa pun kita hendaklah bersangka baik,kejahatan ini kelihatan tidak melibatkan orang lain tetapi, sebenarnya kejahatan ini juga melibatkan orang lain secara tersirat kerana meninggalkan solat itu ibarat meruntuhkan tiang syariat Islam yang dikongsi dengan orang lain di dalam suatu jamaah.

Kejahatan yang dilakukan berseorangan yang  tidak diketahui dan juga tidak  melibatkan orang lain  kuranglah dosanya tetapi Allah tetap melihat dan menilainya, kejahatan itu tidak mempengaruhi orang lain untuk turut serta melakukannya. Dosa ini di antara manusia dengan Allah sahaja, tetapi manusia harus ingat bahawa kebanyakan kejahatan atau dosa biasanya melibatkan orang lain turut tercalit bersama disebabkan mendengarnya atau menyokongnya atau lain-lain sebab yang memungkinkan seseorang itu dipertanggungjawabkan atas sesuatu perbuatan orang di persekitarannya.

Kejahatan yang dilakukan berdua atau beramai-ramai atau melibatkan ramai tentulah dosanya lebih banyak, meluas dan melebar keadaannya.Situasi ini mempengaruhi masyarakat umum, sebagai contoh seseorang Islam yang menjalankan perniagaan arak atau perjudian akan melibatkan sebahagian besar masyarakat umum yang akan turut melakukan kejahatan tersebut, sama ada sebagai pembantu, pekerja atau pengamalnya.

Kejahatan yang serius dan lumrah buat masa kini ialah kejahatan melalui perbuatan rasuah dan fitnah, kejahatan ini ibarat barah di dalam masyarakat, barah adalah suatu penyakit yang sukar diubati, kalau dibiarkan  amalannya berterusan dan merebak serta berkembang, akhirnya masyarakat akan rosak dan negara akan lumpuh.

Artikel ini hanya sebagai menyediakan ruang untuk percambahan minda - anda boleh terus memikirkannya secara yang adil dan rasional.

Sekian...Wallahu aklam.


No comments: