Salam semua.
Gambar hiasan |
Tulisan kali ini
cuma ingin berkongsi pengalaman dan kebaikan. Dalam bulan Ramadan ini
ramai orang yang berpuasa merungut bahawa mereka membuang air besar tidak lawas atau
berlaku sembelit, mungkin kerana air di dalam badan tidak mencukupi
tetapi, masih ada peluang berusaha untuk mengatasinya, iaitu banyakkan memakan buah-buahan, sayur-sayuran dan minum air, biasanya lebih kurang begitulah nasihat doktor.
Cuba baca cadangan di bawah ini sambil anda mendengar burdah merdu di dalam video yang sengaja disediakan di bawah artikel ini.
Nasihat dan pesanan Rasulullah.s.a.w. juga tidak kurang kebaikan dan keberkesanannya. Rasul menyarankan kita sebagai umatnya supaya memulakan berbuka puasa dengan memakan buah kurma atau makanan yang manis terlebih dahulu sebelum makan makanan yang lain.
Sebaik-baiknya buah kurma itu direndam terlebih dahulu dengan air zam-zam atau air biasa dalam kadar tidak kurang daripada tiga biji kurma dalam segelas air , rendam sehingga ianya kembang atau menjadi lembut dan minum sebelum makan apa-apa makanan ketika berbuka. Cara ini memungkinkan najis menjadi lembut terutamanya di bahagian berhampiran pintu keluarnya. Sembelit berlaku kebiasaannya najis yang berada di bahagian tersebut berkeadaan keras menyebabkan susah hendak keluar.
Islam juga menasihatkan umatnya supaya makan sekadar hilang lapar dan ulang makan semula apabila lapar selepas itu, ulangan itu juga sekadar hilang lapar....Insya Allah.
Vedio di bawah ini lebih baik.
Sekian...Wallahu aklam.
Vedio di bawah ini lebih baik.
Sekian...Wallahu aklam.
2 comments:
salam pak ngah...
saya mmg suka makan buah kurma (tamar) yusoof taiyoob hehehee
mmg memberi tenaga untuk berpuasa dan terbukti byk kebaikan/keberkatan :)
Wsalam.
Kalau Lukman nak yang murah pergi beli di kedai pemborong Mahnaz di belakang SMK.Teknik Bt 3.
Post a Comment