Wednesday, August 29, 2012

Siapakah yang akan mengubah budaya berhari raya yang telah menyimpang ?








Beri laluan utk iklan sebentar.


Salam semua.
Gambar hiasan

Hari Raya 'Aidil Fitri dan 'Aidil Adha bukanlah hari raya yang merujuk kepada sesuatu bangsa tetapi ianya merujuk kepada syariat Islam.'Aidil Fitri dan 'Aidil Adha bukanlah perayaan sesuatu bangsa. Bangsa  Melayu, India  atau perayaan Cina yang dimeriahkan dengan pembakaran mercun, bunga api, berjoget  dan seumpamanya, perayaan kedua-duanya itu dikaitkan dengan pahala dan dosa, di mana ianya wajib merujuk kepada kitab iaitu al.Quran dan al.Hadis.

Sebulan berpuasa pada bulan Ramadan yang diperkukuhkan lagi ibadat itu dengan bertarawih dan bertadarus al.Quran serta bersedekah, amalan ini dilakukan selepas merujuk kepada al.Quran dan al.Hadis, maka tepatlah ibadat itu dikerjakan seperti yang dikehendaki.

TETAPI,

apabila sampai sahaja 1 Syawal al.Quran dan al.Hadis mulai dipinggirkan, hari raya tidak lagi disambut seperti yang disarankan, puasa sunat Syawal juga diabai atau ditangguhkan buat sementara , tidak perlu dihuraikan di sini cara untuk berhari raya dengan betul dan tepat seperti dikehedaki Islam, sekadar menyatakan bahawa di dalam berseronok menyambut hari raya itu dilarang melakukan perkara-perkara yang sedia dilarang dan dimaklumi.

Isunya di sini perayaan yang disuruh oleh Islam dicampur-adukkan dengan berbagai acara yang lagha sehingga mampu mengubah perayaan yang disuruh itu menjadi acara berpoya-poya. 

Kalau disenaraikan semua acara atau program sambutan hari raya dengan mengasingkan acara yang secocok dengan Islam dan yang dilarangnya, senarai itu akan menunjukkan acara berpoya-poya lebih menguasainya.

Siapakah agaknya yang akan mengubah budaya berhari raya yang telah menyimpang ke arah destinasi yang salah itu? Untuk amalam individu diri sendiri boleh berusaha merealisasikannya, untuk masyarakat memerlukan penggerak yang berketerampilan dan ikhlas di dalam wawasannya.

Sekian...Wallahu aklam.


No comments: