Saturday, August 8, 2009

Kehendak Allah jua. ( puisi )

Salam Semua.

hantu syaitan baru.
H hantu, N syaitan.
H iblis, N ghaib.
H ghaib, N iblis
H syaitan N hantu

di mana H, H ghaib.
di mana N. N ghaib.

halus. halus. halus.
tidak dapat dilihat.
mata tidak dapat mengesan tanpa bantuan.

di mana dia berada,
mungkin di sebelah kamu.
mungkin di rumah jiran kamu.
mungkin di pasar raya.
mungkin di pejabat kamu.
mungkin sedang berterbangan di udara.

ya. dia seperti hantu.
dia seperti iblis.
dia seperti syaitan.
dia seperti jin.

tidak dapat dilihat.
tidak dapat dikesan tanpa bantuan.

dia bukan Tuhan.
dia bukan raja.
dia bukan penyerang berani mati.

tetapi,
dia ditakuti manusia.
dia digeruni.
dia dibimbangi.

dia mengancam kanak-kanak.
dia mengancam warga tua.
dia mengancam semua manusia.
dia menyusahkan manusia.
dia tiada perasaan.

wahai diriku.
wahai manusia.

semua itu ciptaan Allah.
semua itu kehendak Allah.
semua itu takdir Allah.

wahai diriku.
wahai manusia.
ingatlah Allah.
tinggalkan kejahatan.
tinggalkan makanan haram.

dapatkan kebahagiaan melalui kepatuhan kepada Allah.
kebahagiaan dan kesejahteraan datang dari Allah.
kebahagiaan dan kesejahteraan itu adalah ciptaan Allah.

H1N1
hanya nama.
makhluk ciptaan Allah jua.

tanpa izin Allah.
H1N1.
tanpa daya.
tanpa jangkitan.
tanpa mudarat.

iradah Allah jua.
kehendak Allah jua.
Qadak Allah jua.

_________

Berikhtiar dan bertawakkal kepada Allah.
Semoga kita dipelihara-Nya.


1- Penyakit Influenza A (H1N1) setakat ini ( 08.08.2009 ) telah meragut 18 nyawa

2. Kini ( 09.08.2009 ) - H1N1 - meningkat ke 26 kematian.

3. Kini ( 11.08.2009 ) H1N1 meningkat lagi 6 menjadikan 32 kematian .

4. H1N1 (12.08.2009) - 8 lagi kematian menjadikan 40 mangsanya .

5. Kini (13.08.2009) berlaku pertambahan kematian menjdikan 51 mangsa.

6. Kini ( 16.08.2009 ) meningkat lagi menjadikan 62 kematian.



#######

Mungkin anda ingin membacanya.

Diari - Rumah ini, bukan rumah biasa.. -
Semalam saya...........................

#######

Kisah Bidaah: H1N1 -
Mukadimah: Nama saya Zaidi.
Saya merupakan seorang ahli sains yang tergolong di kalangan mereka yang percayakan Pencipta (Creationist) ...


#######

Allah Maha Mengetahui.
Sekian. Wassalam.

4 comments:

Ad Rifza said...

Sama-samalah kita berdoa moga penyakit ini terhapus..Dengan kuasa ALLAH juga akan terhapuslah ia..INSYALLAH...
Sama-sama juga kita menjaga kesihatan dan jauhi dari murka Allah..

Leenoh said...

Salam Ad Rifza.
Sama-samalah kita berdoa, insya Allah kita dan keluarga akan selamat.

Anonymous said...

Salam.
Langkah berjaga-jaga:
1) Jangan ambil makanan berpek yang diragui mengandungi daging, lemak, tulang dan enzim khinzir. Jauhi coklat, aiskrim, keju, krim, jelly, gelatin, snek ringan terutama yang diimport dari barat. Virus ini 'suka' kepada sebarang jenis protein khinzir.
2) Jauhi tempat menternak khinzir.
3) Elak bergaul dengan kaum pemakan khinzir. Mereka mungkin 'pembawa'.
4) Makan bahan yang disebut Nabi iaitu: minyak habatus sauda, zaitun, buah kurma, buah tin dan kismis. Juga ubi jaga, minyak kelapa dara dan bahan herba yg lain. Bahan-bahan ini menambah kekuatan imunisasi pertahanan tubuh.
5) Elakkan ambil vaksin dan antibiotik. Selsema ini boleh dilawan oleh sistem imunisasi pertahanan tubuh. Virus asal tidak bahaya, virus mutasi yang bahaya.
6) Banyakkan selawat ke atas Nabi sepanjang masa. Ini menyucikan.
7) Banyakkan berdoa dan niat sewaktu keluar rumah.
8) Berserah dan bertawakkal hanya kepada Allah SWT.
9) Amalkan surah al-Anbiya', al-Kahfi dan Yasin.
10)Amalkan solat hajat dan dhuha.
11)Sediakan bekalan makanan dan bahan kegunaan harian yang mencukupi sekiranya berlaku darurat.

Ingat bahawa virus ini 'suka' mencari genetik khinzir tetapi tidak berbahaya melainkan 'dicabar' untuk bermutasi.

Setakat ini semua mangsa beragama Islam. Perlu diteliti pemakanan supaya 100% suci dan bebas dari genetik khinzir walau pun setitik.

Jaga kebersihan diri dan persekitaran supaya tidak diserang batuk selsema.

Leenoh said...

Salam Zaidi.
Terima kasih, semoga akan dimanfaatkan kekawan panduan tersebut.