Tuesday, March 9, 2010

Nyanyok agaknya.( puisi )

Salam.

Salam uc
apan pembuka kalam.
Adab mereka yang
beriman.
Identiti terpak
ai sejak berzaman.
Nukilan diambil dari
firman .

Ini, bukan sajak, bukan juga seloka.
Cuma luahan hati dan minda
Hati terpera
njat, bahana karenah manusia,
Akal pendek, kitab pula tidak ditaatinya.
Hidupnya mejadi kalut dan melalut pula.
Utara dan selatan sukar ditentukan.
Kepalanya perlu dibekam.
GPSnya perlu dibetulkan.

Bagaimana tak kalut.
Kambing jantan sukakan sesama sendiri.
Tabiatnya bak kambing boer.
Jantan sama jantan ingin bersanggama.
Betina sesama betina asyik wa maksyuk.
Apakah benar kiamat sudah mengintai kita.

Astaghfirullahal azim.
Di sana ada jantan hensem, kacak berbulu dada.
Diintai jantan hensem, ajak bersanggama.
Adakah itu bukan pelik ?... !!!. Bukankah itu gamitan kiamat.
Bukan sengaja digubah atau dicipta buat halwa telinga.
Ini kisah di atas muka bumi Allah, diawal purnama .
Bukan yang terpapar di mana-mana, bukan juga di alam maya.

Ingin ke syurga ;
Kerjabuatnya menghasilkan neraka.
Niat ke syurga, cita rasa ke neraka.
Ingin masak kurma, perencahnya kari.
Hendakkan padi, lalang ditanam.
Hendakkan sihat, racun diulinya.

Marah dan nasihat sudah bersepadu.
Marah dan kesian sudah bercampuraduk.
Marah kerana perbuatannya.
Kesian kerana sesatnya.
Berat kerana wujud tanggungjawab baru.
Jiwanya minta disejahterakan.

Nyanyok agaknya.
Itulah kata hati yang marah.
Orang beriman bersangka baik.
Sembilan puluh sembilan mangsa telah dibunuh.
masih ada pengampunan kerana Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang.
Tetapi.
Mampukah kita mensejahterakannya.

Betapa anihnya dunia ini.
Tidak semua manusia merasai keanihan itu.
Akal manusia terbukti cakupannya terhad.
Akal gagal mengesan iblis dan syaitan.
Hanya wahyu Allah nur penyuluh jalan.

Mengapakah tidak memohon dan meminta pada-Nya.
Bukankah sejak dilahirkan tertanam benih kebaikan.
Bajailah dan suburilah, kerana benih itu bersedia untuk tumbuh.
Dan sebarkan pula pada yang terdekat.

Kembalilah pada jalan yang benar.
Muhasabahlah sejenak agar hidayah menemani kita.
Lihatlah kedua-duanya - masa lalu dan masa depan.
Buatlah kesimpulan dan mulakan anjakan baru.......

Allah itu Maha Pengampun sifat-Nya.
Sujud dan merayulah pada-Nya....
Di sana masih berpeluang bagi hamba-Nya memohon keampunan.

Sekian.

No comments: