Sunday, January 17, 2010

Dalil-dalil mengenai perkahwinan dan larangan berzina


Salam semua.



Dalil-dalil mengenai perkahwinan dan larangan berzina.

Senario sosial yang sedang berlaku di dalam masyarakat kini memerlukan semua pihak mengemaskinikan pengetahuan mengenai perkara-perkara yang disebutkan di dalam tajuk di atas supaya mempunyai persediaan diri untuk menghadapi dan menangani sekurang-kurangnya untuk keluarga masing-masing.

Anak-anak yang dilahirkan pada hari ini, dalam masa 9 atau 15 tahun lagi mereka akan menjadi remaja dan mempunyai keinginan jentina (sek) yang tersembunyi di dalam diri mereka, sekiranya tidak dibantu, mereka akan membawa hal sendiri, jika dibiarkan mereka di dalam keadaan kejahilan akan mudahlah terjerumus ke dalam kancah perzinaan dan akhirnya terhasil penyesalan, disamping mewujudkan pula masalah kepada diri sendiri dan masyarakat.

Kini setiap jam terhasil anak zina, situasi ini menjejaskan keturunan manusia sebagai sebaik-baik kejadian Allah dan khalifah di atas muka bumi ini . Tanggungjawab mendidik masyarakat supaya berakhlak mulia berkehendakkan tanggungjawab secara jamaah atau kolektif .Suasana sekarang mengusik jiwa dan minda kita supaya membayangkan tentang ketulenan zuriat kita pada masa akan datang kerana gejala itu telah pun berlaku dan sedang berlaku pada masa kini.( semoga Allah pelihara keturunan kita, insya Allah ).

Berikut adalah petikan beberapa meksud ayat-ayat al.Quran dari beberapa surah untuk direnung dan difikirkan bersama:

[2] Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.

[3] Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.
Surah An.Nur.
______________

[5] Dan mereka yang menjaga kehormatannya, -

[6]
Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: -

[7] Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;
Surah al.Mukminun.
_______________

[28] Dan (ingatkanlah peristiwa) Nabi Lut tatkata ia berkata kepada kaumnya: “Sesungguhnya kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorangpun dari penduduk alam ini sebelum kamu.

[29] “Patutkah kamu mendatangi orang lelaki (untuk memuaskan nafsu syahwat kamu)? Dan kamu memotong jalan lalu-lalang (untuk tujuan jahat kamu)? Dan kamu pula melakukan perbuatan yang mungkar di tempat-tempat perhimpunan kamu?” Maka kaumnya tidak menjawab selain daripada berkata (secara mengejek-ejek): “Datangkanlah kepada kami azab dari Allah (yang engkau janjikan itu) jika betul engkau dari orang-orang yang benar”.

[30] Nabi Lut berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, tolonglah daku terhadap kaum yang melakukan kerosakan (menderhaka)”.

[31] Dan ketika datang (malaikat) utusan kami kepada Nabi Ibrahim dengan membawa berita yang mengembirakan), mereka berkata: “Sebenarnya kami hendak membinasakan penduduk bandar ini), sesungguhnya penduduknya adalah orang-orang yang zalim”.
Surah al.Ankabut

_____________

[50] Wahai Nabi, sesungguhnya Kami telah halalkan bagimu isteri-isterimu yang engkau berikan maskahwinnya, dan hamba-hamba perempuan yang engkau miliki dari apa yang telah dikurniakan Allah kepadamu sebagai tawanan perang; dan (Kami telah halalkan bagimu berkahwin dengan sepupu- sepupumu, iaitu): anak-anak perempuan bapa saudaramu (dari sebelah bapa) serta anak-anak perempuan emak saudaramu (dari sebelah bapa), dan anak-anak perempuan bapa saudaramu (dari sebelah ibu) serta anak-anak perempuan emak saudaramu (dari sebelah ibu) yang telah berhijrah bersama-sama denganmu; dan (Kami telah halalkan bagimu) mana-mana perempuan yang beriman yang memberikan dirinya kepada Nabi (untuk dikahwininya dengan tidak membayar maskahwin) kalaulah Nabi suka berkahwin dengannya; perkahwinan yang demikian adalah khas bagimu semata-mata, buka bagi orang-orang yang beriman umumnya; sesungguhnya Kami telah mengetahui apa yang Kami wajibkan kepada orang-orang mukmin mengenai isteri-isteri mereka dan hamba-hamba perempuan yang mereka miliki; - supaya tidak menjadi keberatan bagimu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

[51] Engkau boleh menangguhkan sesiapa yang engkau kehendaki dari mereka dan engkau boleh mendamping: sesiapa yang engkau kehendaki; dan sesiapa yang engkau hendak mendampinginya kembali dari mereka yang telah engkau jauhi itu maka tidaklah menjadi salah bagimu melakukannya; kebebasan yang diberikan kepadamu itu (bila diketahui oleh mereka) adalah lebih dekat untuk mententeramkan hati mereka, dan menjadikan mereka tidak berdukacita, serta menjadikan mereka pula reda akan apa yang engkau lakukan kepada mereka semuanya. Dan (ingatlah) Allah sedia mengetahui apa yang ada dalam hati kamu; dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Penyabar.
Surah al.Ahzab.
_________________

[3] Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.

[4] Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya.
Surah an.Nisak.
____________________________

Kalau ingin tahu elok juga membacanya...klik je.

Isnin, 2010 Januari 18

Peguam Menulis - Hujah-hujah pengharaman penggunaan kalimah Allah oleh ugama bukan Islam.


____________________________

Sekian. Wallahu aklam.

2 comments:

Temuk said...

Salam sdr Leenoh
Paparan sdr yg sedemikian rupa itu memang sangat dialu-alukan. Seperti juga kuliah-kuliah di masjid, surau atau seumpamanya. Walau diulang-ulang, ada saja bhg-bhg tertentu yg kita lupa, atau kurang pasti, atau rasakan baru. Sebab ingatan pun telah menurun... Maklumlah. Benarlah bhwa kita ini amat perlu diperingatkan selalu, khususnya dlm bab-bab berkaitan agama. Terima kasih.

Leenoh said...

Salam Temuk.

Ingatan itu dinukilkan terlebih dahulu utk diri sendiri kemudian barulah utk orang lain.
Terima kasih kembali kerana membacanya.