Sunday, January 3, 2010

Akhlak orang beriman.



Salam semua.


Akhlak orang beriman.

Kg.Berjaya di negeri Kedah.
Orang pertikai tempat sembelihan.
Orang berjaya memberi kaedah.
Orang gagal memberi alasan.

Orang beriman hidup berdaya.
Walau di lautan tetap solih.
Kalau hendak seribu daya.
Kalau tak hendak seribu dalih.

Ketika ramai mahu pun seorang.
kepada Allah tetap dirindui.
Biar di lautan atau di padang.
Ajaran Islam tetap dihayati.

Itulah akhlak orang beriman.
Di mana berada jiwa aman.
Hati berserah kepada Ar.Rahman.
Berkat Iman,Islam dan Ihsan.
Ketika ramai mahu pun seorang.
kepada Allah tetap dirindui.
Biar di lautan atau di padang.
Ajaran Islam tetap dihayati.

Sekian.Wallahu aklam.

No comments: