Saturday, January 30, 2010

Terima kasih Hazim Zakwan.


Salam semua.

Sebentar tadi kurang lebih jam 2.00 petang, saya terbaca mesej di dalam kotak mesej facebook yang berbunyi ;
____________

"ustaz apa khbaq? sy la ni ngji kt cheras..ustz dok blah mna? kalu p skulah, lalu ja kt mnara jm kt sraw tu pkat tringat kt ustz..kngn kt star.."
___________

Ini adalah jawapan saya. "
Lee Noh January 30 at 2:23pm

Salam Zakwan.
Saya sihat walafiat, sekarang berada di Kluang, ( ada kewajipan) .

Saya teringat surau krn surau merupakan salah satu perancangan saya yang berjaya, alhamdulillah kemudahan itu dpt dinikmati dan digunakan berterusan.

Menara jam itu sebenarnya motivasi ke arah disiplin menepati masa, sebenarnya saya telah batalkan cadangan saya itu krn dekat bersara tetapi bila saya cerita kpd Cikgu Kartini ( pengetua), cikgu Kartini minta saya teruskan, saya kata orang lainlah buat, saya bolehlah ceritakan bentuk dan gambarannya , akhirnya itulah hasilnya.
Saya bersara dalam keadaan sgt gembira dan berpuas hati dgn layanan yang diberikan oleh kekawan dan juga pelajar.

(..............................ada lagi sambungannya tetapi yang ini agak rahsia sedikit..he3............)

Sekian, sehingga berjumpa lagi. Wassalam.
______________

Walaupun pendek sahaja mesejnya tetapi mesejnya yang sebenar bagi diri saya sangat luas dan mampu mengimbau kembali sehingga 18 tahun yang lampau.

Terima kasih Hazim Zakwan kerana masih mengingati saya , tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat mencari rezeki dan berkhidmat untuk anak bangsa. Memanglah perkara yang paling menjadi kenangan saya ialah Surau STAR dan Kursus Motivasi kerana dua perkara itu adalah hasil inovasi dari saya sendiri bukan arahan atau terikat dengan perintah sesiapa. Kerjasama kekawan dan pihak pentadbir memang menjadikan saya sangat kagum, sesungguhnya semuanya itu adalah pertolongan Allah yang semestinya disyukuri rahmat dan nikmat-Nya.

Ketika itu ( berkhidmat di STAR ) saya sangat gembira melihat para pelajar mampu memegang mikrofon dan berucap atau menyampaikan sesuatu kepada rakan sebaya mereka. Saya ingin mereka mempunyai kebolehan dan kemahiran melebihi diri saya apabila mereka dewasa kelak, itulah perasaan dan keinginan yang tersemat dan terpaku di dalam hati.

Memang banyak ceritanya kalau hendak dinukilkan di sini, untuk kali ini memadai sekadar ini sahaja.

Sekali lagi Terima kasih Hazim Zakwan.

Sekian. Wallahu aklam.

No comments: