Thursday, January 28, 2010

Jom. Kita sembang pasal babi.

Salam semua.


Kemeriahan bersembang pasal babi ini tidak dapat dinafikan lagi, suka atau benci semuanya terlibat dengan perbincangan mengenainya. Dalam tahun 2009 yang telah lalu masyarakat Malaysia riuh rendah bersembang pasal babi.Babi di Melaka menjadi tajuk pokok rimbunnya manakala babi di Kedah kerana perpindahan tempat sembelihannya, di Universiti Malaya kerana babi ditinggalkan di dalam suraunya dan di tempat ternakan yang lain pula menjadi tajuk dahan dan ranting cerita kesinambungannya.

Penulis juga turut menulis puisi mengenainya bertemakan ' kalau rasuah itu dinamakan babi' maka tiada siapa di kalangan orang Melayu terlibat dengannya kerana secara emosinya orang Melayu memang memandang jijik kepada binatang berbadan gempal itu dan kalau babi pula dinamakan rasuah akan menjadi sebaliknya pula, iaitu orang Melayu akan makan babi pula kerana merujuk kepada situasi di mana ramai mereka terlibat dengan rasuah seperti dilaporkan di media cetak atau media maya pada hal dari segi hukum Islam kedua-duanya haram dimakan atau digunakan.....oleh itu,
dari manakah datangnya jijik itu ...disebabkan hukum atau emosi....penulis musykil dalam hal ini iaitu kemusykilan mengenai cara kita berfikir , sama ada ianya tercetus dari fikrah Melayu yang selari pula dengan fikrah Islam atau sebaliknya....Bagi penulis cara berfikir perlu dibendung dan diselaraskan dengan hukum Islam supaya tindakan kita berbaloi.

Demikianlah luahan rasa di dalam puisi yang telah lalu itu. Di mana babi dipandang jijik tetapi rasuah diamalkan. ( Nilai yang diserapkan di dalam minda berlaku secara tidak teratur dan kandungannya tidak selaras ).

Berbalik semula pasal cerita babi. Sejak kalimah Allah dibawa ke Mahkamah untuk diadili dan mendapatkan hak untuk menggunakannya oleh pihak penganut Kristian di Malaysia , sejak itulah juga kalimah itu diperkatakan dan dibincangkan oleh semua rakyat Malaysia tidak kira apa agama dan anutan.termasuk mereka yang tidak memperdulikan agama sebelumnya. Di situlah punca bermulanya beberapa masjid dan surau dicemari dengan meletakkan daging babi atau kepala babi bertujuan menunjukkan kemarahan dan menimbulkan kemarahan, beberapa gereja juga dibakar oleh pihak yang tertentu yang tidak berpuas hati dengan situasi semasa dalam hal tersebut atau adakah kesempatan itu diambil untuk tujuan atau kepentingan tertentu tidaklah diketahui, hanya Allah dan orang yang berkenaan sahaja yang mengetahui motifnya dan sudah tentulah untuk kepastian hikikatnya menjadi tanggungjawab pihak polis untuk menyiasatnya dan kemudiannya dibawa ke pihak pengadilan .

Persoalannya adakah tindakan pihak tertentu itu disuruh oleh agama masing-masing , sedang peluang untuk perbincangan masih terbuka untuk mendapatkan tolak ansur, semua pihak sepatutnya merosakkan dan menghapuskan benih pergaduhan dan menanam benih keamanan, masing-masing hendaklah merujuk kepada dasar dan asas agama masing-masing, jangan ikut emosi dan direkacipta ajaran serta tokok tambah tanpa merujuk kepada ajaran asal, masing-masing pihak seharusnya faham betul-betul akan ajaran agama masing-masing. tiada agama yang menyuruh penganutnya melakukan keganasan melainkan setelah kehidupan mereka terancam atau diganasi oleh pihak musuh.

Penulis tidak fikir bahawa apa yang berlaku itu dilakukan oleh mereka yang betul-betul memahami agama atau mereka yang istiqamah dalam menghayati agama masing-masing. Apa pun jangan jadi umpama seekor kerbau membawa lumpur habis semua terpalit.

Bagi penulis untuk menjaga kalimah Allah, orang Islam perlulah bangkit beramai-ramai mendirikan sekolah untuk semua peringkat rakyat sama ada dibina di alam nyata atau alam maya, di dalam masjid atau surau, di rumah-rumah atau di pejabat- pejabat.

Maknanya penyebaran ilmu pendidikan Islam hendaklah bersungguh-sungguh. menyeluruh dan istiqamah. Penguatkuasaan undang-undang hanya pelengkap dan sementara sahaja. Kalimah Allah akan kekal tertegak mengikut yang dikehendaki oleh Allah itu sendiri bila mana orang Islam seluruhnya memahami dan mengamalkan ajaran Allah secara istiqamah dan berjamaah, dengan itu kebimbangan terhakisnya aqidah akan menjadi tipis kerana kebimbanga tersebut sentiasa diatasi dengan penyuburan ilmu. Tiada ilmu tiadalah iman. tiada iman tiadalah Islam, tiada Islam tiadalah penghayatan, tiada penghayatan maka tiadalah kesejahteraan.


Sekadar pandangan peribadi.

Sekian. Wallahu aklam.

2 comments:

Dee said...

x mkn babi..hehehe..jgn marah sdra leenoh..gurau je..

Leenoh said...

Salam Dee.

Semoga anda dan keluarga sihat walafiat.amin.