Salam semua.
Memaafkan orang lain dan memohon ampun dari Allah.
Tiada hak memaafkan bagi pihak orang lain.
Memaafkan dan memohon ampun adalah dua cetusan rasa yang terbit dari hati seseorang, set

Kadang-kadang diperkatakan juga bahawa ibubapa menanggung dosa anak apabila anak-anak yang belum baligh tidak menunaikan solat atau anak-anak melakukan perbuatan dosa, sebenarnya tanggapan dan anggapan itu adalah salah kerana anak-anak yang belum baligh bagi mereka tiada apa-apa dosa, mereka bersih suci seperti kain putih. Dalam hal seperti ini ibubapa atau warisnya terdapat bahagian yang melibatkan diri mereka iaitu kewajipan mendidik anak-anak mereka supaya mentaati Allah. sekiranya kewajipan ini tidak dijalankan barulah ibubapa itu berdosa dan dosa itu adalah dosa mereka sendiri, kelalaian mereka menyebabkan anak-anak tidak berakhlak mulia adalah kesalahan ibubapa atau waris.
Masakan Allah mudah mengampunkan dosa kita kalau kita sendiri pun sukar memaafkan orang lain.
Dalam menjalani kehidupan yang penuh dengan dugaan dan cabaran ini setiap orang tidak dapat mengelakkan diri daripada melakukan atau berlakunya kesilapan dan kesalahan terhadap orang lain seperti mana orang lain melakukan kesilapan dan kesalahan terhadap diri kita.
Sekiranya di dalam diri kita penuh sarat dengan kesalahan orang lain terhadap diri kita dan hati kita pula menyimpannya dengan menyunci kuat, rapat dan kemas tanpa mahu memaafkan serta kita melupakan pula sifat Allah yang terpuji iaitu Pemurah dan Penyayang ( Arrahman dan Arrahim). Dalam pada itu kita memohon supaya segala dosa kita diampunkan Allah, sedangkan kesalahan orang lain kita enggan maafkan, adakah lojik Allah akan memaaf dan mengampunkan segala dosa kita itu. Dari segi lojik rasanya sukar bagi kita hendak mendapatkam keampunan-Nya dalam keadaan demikian, walau bagaimana pun Allah itu Maha Penyayang dan Maha Pengampun.
Melakukan kebaikan dahulu kemudian memohon ampun atau memohon ampun daripada Allah dalam situasi sedang melakukan kebaikan adalah situasi yang amat baik dan lebih mudah mendapatkan keampunan-Nya.Umpama doa orang yang sedang berpuasa atau mengerjakan Haji.
Perbandingan:
Memaafkan kesalahan saudara Islam adalah lebih baik daripada enggan memaafkannya.
Renungi maksud firman Allah berikut:
"Dan balasan suatu kejahatan adalah kejahatan yang serupa, maka barang siapa memaafkan dan berbuat baik maka pahalanya atas (tanggungan) Allah. Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang zalim".(40)
Surah Asy.Syura.
______________
"(Pahala dari Allah) itu bukanlah menurut angan-anganmu yang kosong dan tidak (pula) menurut angan-angan Ahli Kitab. Barang siapa yang mengerjakan kejahatan, niscaya akan diberi pembalasan dengan kejahatan itu dan ia tidak mendapat pelindung dan tidak (pula) penolong baginya selain dari Allah".(123)
"Barang siapa yang mengerjakan amal-amal saleh, baik laki-laki maupun wanita sedang ia orang yang beriman, maka mereka itu masuk ke dalam surga dan mereka tidak dianiaya walau sedikit pun".(124)
Surah An.Nisak.
______________________
MENJURUS KE FACEBOOK.
Lee Noh
Tersiar di dalam beberapa medi massa diberitakan bahawa pada petang ini akan berlaku gerhana matahari, umat Islam berpeluang menunaikan solat sunat tersebut pada ketika gerhana sedang berlaku sama ada secara berjamaah atau berseorangan, secara berjamaah adalah lebih afdal kerana di sana terdapat khutbah khas.......
MAJLIS SERAH ANAK DAN MENGADAP GURU ( Hanya suatu cadangan ). Para pembaca budiman sekali lagi dalam mauduk ini saya ingin mengutarakan pengalaman saya yang telah lalu dalam bidang pendidikan anak-anak................
_________________________
Sekian . Wallahu aklam.
2 comments:
salam pak ngah...
hmmm... orang yang memaafkan kesalahan orang lain tu dikatakan mempunyai hati yang besar...
Salam Naqeeb.
Memaafkan orang suatu kerja yang sangat ringan dan menguntungkan tetapi berat hati nak melakukannya...hati perlu dilatih supaya senang memaafkan orang lain.
Pesanan ini utk diri sendiri dan juga kekawan.....he3.
Post a Comment