Awal tahun persekolahan begini akan teringat berbagai peristiwa yang lalu terutamanya b

Awal tahun persekolahan biasanya guru-guru asrama akan mengadakan majlis suaikenal atau sekurang-kurangnya taaruf pendek yang mengambil masa dua atau tiga jam bertujuan mempercepatkan pengenalan di antara pelajar khasnya pelajar yang baru menjadi asramawan di sesuatu sekolah, suaikenal yang paling penting untuk didahulukan ialah di antara rakan-rakan sebilik. Sekiranya mereka telah mengenali semua kawan- kawan yang tinggal sebilik, bermakna sebahagi

Guru asrama perlulah memiliki kaedah taaruf yang berkesan untuk direalisasikan kepada mereka. Para pelajar di peringkat ini masih memerlukan bantuan guru khususnya dalam hal pengenalan dan sosial yang sihat di antara mereka.
Kalau ta

Masalah ketiadaan kawan di dalam melakukan sesuatu aktiviti sama ada belajar atau apa sahaja memang memberi kesan kurang semangat dan motivasi kepada seseorang individu sama ada pelajar sekolah atau orang dewasa, sebab itulah dikatakan majlis taaruf ini sangat penting untuk para pelajar baru asrama. Para guru tidak wajar memandang ringan dan remeh dalam hal ini.
Taklimat mengenai perjalanan hidup harian di asrama juga di antara perkara yang mustahak dilakukan supaya andaian baik buruk yang mungkin berlaku ke atas mereka diketahui atau dijangka terlebih dahulu seperti kehilangan, tertukar atau kecurian barangan mereka seperti pakaian, alat tulis dan lain-lain.
Susutnya ubat gigi, sabun pakaian, sabun mandi. Kehilangan wang ringgit, berus gigi, tertukar stokin, kasut sekolah dan seumpamanya sering berlaku di mana-mana asrama, baik asrama lelaki atau perempuan.Asrama Pusat Pengajian Tinggi pun berlaku hal yang sedemikian.
Sesungguhnya kehidupan di asrama itu mempunyai jurang yang agak jauh dengan kehidupan di rumah kerana tinggal bersama keluarga itu adalah kehidupan yang unggul dan itulah juga sebaik tempat mendidik anak-anak, oleh sebab pusat pengajian berada jauh dari rumah, maka suatu perubahan dan anjakan cara hidup pelajar perlu dilakukan, pengorbanan harus dilakukan demi meningkatkan pengajian. Jika segala keperluan pendidikan yang berkualiti berada di dalam kampung halaman sendiri dan berhampiran dengan rumah adalah tidak wajar berpindah dan tinggal di asrama.
Sekian.Wallahu aklam.
5 comments:
Salam Leenoh,
Masalah dibincangkan menjadi salah satu penyebab anak saya tadak mahu tinggal diasrama 2 tahun lalu. Atas dorongan ia masih kekal di sana.
Ahad lepas saya hantar beliau semula keasrama utk sesi 2010. Masuk masuk asrama ada bau bangkai, bangkai kucing.
Mana lebih baik, menyuruh pelajar membersihkan bilik mereka sendiri atau pihak sekolah menyuruh pencuci sekolah membersihkan semua asrama sebelum pelajar masuk?
Salam YB.
Asas kebersihan wajib dibuat oleh petugas yang dibayar gaji.
Kekotoran kecil elok juga diberi tugas kpd pelajar membersihkannya secara bergotong-royong atau berjadual utk menanamkan rasa tanggungjawab, kemasyarakatan, kerjasama dan kekitaan.
Tugas itu dibolehkan dengan syarat tidak menjejaskan tugas asal pelajar .
assalamualaikum pembuka bicara di tahun baru, mengenai asrama, sebagai parents saya tidak berasa sangat tenang nak melepaskan mereka tinggal di asrama. keburukan tinggal di rumah pula, mereka tak lekang dengan tivi :(
Salam Mak Su.
Saya buat jadual waktu tonton TV, jadual itu mesti dipatuhi semua penghuni rumah.
Jika ada gambar istimewa boleh buat permintaan..kadang lulus kadang tidak, terpulang pada keadaan.
Sekarang depa dah ada anak, jadual tu cerita dulu..he3
Post a Comment