Wednesday, December 17, 2008

BIAR ISLAM MENDIDIK ORANG MELAYU

Penulis bukanlah seorang ahli fikir untuk anda mempercayai hujah dan alasan yang akan diberikan tetapi berdasarkan secebis ilmu dan sedikit pengalaman serta pemerhatian yang dilalui selama ini, mungkin subjek yang akan diutarakan dan dipertontonkan hasil luahan minda ini , sekurang-kurangnya boleh dijadikan bahan renungan barsama.

Apabila orang Melayu menerima Islam sejak ratusan tahun dahulu, iaitu ketika Melaka cemerlang, Kedah Cemerlang dan Acheh cemerlang dahulu, bermakna ketika itu orang Melayu telah membuat pengakuan tidak lagi memuja Tok Nenek ( Tok Pekong ) dan tidak lagi mengikut telunjuk adat yang diciptareka sebelum kedatangan Islam. Maka ketika itu mereka juga membuat pengakuan " Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan Aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah". Ini bermakna orang Melayu telah mengambil keputusan untuk menjadi Melayu Baru iaitu Melayu Islam di mana mereka ingin menjadikan Islam itu teras di dalam diri dan sanubari mereka. Melayu Baru ini akhirnya tidak terjana sepenuhnya kerana halangan tertentu. Walau pun begitu terdapat juga Melayu yang berjaya menjadikan diri mereka sebagai Melayu Baru dan sebahagian yang lain masih menjadi Melayu Lama.

( Sentuhan sejarah di dalam tulisan ini secara umum sahaja dan mungkin tidak tepat )

Melayu Baru ialah Melayu yang bersungguh-sungguh menjana diri mereka sehingga memahami Islam sebagai cara hidup dan Islam menjadi teras di dalam kehidupan mereka. manakala Melayu Lama tidak perlu diterangkan di sini kerana asal Melayu Baru adalah daripada Melayu Lama.

Perubahan manusia tidak hanya berlaku pada badan, rangka atau pembinaan fizikal tetapi perubahan juga berlaku pada minda dan fikrah, manakala perubahan minda atau fikrah Islam tidak dapat dilihat melalui dua biji bola mata secara berdepan tetapi perubahan itu dapat dikesan melalui pemerhatian terhadap tingkahlaku dan gaya hidup seharian mereka sama ada mereka memahami dan menghayati cara hidup Islam atau tidak. Sekiranya masih tidak memahami dan tidak menghayati cara hidup Islam . Bermakna mereka masih menghayati cara lama, inilah yang dikategorikan sebagai Melayu Lama. Mereka ini memerlukan pertolongan dan bantuan dari segi memberi kefahaman Islam kepada mereka. Penghijrahan begini memang berlaku berterusan di dalam kehidupan manusia bukan berlaku pada orang Melayu sahaja.

Pada zaman awalan Melayu Islam, Perkembangan Islam di Persekutuan Tanah Melayu ( sekarang Malaysia ) dikendalikan oleh orang Melayu yang berfikrah Melayu kerana diri mereka belum betul-betul memahami Islam oleh itu minda Islam tidak menguasai tindaktanduk mereka. maka di sana tentulah terdapat campuraduk di antara Islam dan adat khurafat. Malangnya sampai sekarang masalah ini belum selesai. Tidak dinafikan terdapat juga ulamak yang mengambil bahagian dalam memberi kefahaman Islam kepada masyarakat tetapi mereka ini kebanyakannya secara bersendirian atau jamaah yang bukan di kalangan penggubal dasar.

Orang Melayu beranggapan seolah-olah Islam itu kepunyaan orang Melayu kerana mereka bersikap begitu akhirnya Orang India dan orang Cina yang agak ramai itu khasnya di Persekutuan Tanah Melayu ( sekarang Malaysia ) pada ketika itu tidak disampaikan dakwah Islam secara bersungguh-sungguh kepada mereka oleh pihak yang berwajib. Dalam hal ini kita tidak menyalahkan masyarakat awam kerana masyarakat awam tidak bebas menyampaikan dakwah, kebebasan berdakwah memang ada tetapi ianya terhad dan bersyarat. Pihak berwajib juga mungkin tidak boleh dipersalahkan kerana mereka juga belum memahami Islam sepenuhnya pada ketika itu. Oleh sebab keadaan mereka begitu saranan dan pandangan orang yang memahami Islam tidak meresap masuk ke dalam minda mereka kerana dihalang oleh minda lama.

Oleh sebab kurang memahami Islam maka beberapa Istilah yang tidak tepat dengan ajaran Islam pun wujud, di antaranya Pakaian Dakwah, Masuk Jawi, Masuk Melayu, Lebai, kepada orang yang telah mengerjakan ibadat haji adalah salah kalau tidak dipanggil Haji, serban hanya layak dipakai oleh orang yang Haji sahaja dan lain-lain. Perkara ini pada pandangan umum dilihat sebagai perkara biasa sahaja tetapi apa yang berlaku ialah orang Melayu menjadikan itu sebagai pegangan. Maka Pendakwah-pendakwah terpaksa bersusah payah memberi penjelasan dan penerangan untuk membetulkan pegangan tersebut kerana pegangan itu menjadi adat yang melencong dari prinsip Islam. Ketika orang Melayu Baru mahu para pelajar memakai pakaian bersopan dan menutup aurat di sekolah, mereka terpaksa menghadapi tentangan daripada orang Melayu Lama yang mahu mengekalkan tradisi berpakaian cara Melayu Lama. Riuh rendah berpolemik di akhbar mengenai perkara itu, walaupun peraturan mengizinkan.

Orang Islam tidak akan dapat menghayati Islam dengan aman dan selesa sekiranya ada di antara mereka yang meremihkan penghayatan syariat Islam. Bila orang Melayu sehati sejiwa dengan Islam, barulah Islam boleh mendidik orang Melayu . Sehubungan dengan itu dipercayai dan diyakini hasilnya orang Melayu akan bersatupadu bertunjangkan aqidah Islam. Ketika ini apabila disebut orang Cina, maka orang Melayu akan memproseskan mindanya dan terbayanglah di dalam minda mereka bahawa Cina itu adalah nama bangsa atau kaum dan tidak lagi terus membuat tanggapan sebagai bukan Islam kerana mungkin orang Cina yang menganut Islam lebih ramai berbanding dengan orang Melayu di dunia ini. Begitu juga orang India ramai yang menganut Islam.

Kalaulah orang Melayu menjadikan Islam sebagai teras dan tunjang jiwa raga mereka, nescaya Islam akan dilihat indah dan meyakinkan orang bukan Islam. sekarang keadaan kita masih berkelumpuk-kelumpuk seolah-seolah minda Islam kita juga berkotak-kotak di dalam kepala dan tidak disepadukan seperti yang dikehendaki oleh syariat Islam. Jika menguruskan masjid akan menggunakan satu kotak minda tertentu dan apabila menguruskan Tv, kewangan, akhbar dan lain-lain satu kotak minda yang lain pula digunakan. Jika minda Melayu Lama itu dikelaskan sebagai maknawi dan mujarat, maka itulah gambarannya seolah-olah ianya berkotak-kotak tanpa kesepaduan fikrah.

Selama ini kita tidak pedulikan orang Cina , orang India dan suku kaum yang lain dalam persoalan menjadikan Islam sebagai teras dan tunjang jiwa raga manusia. Bagaimana hendak mendekati mereka kalau orang Melayu sendiri masih beridentiti Melayu Lama yang berjiwa Islam separuh dan adat separuh. Bukan kita tidak pedulikan sama sekali , sebaliknya berusaha juga ke arah itu tetapi tidak bersungguh-sungguh dan penglibatannya juga tidak menyeluruh dan tidak sepadu dalam tindakan. Tidak menjadi kesalahan jika adat itu terhasil dari amalan dan penghayatan Islam seperti adat menyambut hari raya, kenduri kahwin, menyambut bayi dan seumpamanya tetapi malangnya adat tersebut dicampuradukkan pula dengan amalan yang bertentangan dengan Islam.

Oleh itu biarlah Islam mendidik orang Melayu supaya Islam menjadi teras dan tunjang jiwa raga orang Melayu dan manusia amnya dan seterusnya orang Melayu yang berjiwa Islam ini melanjutkan tugasnya sebagai khalifah di atas muka bumi ini untuk memakmurkannya. Jika ini dihayati ketuanan Melayu tidak perlu diminta-minta kerana ketuanan itu akan datang sendiri mencari Melayu yang beridentiti dan dikagumi. Teladan yang baik meggamid orang lain menabalkan kita menjadi tuan dan pemimpin kerana kepimpinan dan kemimpinan yang terhasil seperti ini menjamin keamanan dan kesejahteraan.

Persoalannya sekarang bagaimanakah Islam hendak mendidik orang Melayu sedangkan selama ini pun telah dianggap Islam telah pun menjadi teras di dalam proses pendidikan. Memang pada dasarnya begitu tetapi ini juga kelihatan berkotak-kotak , Berlaku di dalam kelas tetapi belum tentu di luar sana.

Pada hemat penulis laman Kehidupan Bersih .
Kehidupan Bersih ialah kehidupan yang sentiasa berteraskan ajaran Islam , kehidupan yang mengamalkan nilai baik sejagat bagi mereka yang bukan Islam. Istilah Melayu Lama dan Melayu Baru hanyalah istilah penulis sendiri untuk memudahkan luahan minda di atas skrin komputer sahaja. Sebelum ini pun pernah disebut Melayu Lama dan Melayu Baru tetapi mungkin membawa tafsiran yang berbeza dengan minda penulis.



Wallahu aklam bissowab. Wassalam.


ULASAN PENGUNJUNG:
NGINAP SRENGENGE said...
Orang melayu masih lena.Orang cina yang tinggal dekat mesjid lebih dari 50 tahun ,masih tak kenai Islam.Tak pernah melayu dakwah dia.Tak pernah ajak makan semasa buat majlis2 agama.Jadi mereka tak nampak Islam tu cantik.Kerja dakwah kita tak mantap.Lebih2 lagi sesama Islam pun berselerak.Lebih2 lagi bila berpolitik.Semua celaru.Sapa nak caya kita.
December 18, 2008 7:15 AM
Delete

Blogger Leenoh said...
Itulah kepada siapa kita nak mengadu selain Allah utk sama2 mentajdidkan semamgat dakwah.


Rasanya amat baik kalau Balai Lintang digunakan utk majlis yang Sdr.Pak Cha kata tu. Kita kena sangka baik bahawa suatu hari Allah akan memberi hidayah kepada mereka tetapi kita hendaklah membuat mukaqaddimah mengajak mereka ke arah tersebut.


Wassalam/
December 18, 2008 1:25 PM
Delete
Blogger ijad said...
kita kena tunjukkan sikap yang baik...jadi mereka akan hormati kita.
December 19, 2008 1:59 AM
Delete
Anonymous bunga said...
bila sy ke negara org... cthnye di Bali... 70% masyarakat di sana beragama hindu... begitu kuat pegangannya agama mereka... tp kalo sekali pandang.. langsung tak tahu mereka ni agama ape... sbb kulit mcm melayu... pakai kebaya... sama mcm org melayu...


kat bali popular sgt "babi guling" (seekor babi panggang).... hmm... kalo ikutkan hati mmg loya tekak.. tp itu mknn mereka.. so kite perlulah menghormati identiti mereka...


di sana temple terlalu banyak.. mcm sama dgn jumlah umat manusia di sana..
December 22, 2008 7:50 PM
Delete
Blogger jannahazwan said...
Malaysia masih lagi negara yang agama rasminya Islam dan berharap akan kekal seperti ini. Kita patut bersyukur kerana dilahirkan di negara ini...Amin.
December 22, 2008 9:51 PM

8 comments:

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Orang melayu masih lena.Orang cina yang tinggal dekat mesjid lebih dari 50 tahun ,masih tak kenai Islam.Tak pernah melayu dakwah dia.Tak pernah ajak makan semasa buat majlis2 agama.Jadi mereka tak nampak Islam tu cantik.Kerja dakwah kita tak mantap.Lebih2 lagi sesama Islam pun berselerak.Lebih2 lagi bila berpolitik.Semua celaru.Sapa nak caya kita.

Leenoh said...

Itulah kepada siapa kita nak mengadu selain Allah utk sama2 mentajdidkan semamgat dakwah.

Rasanya amat baik kalau Balai Lintang digunakan utk majlis yang Sdr.Pak Cha kata tu. Kita kena sangka baik bahawa suatu hari Allah akan memberi hidayah kepada mereka tetapi kita hendaklah membuat mukaqaddimah mengajak mereka ke arah tersebut.

Wassalam/

mohad said...

kita kena tunjukkan sikap yang baik...jadi mereka akan hormati kita.

Anonymous said...

bila sy ke negara org... cthnye di Bali... 70% masyarakat di sana beragama hindu... begitu kuat pegangannya agama mereka... tp kalo sekali pandang.. langsung tak tahu mereka ni agama ape... sbb kulit mcm melayu... pakai kebaya... sama mcm org melayu...

kat bali popular sgt "babi guling" (seekor babi panggang).... hmm... kalo ikutkan hati mmg loya tekak.. tp itu mknn mereka.. so kite perlulah menghormati identiti mereka...

di sana temple terlalu banyak.. mcm sama dgn jumlah umat manusia di sana..

jannahazwan said...

Malaysia masih lagi negara yang agama rasminya Islam dan berharap akan kekal seperti ini. Kita patut bersyukur kerana dilahirkan di negara ini...Amin.

Leenoh said...

Ulasan Abah.
Bersyukur sambil berusaha mempertahankan dan memperkembangkannya, jangan jadi seperti air di dalam sungai kita, dulu jernih sekarang semakin keruh dan keruh.
Wassalam

kering said...

Salam..Org melayu kebanyakkannya hanya melaksanakan perkara2 rukun sahaja..cth:solat 5 waktu,puasa ramadhan,zakat dan Haji..sedangkan byk lg perintah2 lain yg terkandung dlm Al-Quran..Tanya la org tua2,org muda lg lah x tau apa makna pengucapan dalam solat dlm bahasa melayu..Perkara ibadah kena belajar,bkn main ikut2..itu baru bab sembahyang,blum lg hal2 lain..Bila ramai yg x faham agama secara mendalam,maka lahir lah umat manusia yang merasa kan mereka betul dlm semua perkara tetapi pd hakikatnya tingkah laku mereka jauh dari kebenaran..Tu yg bila masuk politik,selalu guna hujah2 yg dangkal,sebab xde ilmu..semua main langgar,hukum tolak tepi..politik suku,agama suku..jadilah kita masyarakat sekular...

kering said...

Org melayu ne hanya mengamalkan perkara2 rukun spt solat,puasa,zakat dan Haji sedangkan dlm Al-Quran mengandungi banyak lg perintah2 ALLAH yg merangkumi semua aspek kehidupan..Perkara2 ibadah pun main ikut2..klu x caya cuba tanya kbanyakan org melayu apa makna pengucapan dalam solat dlm bahasa melayu,xpyh tanya kenapa rukuk,kenapa sujud,bab makna pun xramai yg boleh jwb..Bila penghayatan agama cetek,jdlah kelompok yg masih jauh dari kebenaran..