Tuesday, December 16, 2008

BILA HARGA MINYAK NAIK BRR



YE YE HARGA MINYAK DAH TURUN.

___________________________________________________________________

Assalamualaikum .

( kepada anda yang bukan Islam - Selamat sejahtera)

Pagi ini selepas solat subuh saya terus buka laptop dan melihat-lihat blog kekawan kemudian melayani satu komen, beri tip pasal migrain, minyak dah turun pun masih migrain juga ke ?. Ini tentu pasal makanan bukan kerana tekanan. Nasib baik Allah bagi kita sakit sekali sekala, kalau tak pernah sakit rasanya " DUNIA INI ANA YANG PUNYA ". Bila kita sakit demam contohnya kita rasa macam dah nak mati, kemudian kita bayangkan pula ketika sihat kita boleh buat itu dan ini, boleh lari 100 meter, boleh joging, dalam pertandingan jogathon pun selalu menang, kalau tidak menang pun selalu menyertainya. Tapi bila demam nak angkat kepala pun tidak mampu, kalau angkat juga dunia pusing 360 darjah berulangkaji, kekadang sampai muntah-muntah dibuatnya. Nasib baik Allah bagi kita sakit sekali-sekala, kalau tidak, kita lupa diri, tidak ingat mati, sombong dan ego diri. Semua manusia melalui pengalaman seperti ini. Jadi semua manusia pada dasarnya sama sahaja. Mereka yang tidak sama dan tergolong di dalam golongan yang terpilih ialah mereka yang bertakwa kepada Allah, mereka ini sama sesama mereka. Di manakah kedudukan kita dan siapakah kita ?. Sama-samalah kita berdoa agar kita juga termasuk di dalam golongan orang-orang yang bertakwa.

Sebenarnya saya nak tulis pasal harga minyak turun tetapi sengaja tulis tajuk " BILA HARGA MINYAK NAIK BRR " . Bila Harga Minyak Naik Bising Riuh Rendah, siapakah yang menyebabkan berlaku bising riuh rendah, Di antaranya peniaga terutamanya pemborong besar, mereka rugi kerana kos pengangkutan telah naik, perniagaan mereka terjejas, tidak untung, takut bangkrap, takut muflis. Tak boleh, harga barang mesti kena naik, kalau tidak, kita tidak boleh meniaga, jumpa orang itu dan orang ini supaya dibenarkan harga barang dan harga tambang dinaikkan , pada hal harganya telah pun naik terlebih dahulu, maka harga barang pun naik, minyak naik sepuluh sen harga barang pun naik sepuluh sen atau lebih, di dalam akhbar tempatan setiap hari disogokkan dengan kenaikan harga barang , kalau ditanya megapa jual mahal, mereka jawab kita kena jual ini harga, sebab kita beli pun mahal, apa sebab mahal, itu minyak sudah naik, sewa lori mau angkat barang pun naik juga, kalau tak naik mana boleh untung , harga makanan ayam pun sudah naik, harga jualan ayam pun kena naik, pendek kata semua kena naik, harga gunting rambut pun turut naik, kalau ditanya apa pasal harga gunting rambut pun naik, bukan guna minyak petrol pun, kalau tak naik saya mahu makan apa, sekarang barang di luar sana semua naik harga, Begitulah berkait-kait di antara satu sama lain seperti rantai, jala atau jaring, maka jadilah pautan dan jaringan kenaikan harga.



Tetapi, bila harga minyak turun semua senyap sepi, tidak pula berlaku jaringan seperti jaringan harga barang naik. Bila ditanya apa sebab harga tidak turun, sekarang harga minyak petrol sudah turun, mereka jawab, oh ini barang lama, stok lama, kita beli masa minyak naik. kalau turun makan modal. Inilah tamak namanya, sebenarnya khazanah atau harta di dalam dunia ini Allah sediakan untuk manusia dan semua makhluk adalah mencukupi tetapi kerana tamak, maka terdapatlah di antara mereka, mungkin yang lembab dan tidak bertenaga atau mencari rezeki mengikut peraturan tidak mendapatkan habuannya dengan sempurna.

Memiliki harta yang banyak belum pasti senang atau bahagia, kalau orang di sekeliling kita susah dan papa kedana, mungkin mereka dengki dan hasad dengan kita atau lebih dahsyat lagi mereka merompak orang kaya atau orang yang berharta kerana desakan hidup atau ingin bergaya seperti orang berada yang sentiasa mengisi ruang mata mereka selama ini, jadi untuk mengetahui orang kaya bukan susah, cuma melihat penampilan dan gaya hidupnya sahaja sudah memadai. Kadang-kadang orang kaya menyebabkan orang miskin bertambah miskin kerana orang kaya ( tauke) menguasai pasaran dan mampu memborong barang-barang keperluan di pasaran dan menjualkannya dengan harga yang mahal, aktiviti monopoli seperti ini mampu memiskinkan orang lain dan berjaya menjadikan kumpulan mereka mewah dan angkuh, kelakuan dan sifat tamak haloba seperti inilah orang miskin berhak memarahi dan memberi teguran kerana dunia ini adalah hak bersama. Peniaga tidak akan kaya raya , kalau tiada pengguna, inilah yang dikatakan hidup tumpang menumpang, kalau pengguna kehabisan wang, peniaga akan turut susah kerana ketiadaan pembeli.

Semua orang suka dan cintakan keamanan dan kesejahteraan tetapi sikap dan tingkahlaku harian tidak menjurus ke arah itu.

Kalau semua bangsa di dalam negara Malaysia yang tercinta ini mengambil panduan dan merujuk kepada agama anutan masing-masing nescaya akan memberi kebaikan dan kesejahteraan kepada semua penghuni negara yang tercinta ini.


"AYUH TURUNKAN HARGA BARANG - HARGA MINYAK TELAH TURUN"


Kita tunggu beberapa hari lagi sama ada harga barang akan turun atau tidak. kalau harga barang tidak turun dalam tempoh tersebut, maka sah dan yakinlah bahawa masyarakat kita mengamalkan sikap pentingkan diri sendiri seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing, hidup begini tidak bersih dan tidak suci, juga tidak akur dengan ajaran Islam, Islam menganjurkan hidup sederhana bersikap memberi dan menerima di antara satu sama lain, bertanggungjawab dan mesra alam.

Islam sama sekali tidak melarang penganutnya menjadi kaya raya dengan syarat rezeki yang perolehi hendaklah dari sumber yang halal, mematuhi hukum zakat wajib dan membiasakan diri dengan zakat sunat ( sedekah) serta tidak mengamalkan dasar penindasan sesama manusia. Inilah mesra alam, mesra masyarakat, mesra jiran dan mesra kerabat sendiri.

Marilah sama-sama kita menjana Kehidupan Bersih dan menyingkirkan penindasan dan mewujudkan insan pemurah dengan menggunakan kebolehan dan kepakaran yang kita miliki.

Saya bercadang hendak tulis pendek sahaja supaya ianya tidak menjemukan tetapi meleret-leret pula, rasa macam bersyarah pula, agaknya bercakap sehala sebab itu jadi begini, mohon maaf ya.

Ok, sekarang giliran anda pula, apa pandangan anda, tulislah di ruangan komen yang disediakan, apa yang terfikir tadi, jangan simpan nanti berkarat pula, maafkan saya hanya bergurau sahaja untuk menambahkan kemesraan dan keakraban.

Wallahu aklam bissowab. Wassalam.

8 comments:

Leenoh said...

NASIR,

Bila Nasir cerita pasai harga minyak turun lagi hari ini, kalau tak naik pun tak pa no,

Pasai minyak naik barang naik, minyak turun barang x turun. maka terpanggil utk Pak Ngah tulis tajuk ni.

wassalam.

Leenoh said...

Angel Wings.

Saya bercakap pasal harga barang tidak turun setelah harga minyak turun.

Kasut dan barang yang awak jual turun ke. Kalau tidak turun... ???.

Wassalam.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

sdr.leenooh,

Celah2 ni la kalu minyak naik pula 15 sen.Harga barang yang tak turun dulu akan naik sikit pula.

Jangan heran.Boleh berlaku.

Leenoh said...

Saudaraku Pak Cha dan Mak Wan juga.

kekadang kita pun keliru, sapa yang berkuasa, minyak berkuasa ka, peniaga ka, menteri ka, persatuan pengguna ka, monopoli ka, penguatkuasa perdagangan ka atau apa ka........ ???.

Memberi alasan kebudakbudakan pun depa juga yang betul.

Wassalam.

ZARA MUSTAFA said...

hik3..sentap..

Leenoh said...

Ada ilmu dan pengalaman jangan disimpan manfaatkan utk diri dan orang lain.

Saya memang pakar sakit kepala dan tidak mahu orang lain sakit macam saya. Nanti saya buka kedai " Tok Mo Sakit Kepala" he he he lawak ja,

Wassalam.

Unknown said...

leenoh,

waaa happy harga minyak turun... alamat makin sibuk semula lar jalan raya. agak2 dapat bonus tak tahun depan...

Leenoh said...

Dapat kot, depa dok tngah pujuk kita, tak kan tak bagi kot.

Insya Allah dapat.

Wassalam