Saturday, December 20, 2008

JIRAN YANG BAIK DAN PRIHATIN





JIRAN YANG BAIK DAN PRIHATIN.

Semalam Jumaat 19/12/2008 ( 21 Zulhijjah 1429 ) jiran saya Bunga dan Jmr bersama dua orang puteri mereka pergi "Cuti-Cuti Malaysia" melancong ke Bali, Indonesia. Beberapa bulan lepas mereka telah melancong di dalam negara iaitu ke Pantai Timur. Seronok juga pergi melancong, kalau ada fulus, kalau ada betih, kalau tiada wang carilah cara lain untuk membahagiakan diri sendiri dan keluarga.

Alam ini ialah ayat Allah atau seperti kitab Allah, seperti buku Allah di mana ia menceritakan kepada kita berbagai-bagai perkara, kalau kita mahu berfikir, kalau melihat ciptaan Allah tanpa berfikir maka alam ini tidaklah diibaratkan sebagai buku atau kitab bagi mereka yang seperti itu. Allah jadikan alam ini tidak sia-sia untuk keterangan lanjut rujuk surah Ali Imran ayat 191-192 di sana ada dijelaskan mengenai perkara ini.

Nanti, apabila dia orang balik tentulah saya akan mendapat ole-olenya, sekurang-kurangnya cerita yang disampaikan mereka. salah satu kebahagiaan di dalam hidup kita ialah mendapat jiran yang baik, mendengar suara bising anak-anak jiran pun kita akan rasa gembira dan tidak kesunyian, melihat senyuman jiran pun kita rasa seronok, kalau jiran naik pangkat atau mendapat rezeki lebih pun kita akan turut gembira dan bahagia bersama. Inilah kemanisan berjiran. Tugas keluarga saya kenalah jengok-jengok selalu ke kawasan rumah mereka supaya tidak berlaku pencerobohan atau perkara-perkara yang tidak diingini sehinggalah mereka balik ke mari pada hari Isnin ini. Insya Allah selamat.

Sebaliknya kalau kita berjiran dengan mereka yang tidak mempunyai kemahiran berjiran kerana ceteknya pemikiran dan singkatnya pandangan atau sentiasa memandang negatif kepada orang lain, tentulah jiwa kita akan tersiksa mendapat jiran yang demikian rupa, minta dijauhkan Allah. Mendapat jiran yang baik seperti mendapat rezeki tambahan dan makanan jiwa.

Saya berdoa agar Jmr dan Bunga jiran saya itu selamat pergi dan kembali serta bergembira bersama dua puteri mereka dan harap Bunya akan memberi respon yang berfaedah kepada mauduk hari ini. Wassalam.

9 comments:

Unknown said...

leenoh,

suka dapat jiran yang hepi, jiran peramah kita sayang. suka dengar cerita jiran yang melancung, sebab ada banyak pengetahuan boleh dikongsi. bukan cenderahati yang diharapkan, tapi kesudian berkongsi pengalaman itu yang berharga. maknanya kita disenangi....sayang jiran kiri dan kanan - kakak2 yg baik hati dan terbuka.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Aku berjiran dengan bukit srengenge.Banyak produk yang dia berikan daku.Ulam2 banyak dan berbagai.Dulu , bukan sekarang , dia berikan pelandok dan landak.Pacat tak terkira banyaknya.Kena sapu tembakau darat kalau nak ziarah srengenge.

Jiran ku yang baik bernama srengenge.

kicap said...

utamakan jiran , berbuat baik dengan jiran amat perlu kerana kalau kita ditimpa masalah atau sakit pening yang terdekat adalah jiran kita.. harapkan keluarga tentunya mereka tinggal jauh dari rumah kita..

palig saya takuti berselisih faham dengan jiran..

Leenoh said...
This comment has been removed by the author.
Leenoh said...

Sdri.Izan,
Memang betul kata Izan,berkongsi pengalaman dan pengetahuan dengan jiran akan menambah kemesraan dan menunjukkan mmereka menerima kita sebagai jiran.Keadaan ini juga menggambarkan suasana bahagia dan aman serta wujud sikap memberi dan menerima.

Sdr.Pak Cha.
Hidup di kampung seperti Pak Cha kelihatan sangat indah dan bahagia, suasana persekitaran menyamankan dan dapat mengekalkan sikap kesederhaan di dalam kehidupan, tetapi, sebenarnya kita hanya merancang Allah jua yang menentukan di mana letaknya rezeki kita dan di mana pula tanah perkuburan kita.

Cerita pasal pelanduk,rusa, landak, kijang, pacat dan lintah, bukanya teori lagi bagi orang seperti Pak Cha kerana berada di medannya walaupun cerita itu peristiwa berlalu, saya teringat gigitan lintah dan pacat bila Pak Cha mengingatkan cerita tersebut, orang berasal dari kampung seperti kita gigitan tersebut adalah berkara biasa,Cerita pasal tangkap ikan dengan serkap, mengail,tahan tuak dan bubu, juga tahan taut bukan luar biasa bagi kita.

Gulai ikan puyu dengan ubi kentang, sayur lemak rebung, ikan keli goreng dan ulama-ulaman merupakan hidangan yang amat melazatkan, tetapi bagi saya telah menjadi kenangan, cuma terjumpa sekali sekala sahaja.

Jika semua yang baik Allah berikan kepada kita meredainya itulah sebenarnya yang terbaik, sama ada yang dahulu atau yang sekarang.

Sdr. Kicap.
Tidak dapat dinafikan lagi apa yang disebutkan itu, kalau berlaku sakit demam jiran terdekatlah orang yang pertama akan menolong kita, mengharapkan keluarga, kita tinggal berjauhan dengan keluarga, kalau tinggal dekat alhamdulillah, kalau nak mengharapkan rakan sejawat pun begitu juga,agaknya itulah sebab Islam menyuruh kita berbai-baik dan menghormati jiran.

Wassalam.

Anonymous said...

salam...

terima kasih kat p.ngah sbb bukak thread jiran ni... hik hik..

mlm td kami sampai kat umah dlm dekat pkl 1.30 pagi... adoiii ngantuknya mata... ni dah sampai kat opis... (trip ni company trip, bkn sendiri nye....)

sbnrnye kami ni bkn la jiran yg baik pun... cume kami nak rasa nikmat berjiran... oleh tu, kenalah mencari erti masyarakat berjiran... atas nasihat p.ngah.. kami x on lampu dpn... hanye on lampu blkg jek.. tima kasih pd jiran kiri n kanan yg sudi share lampu waktu mlm.. hik hik hik...

tima kasih utk insan yg bernama jiran :D

jannahazwan said...

Diriku berjiran dengan ibu mertuaku... caya lah...

Leenoh said...

Bunga,
Dah banyak kali Pk Ngah jwb tapi gagal pos sbb intrnt lembab, hari ni boleh pun slow2 ja.
Alhamdulillah selamat pergi dan balik, rasanya ada banyak lg cerita, ceritalah biar kami baca.
kalu masukkan gambar lg best.

Jannah brjiran dgn mak mentua,pk mentua dan ipar-iparnya. Apa yang Allah tentukan terima sahaja dgn reda, insya Allah kebaikannya akan bertambah.amin

Wassalam

Anonymous said...

Alhamdulillah dan sungguh bertuah orang yang mendapat jiran yang baik,jika disebaliknya merupakan ujian Allah.kedua-duanya adalah baik sebab semuanya adalah kehendak Allah,dan apa yang ditakdirkan adalah penuh hikmah.Jiran baik mendapat pahala di atas kesyukuran manakala yang tidak baik tetap mendapat pahala di atas kesabaran hadapi karenahnya dan redha dengan ujiannya.Walau apa pun kita diajar oleh Rasulullah agar berdoa mendapat jiran yang baik sebelum berumah,persoalannya pernahkah kita berdoa? Inilah yang selalu kita lupa....kan