Friday, December 26, 2008

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1430



______________________________________


MAKKAH ALMUKARRAMAH
_____________________________

ASSALAMUALAI
KUM.

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJR
AH 1430.


Saya penulis blog Kehidupan Bersih mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah kepada kaum muslimin dan muslimat dan khasnya kepada mengunjung setia laman Kehidupan Bersih.

Marilah kita berhijrah dari menjalani hidup di dalam tahun 1429 kepada tahun 1430, bersama-sama dengan azam penghijrahan sikap, daripada yang baik kepada yang lebih baik atau daripada kejahatan kepada kebaikan, daripada kurang beriman kepada lebih beriman, daripada kehidupan yang kabur kepada kehidupan yang bersih.

Berhijrah dari anak yang baik kepada anak yang lebih baik, dari suami yang kurang baik kepada suami yang lebih baik, dari isteri yang kurang baik kepada isteri yang lebih baik, dari pemimpin yang kurang baik kepada pemimpin yang lebih baik.

Untuk mendapatkan kebaikan kita digalakkan berdoa sepanjang masa, namun demikian elok juga kita berdoa pada masa akhir tahun dan awal tahun, masa terakhir bagi sesuatu tahun mengikut perkiraan tahun Hijrah ialah waktu Asar dan bermula tahun berikutnya ( 1hb.Muharram ) iaitu apabila telah masuk waktu Maghrib selepas sahaja berakhir waktu Asar tersebut. Di sinilah pertemuan akhir tahun dengan awal tahun. ( Hari akhir bertarikh 30 Zulhijjah atau mungkin 29 Zulhijjah pada setiap tahun - sila lihat taqwim hijrah )


Untuk Tahun 1429/1430.

Doa akhir tahun 1429 waktunya selepas solat Asar hari Ahad 30hb. Zulhijjah 1429.
Manakala awal tahun 1430 ialah setelah masuk waktu Maghrib malam Isnin ( Ahad malam), tegasnya waktu Asar akhir tahun bagi tahun 1429 dan waktu Maghrib awal tahun bagi tahun 1430.
Adalah tidak menjadi kesalahan kalau diteruskan doa awal tahun tersebut beberapa hari lagi atau hari-hari berikutnya, amalan ini hanya termasuk dalam amalan yang baik sahaja.
____________________________________________

MADINAH ALMUNAUWARAH

______________________________________________


DOA AKHIR TAHUN

__________________________________________________

DOA AWAL TAHUN


Doa awal tahun dan akhir tahun, dianggap amalan yang sesuai dan baik dilakukan pada ketikanya, ianya bukanlah suatu tuntutan yang kuat.
___________________________________________________


Info Maal Hijrah (Berita Harian)



DOA AKHIR TAHUN:

" Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW dan keluarga Baginda .

Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku banyak melakukan larangan Engkau, tetapi aku belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau menangguhkan azab Engkau yang sudah ditetapkan kepadaku. Engkau memerintahkan aku supaya bertaubat daripada kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku bertaubat dan memohon keampunan daripada Engkau, ampunilah aku. Apa aku lakukan pada tahun ini Engkau redai dan Engkau janjikan pahala, maka aku memohon daripada Engkau, ya Allah, ya Karim, ya Zaljalali wal ikram, terimalah permohonan ini dan janganlah Engkau hampakan harapanku, wahai Tuhan Maha Mulia.

Selamat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW dan keluarga Baginda dan sekalian sahabatnya. Segala puji bagi Allah memelihara dan mentadbir sekalian alam."

__________________________________________________________

DOA AWAL TAHUN:


" Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW dan keluarga Baginda dan sekalian para sahabatnya.

Ya Allah , Engkaulah yang kekal abadi, demi kelebihan Engkau yang Maha Agung dan kemurahan Engkau yang melimpah, sesungguhnya pada tahun baru ini aku memohon kepada Engkau perlindungan daripada syaitan, koncunya, tenternya dan penolongnya. Dan aku memohon perlidungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan aku dengan perkara tidak berfaedah daripada mendekatkan diri kepada Engkau. Wahai Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. Wahai Tuhan yang lebih penyayang daripada segala yang penyayang.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW dan keluarga Baginda dan sekalian para sahabatnya. Segala Puji bagi Allah yang memelihara dan mentadbir sekalian alam."

__________________________

Semoga kita lebih bahagia dan berjaya serta dimurahkan rezeki dalam tahun Hijrah 1430 ini.amin


Wallahu aklam bissowab. Wassalam.
__________________________________________________________________

Sumbangan kawan Penggubah blog:



Doa Awal tahun.



4 comments:

Anonymous said...

sama-samalah kita berdoa dan berazam untuk berubah ke arah yang lebih baik dan terbaik bagi mendapat keredhaan Allah dunia dan akhirat.Semoga doa kita dimakbulkan Allah,amin ya rabbal aalamin!

Leenoh said...

Sebab tiada nama, jadi saya namakan sebagai YNM,
Saya berharap kita sama-sama berazam dan istiqamah dengan azam ini dan tiada ulang azam pada 1hb.Januari kerana azam telah diukir pada 1hb,Muharram.

Wassalam.

Anonymous said...

Merujuk kepada tulisan YNM(sahabat kenalan yang pernah bertandang ke rumah anda),sebenarnya semua orang berperasaan untuk berubah.ini adalah fitrah ciptaan Allah tetapi kenapa masih tidak berubah selepas hijrah demi hijrah disambut.Untuk berubah dan mengubah memerlukan pra syarat yang tertentu,di antaranya mesti- berilmu berahwal dan beramal/tindakan.Sebagai contoh tidak solat kepada solat.Untuk bersolat perlu mempunyai ilmu solat,selain daripada rukun,syaratnya.Perlu muhasabah diri,insaf mengubah ahwal(jamak hal)tabiat sedia ada seperti perkara yang melalaikan dan perlu disusuli dengan tindakan yang sungguh-sungguh disamping sentiasa berdoa memohon pertolongan daripada Allah.Tanpa pertolongan Allah kita tidak dapat melakukan sesuatu walaupun hendak menggerak jari sekali pun.Jadi jika Allah tolong segala-galanya tidak mustahil,kalau tidak tinggallah angan-angan bukannya azam dan jazam.Semoga kita termasuk golongan yang maal hijrah,amin!

Leenoh said...

Terima kasih kerana memberi respon yang baik.
Memang benar apa yang terpapar di skrin komputer adalah teori semata-mata.
Setiap ilmu dan maklumat yang dirancangkan memerlukan pelaksanaan jika kita berkehendakkan hasilnya.iaitu memerlukan kesepaduan dalam kognitif,afektif,psikomotor, amalan dan penghayatan, kalau tidak ianya akan menjadi ilmu dan maklumat yang tertanam di hujung lidah atau cakap tidak serupa bikin.

Wallahu aklam bissowab. Wassalam.