Friday, March 9, 2012

Ungkapan yang menarik.

Salam semua.


Saya tertarik dengan ungkapan ini;

"Alasan 8: Kita perlu pemimpin yang pandai bekerja dan bukannya hanya pandai berdebat.

Jawapan 8: Siapa kata kita hendak pemimpin yang hanya pandai berdebat? Adakah pemimpin yang pandai berdebat tidak pandai bekerja? Adakah pemimpin yang tidak berdebat semestinya pandai bekerja? Pandangan ini adalah pelarian daripada realiti bahawa antara kualiti pemimpin yang baik ialah kebolehannya berhujah. Kerana ia mencerminkan pemikirannya yang rasional dan kritis. Bukankah lebih baik memiliki pemimpin yang pandai kedua-duanya, iaitu berhujah dan bekerja?.

( Datuk Saifuddin Abdullah - Timbalan Menteri Pengajian Tinggi )

Cerita lengkapnya di sini.




No comments: