Friday, March 9, 2012

Insomnia agaknya.

Salam semua.

Pada awal malam ini aku menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Penduduk di tempat kediamanku, Buat masa ini persatuan ini masih di peringkat penaja, walau bagaimanapun urusan pendaftaran telah pun selesai sejak tahun 2011, berdasarkan perlembagaan yang telah diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Persatuan/Pertubuhan, persatuan kami hendaklah mengadakan Mesyuarat Agungnya sebelum 31 Mac setiap tahun dan tahun kewangannya berakhir pada 31 Disember. Oleh itu salah satu agenda mesyuarat pada malam ini ialah persediaan Mesyuarat Agung untuk memilih Ahli Jawatankuasa bagi sesi 2012/2013.

Sebelum pergi mesyuarat aku makan Roti Benjo terlebih dahulu, semasa aku makan roti tadi aku terasa semacam roti tersebut terdapat serbuk lada hitam, aku memang tidak sesuai dengan serbuk lada hitam kerana sebahagiannya telah aku telan, maka aku habiskan sahaja roti tersebut, tidak sampai hati aku membuangnya, aku telan juga sampai habis langsai, akibatnya aku mengalami sakit kepala dan tidak dapat tidur (insomnia agaknya ).

Semasa aku menulis artikel ini jam di penjuru laptopku menunjukkan 5.17 minit pagi, aku belum lagi tidur sekelip pun, terasa sakit kepala tetapi tidaklah berdenyut-denyut tetapi terasa cekang dan sedikt bengang dan sudah tentulah tidak wujud rasa mengantuk seperti biasa, demikianlah cergasnya serbuk lada hitam apabila ianya masuk ke dalam badanku, dia merayap masuk ke pembuluh darah sehingga mindaku tidak dapat rehat atau tidur.

Artikel ini tidaklah mustahak untuk ditulis atau dibaca, cuma sekadar aku menghabiskan masa dan menunggu waktu Subuh serta matahari menjenguk dunia ini sahaja, sebahagian malam yang telah aku lalui sebelumnya aku telah menjalankan aktiviti lain yang berkaitan dengan persatuan dan selepas itu aku membaca artikel dari blog-blog yang lazim aku ikuti, Malam ini walaupun bukan malam yang ceria bagiku tetapi ianya aku isikan juga dengan aktiviti yang bermanfaat termasuk menulis artikel ini untuk menjelaskan kepada para pembaca bahawa manusia ciptaan Allah terdapat berbagai ragam, kelebihan dan kekurangan serta kekuatan dan kelemahan, oleh itu manusia perlu melihat dari berbagai sudut dan aspek terlebih dahulu sebelum melahirkan rasa kekecewaan atau kemegahan .


Jam 5.50 pagi aku tamatkan tulisan ini, sudah tentulah aku belum tidur lagi kerana menulis artikel ini, masakan aku boleh menulis sambil tidur...demikianlah cerita insomnia yang kadang-kadang aku mengalaminya, alhamdulillah insomnia ini tidaklah selalu datang mengganggui kesejahteraanku, kalau sering berlaku tentulah akan menyusahkan aku lagi, apa pun sebagai hamba Allah aku kena reda dengan situasi ini kerana aku harus ingat bahawa ada orang lain lebih susah dan lebih perit menghadapi berbagai penyakit yang Allah takdirkan terhadap hamba-Nya sebagai ujian di dunia ini.

Amankan minda.




Sekian ...wallahu aklam.

2 comments:

Kakzakie Purvit said...

Salam ustaz... alhamdulillah moga persatuan itu akan terus lancar. Bermakna ustaz alahan pada lada hitam. Susah juga bila tak boleh menikmati tidur sedangkan org lain tidur nyeyak ye ustaz.... kakak belum pernah jumpa. Kesian juga sebab mesti akan letih di siang harinya tambah pula nak kerja...

Benarlah ustaz setiap kita pasti akan diuji. Kakak nie dah masuk 3 minggu sekejap-sekejap sakit perut dah pergi klinik pun masih sama juga... Kenalah redha macam ustaz kata...

Leenoh said...

Waalaikumussalam Kakzakie.

Alhamdulillah, Saya telah dapat tidur ganti mulai selepas solat Subuh tadi, 90% kembali normal, kini ceria semula.

Lee Noh memang sudah lazim menghadapi keadaan/situasi begini sejak zaman remaja lagi.