Bangkit, bangkit, bangkit Sok.
__________________
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Beliau bersolat di surau setiap hari dan bertindak sebagai siak surau secara sekarela.beliau juga menjadi salah seorang orang harapan di surau tersebut.
Pak Wan Musa juga sangat suka makan durian, saya selalu juga membeli durian dan sebahagiannya diberikan kepada keluarga beliau, usia beliau agaknya antara 60 - 70an ketika itu .
Keistimewaan Pak Wan Musa.
Pak Wan Musa mempunyai beberapa keistimewaan yang tidak dapat dilupakan oleh jiran-jiran dan kekawannya, saya memang kagum dengan sifat istiqamahnya dalam menabur bakti kepada orang -orang yang meminta khidmatnya.
Pak Wan Musa mempunyai senarai panjang nombor-nombor telefon kekawannya yang meminta pertolongan dan perkhidmatannya yang amat ikhlas itu bukan sahaja penduduk Taman Rakyat bahkan sesiapa sahaja yang memerlukan perkhidmatan. Pada setiap pagi sebelum Subuh Pak Wan Musa akan menefon semua orang yang berdaftar nombor telefon dengannya untuk kejutkan mereka, Pak Wan cuma mendailkan sahaja tanpa bercakap setelah berdering sebanyak tiga kali, beliau akan mendailkan giliran seterusnya pula sehingga selesai nombor di dalam senarainya. ( Pada ketika ini belum ramai menggunakan telefon bimbit ).
Setelah selesai telefon Pak Wan keluar rumahnya pula dengan mengayuh basikal meronda Taman Rakyat mengejutkan jiran-jiran pula. tugas ini dibuatnya setiap hari dan istiqamah sehinggalah beliau jatuh sakit dan meninggal dunia.
( Al.Fatihah ).
Begitu juga dalam bulan Ramadan, beliau akan bangun antara jam 4.30 - 5.00 pagi mengejutkan jiran-jiran untuk bangun membuat persediaan bersahur, beliau membunyikan locengnya sambil melaungkan " bangkit. bangkit, bangkit sok " dengan suara yang lantang. Dalam hal seperti ini saya sangat kagum dan hormat kepada sesiapa sahaja, sekiranya dilakukan sekali sekala mengkin ramai di antara kita mampu melakukannya tetapi ini dilakukan dalam jangka masa beberapa tahun secara istiqamah sehingga akhir hayatnya.
___________________________
Jangan bimbang Pak Wan kerana Pak Wan ada habuannya.
Firman Allah bermaksud;
"Barang siapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya.
Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya pula".
Surah Az.Zalzilah ( 7 - 8 ).
________________________
Pulau Pandan jauh ke tengah.
Gunung Daik bercabang tiga.
Hancur badan dikandung tanah.
Budi baik dikenang jua.
&&&&&&&&&&&&
Demikianlah jasa Pak Wan Musa kepada kami, semoga mendapat keampunan Allah dan ditempatkan bersama-sama orang yang soleh.
" TERIMA KASIH PAK WAN "
Sekian. Allah Maha Mengetahui. Wassalam.
6 comments:
Salam Pak Ngah.. arwah Pak Wan ni seorang sangat Istiqomah, Al-Fatihah untuk beliau..
Salam Zaidon.
Selepas dia meninggal ramai orang bangun lewat pagi.
Sebelumnya mengharapkan Pak Wan gerak, bila Pak Wan tiada kekadang berlakulah kelewatan itu.
Memang beliau istiqomah.
besar sungguh pengorbanan beliau...
nak harapkan org2 muda belum tentu ada yang nak buat begitu...
Salam Naqeeb.
Allah menjadikan seseorang itu mempunyai kelebihannya masing-masing.
Itulah agaknya kelebihan Pak Wan Musa yang tiada pada orang lain.
Salam.
Semoga roh Allahyarhamha Pak Wan Musa dicucuri rahmat Nya dan dibangkitkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Amin.
Sala Zaidi.
Dalam hal itu saya tabik pada Pak Wan.Sama-samalah kita doakan untuk kebaikan Pak Wan, ibu bapa dan seluruh kaum muslimin dan muslimat kerana kebaikan itu sebahagiannya akan kembali kepada kita jua.
Post a Comment