Thursday, November 4, 2010

Bersyukurlah mereka yang terlepas dari bencana banjir.

Salam semua.

Ada lagi bala yang lebih dahsyat.
Pada pagi ini sebaik sahaja selepas solat Subuh saya terasa ingin berkongsi maklumat bersama kekawan, malam tadi saya mendapat beberapa maklumat dari ahli keluarga yang tinggal di dalam kawasan Bandar Raya Alor Setar, menceritakan tentang kesusahan yang sedang mereka alami bersabit dengan bencana banjir yang sedang melanda Kedah sekarang ini, berita hanya dapat diterima melalui sms ( hantaran mesej ringkas ) sahaja, facebook terpaksa ditutup buat sementara waktu kerana bekalan eletrik telah dipotong untuk menjaga keselamatan orang ramai supaya mereka terselamat dari terkena kejutan eletrik akibat banjir. Malah air paip pun telah dihentikan buat sementara kerana air yang dibekalkan telah dicemari.

Semalam ( Rabu ) mereka terpaksa kembali hidup dalam keadaan kesusahan yang jarang mereka lalui, semua bekalan makanan yang disimpan di dalam peti sejuk menjadi cair dan rosak, air untuk mandi, masak dan minum terpaksa membeli air botol dari Pasar Raya yang masih boleh ke sana kerana terdapat juga Pasar Raya yang tidak boleh lagi dikunjungi kerana disekat oleh banjir.Bersyukurlah mereka yang tidak terlibat dengan bencana banjir ini dan bagi mereka yang ditimpa bencana ini masih boleh bersyukur kerana anda terlepas dari bala yang lebih besar.

Demikianlah bala yang Allah turunkan tiada siapa boleh menghalangnya, semuanya ini adalah ujian, ujian sejauh mana manusia mengingati Allah,sejauh mana mereka bersabar dan sejauh mana mereka bermuhasabah diri dan insaf terhadap kesilapan yang telah lalu. Walaupun segalanya datang daripada Allah tetapi hasil kerjatangan manusialah fenomena cuaca berubah bersabit dengan kegondolan bukit, penebangan hutan dan lain-lain aktiviti manusia yang tidak mesra alam yang dilakukan oleh manusia yang terlalu mementingkan diri sendiri.

Pada hemat saya:
Salah satu sebab senang berlakunya banjir di bahagia utara Kedah kerana air dihalang laluannya oleh Lebuh Raya Utara-Selatan, beberapa tempat laluan tradisi air tidak dikekalkan dengan membuat terowong di bawah Lebuh Raya tersebut, sebaliknya terowong dibuat di tempat yang lebih tinggi menyebabkan air terkumpul dengan banyaknya di kawasan tradisinya sebelum beredar ke terowong yang berhampiran, sekali gus air terkumpul dengan banyaknya dan barulah air itu mengalir ke seberang Lebuh Raya dan mengalir dengan banyaknya menuju ke laut, Pakej air yang banyak dan bertali arus inilah menjadikan banjir, air ini akan bergerak ke mana sahaja tempat yang lebih rendah kerana itulah tabiat semula jadi air yang Allah jadikan, iaitu itu mengalir dari bukit ke kaki bukit, dari kaki bukit akan mengalir pula ke kawasan yang lebih rendah dan seterusnya menuju ke laut, sekiranya di dalam perjalanan itu terdapat sekatan air akan naik semakin tinggi sehingga mendapat laluan baru dan terus mengalir, semasa air itu semakin naik itulah berlakunya banjir atau air menenggelami kawasan yang tidak pernah ditenggelaminya.

Manusia seharusnya memerhatikan tabiat air, bukit bukau dan hutan belantara, melihat peranannya terhadap kesejahteraan alam ini, pada asalnya semua kejadian alam itu dijadikan Allah untuk kebaikan kehidupan manusia tetapi, sekiranya disalah urus peranannya akan menjadi sebaliknya.


Mengambil kesempatan:
Dalam keadaan genting begini rupanya ada juga kumpulan manusia yang mengambil kesempatan bermegah-megah pula dengan usaha pertolongan yang diberikan dengan membandingkan kelemahan orang lain semata-mata mengambil peluang menunjuk-nunjukkan kebaikan yang telah mereka sumbangkan, perbuatan seperti ini tentulah kurang manis untuk dijadikan pendidkan atau contoh kepada masyarakat awam, terutamanya kanak-kanak, perbuatan itu juga memperlihatkan terdapat udang di sebalik batu bersabit dengan pertolongan mereka. Kalau mengikut prinsip Islam cara demikian hasilnya sia-sia untuk diri sendiri, cara pertolongan yang menguntungkan hendaklah memberi pertolongan dengan ikhlas iaitu melakukan pertolongan itu semata-mata kerana mematuhi perintah Allah, di mana Allah memerintahkan manusia supaya berbuat demikian.

Sekian...wallahu aklam.

2 comments:

YB said...

Salam ustaz,

Syukur benarlah kita kerana masih jauh daripada ujian Allah. Jika dgn itu kita mengambil iktibar, insyaallah Allah akan berkati kita.

Leenoh said...

Salam YB.

Memang betul kita hanya mampu ingat mengingat di antara satu sama lain bila sampainya...wallahu aklam...harap-harap kita tidak lupa bersyukur walaupun dalam apa keadaan pun.