Salam semua.
Ibadat korban sudah tidak asing lagi bagi kita, secara zahirnya kanak-kanak pun ramai yang faham dan mengetahuinya.artikel ini ingin berkongsi dengan kekawan mengenai ibadat korban yang setiap tahun umat Islam melaksanakannya, Islam menuntut umatnya yang mampu dari segi perbelanjaan atau kewangan melaksanakannya.
Imbas kembali sejarah ibadat korban;
Nabi Adam.a.s.mempunyai 39 orang anak, setiap kali Siti Hawa melahirkan anak, beliau melahirkan anak kembar kecuali sekali sahaja tidak melahirkan anak kembar dan beliau mengalami peristiwa melahirkan sebanyak 20 kali kesemuanya.
Allah memerintahkan Nabi Adam.a.s.supaya mengahwinkan anak-anaknya sesama adik beradik mereka tetapi dilarang berkahwin dengan kembarnya masing-masing.( manusia ketika itu belum ramai ). Situasi ini menyebabkan Qabil tidak berpuas hati dan membantah kerana kembar Habil tidak cantik, sedangkan kembar Qabil sangat cantik orangnya, kembar Habil ialah Lamuda, manakala kembar Qabil pula Iklima, berdasarkan perintah itu Habil akan dikahwinkan dengan Iklima dan Qabil dengan Lamuda yang tidak cantik itu, berikutan bantahan itu, Allah perintahkan supaya mereka berdua melakukan korban dan sesiapa yang korbannya diterima akan dapat berkahwin dengan Iklima yang cantik itu, masing-masing melaksanakan korban itu, Qabil mengeluarkan atau memberikan sayur-sayuran tanamannya sebagai korban tetapi beliau memilih sayuran yang kurang elok, manakala Habil menyembelih seekor kambingnya yang gemuk dan baik sebagai korban.
Allah menerima korban Habil dan menolak korban Qabil kerana didapati Habil lebih ikhlas melaksanakannya, sedangkan Qabil masih menaruh perasaan hasad dengki terhadap Habil, setelah Qabil mengetahui korban adiknya Habil itu diterima Allah, Qabil menyatakan kepada Habil bahawa beliau akan membunuhnya. Habil menyatakan kepada abangnya itu bahawa Allah hanya menerima korban yang dilaksanakan mereka yang muttaqin (bertaqwa) sahaja. Qabil tidak memperdulikan penjelasan tersebut, beliau akhirnya membunuh adiknya Habil kerana Qabil ingin meneruskan niatnya berkahwin dengan Iklima saudara kembarnya.
Kesimpulannya: Allah hanya menerima korban orang yang muttaqin
( bertaqwa ) sahaja.
Orang yang tidak bersolat dan tidak menutup aurat penilaian secara kasarnya mereka ini tidak tergolong di dalam jamaah orang-orang yang bertaqwa....fikir-fikirkan.....
Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail.
Setelah lama Nabi Ibrahim berpisah dengan anaknya Ismail baginda pun berasa rindu dan ingin berjumpa dengan anaknya itu, oleh itu baginda kembali ke Mekah untuk berjumpa dengan Ismail. Semasa berada bersama anaknya Ismail, Nabi Ibrahim bermimpi Allah menyuruhnya menyembelih anaknya Ismail, hal ini diberitahu kepada Ismail dan memberi tempoh tertentu untuk Ismail memikirkan perintah Allah itu. Ismail tidak mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan, akhirnya Ismail bersetuju bapanya menyembelihnya kerana pada hematnya perintah Allah kepada bapanya itu adalah benar ( mimpi bapanya adalah benar ) dan perlu dilaksanakan. Ibrahim dan Ismail pun bersedia, Ibrahim bersedia menyembelih Ismail anak kesangannya dan Ismail bersedia menunggu dirinya disembelih demi mematuhi perintah Allah, kedua-duanya sayang menyayangi, Ismail sayang kepada bapanya dan Nabi Ibrahim pula sayang kepada anknya tetapi mereka berdua lebih sayang kepada Allah, kedua-duanya muttaqin ( bertaqwa ). Sebaik sahaja Ibrahim meletakkan pisau dilehir anaknya Ismail, Allah mendatangkan seekor kibas sebagai ganti Ismail, akhirnya Ibrahim menyembelih seekor kibas bukannya Islamil, situasi itu gambaran ujian Allah terhadap Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, kedua-duanya terbukti bertaqwa kepada Allah.
Kesimpulannya: Allah hanya menerima korban orang yang bertaqwa sahaja.
Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail masing-masing mematuhi perintah Allah, sikap mereka itu menunjukkan sikap orang yang sangat bertaqwa.
Penilaian terhadap ibadat korban.
Setiap tahun bilangan lembu, kerbau atau binatang korban yang dikorbankan semakin meningkat, walaupun harga binatang tersebut semakin mahal, namun demikian ianya tidak menghalang umat Islam melakukan ibadat tersebut, malah ditambah lagi dengan melaksanakan ibadat korban tersebut oleh umat Islam Malaysia di luar negara, terutamanya di negara yang umat Islam agak susah dan miskin, jelas kelihatan pada zahirnya ibadat korban ini semakin diketahui ramai dan berkembang syariatnya.
Setelah syarat-syarat sah korban difahami dan diikuti, disamping itu kita juga perlu menyemak dan menilai sama ada ibadat korban itu diterima atau sebaliknya.Sekiranya ibadat tersebut dilakukan semata-mata mengikut arus masyarakat tanpa menilainya secara kritis ditakuti ibadat kita itu sebenarnya tidak sampai taraf ibadat sebaliknya hanya bertaraf adat sahaja.
Jom, kita perhatikan di lokasi,
Di lokasi korban dilaksanakan, tukang sembelih, pembantu-pembantu dan peserta korban akan hadir dan melakukan tugas masing-masing dengan baik, lembu-lembu atau binatang korban bertambah setiap tahun, orang yang hadir ke lokasi juga bertambah tetapi apabila masuk waktu solat , azan dibunyikan dan solat berjamaah pun ditunaikan, bilangan ahli jamaah tidak pula bertambah, ramai yang mengambil bahagian ketika melapah lembu tetapi tidak ramai di dalam saf solat, mereka yang datang untuk melibatkan diri dalam aktiviti pelaksanaan korban ada yang tidak menutup aurat.Melaksanakan korban adalah suruhan yang ringan berbanding dengan perintah melaksanakan solat dan menutup aurat.
Merujuk kepada kehidupan masyarakat kita pada masa kini.Kelihatan maksiatnya semakin bertambah, seolah-olah korban yang dibuat tidak diterima Allah, tidak kelihatan orang bertaqwa semakin bertambah, orang yang tidak menutup aurat dan tidak bersolat sama-sama membuat korban, mereka memilih sunat daripada wajib dan mengutamakan yang sunat daripada yang wajib, senario ini menggambarkan bahawa korban yang dilaksanakan itu hanya merupakan adat sahaja bukan ibadat, wallahu aklam.
Ibadat korban dilaksanakan atas sebab mematuhi perintah Allah, jika atas sebab demikian peserta korban itu tentulah juga turut mematuhi perintah-perintah yang lain, bukan melaksanakan korban tetapi suruhan lain diabaikan, kalaulah demikian halnya manunjukkan korban itu dilaksanakan kerana tuntutan adat semata-mata.
Ibadat korban yang diterima Allah adalah seperti yang disebutkan Habil di dalam kisah di atas tadi, Kata Habil Allah hanya menerima korban orang yang muttaqin
( bertaqwa) sahaja. Orang yang bertaqwa akan mematuhi segala perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya , menjaga dan mengajak ahli keluarga supaya turut patuh kepada Allah, tindakan ini akan menghasilkan generasi yang baik dan berakhlak mulia.
Artikel ini ilham dari kuliah,
( 7 hb. November. 2010 )
Surau Al.Mawaddah.
Taman Platinum.SA.
Sekian...wallahu aklam.
2 comments:
Saya rasa kerja-kerja untuk aktiviti korban lebih sesuai orang lelaki yang buat.Macam di kg saya, orang lelaki yang buat. Ada orang perempuan (tak ramai) bantu sikit2 ajer, tapi di ruang makan masjid, bukan di kawasan korban dijalankan.
Terima kasih Hani kerana beri respon, di sesetengah tempat kerja gotong-royong yang mereka melibatkan diri layak diberi pujian tetapi ahli jamaah solat waktu tidak juga bertambah, walaupun pada hari korban dilangsungkan, pada hal mereka telah pun berada di perkarangan masjid, agaknya mereka inilah yang berkorban hanya menunaikan tuntutan adat dan kemasyarakatan.
Sebenarnya kesilapan dan kelemahan tersebut perlu dikongsi bersama di antara yang jahil dan yang alim, mereka yang jahil perlu menambahkan ilmu manakala yang alim hendaklah menyebarkan ilmu.
Mereka yang bergelar pemimpin perlu perhatikan situasi ini untuk merancang menghapuskan kejahilan.
Post a Comment