Sunday, November 15, 2009

Berpuasa tetapi tidak bersolat.


Salam semua.
Berpuasa tetapi tidak bersolat.

Masyarakat Islam Malaysia berjaya mendidik anak-anak berpuasa, saya kurang periksa keadaan negara Islam yang lain tetapi Malaysia bilangan umat Islam yang berpuasa agak tinggi, ini dapat dibuktikan dengan wujudnya Pasar Ramadan, jualan gudang menyambut raya dan seumpamanya, semuanya itu menunjukkan masyarakat prihatin dengan ibadat puasa dan sambutan hari raya.




 
Kanak-kanak kecil sering ditanya oleh orang dewasa sama ada berpuasa atau tidak, situasi begini berlaku sepanjang bulan Ramadan, ada yang menawarkan hadiah-hadiah tertentu kepada anak-anak mereka jika dapat berpuasa dengan sempurna, kaedah ini memang memberi kesan ke dalam sanubari kanak-kanak dan akhirnya kebiasaan itu dibawa sehingga mereka dewasa.memang baik dan patut diteruskan.

Tetapi

Tetapi tidak pula mereka menggunakan kaedah yang sama bagi melatih anak-anak mereka dalam menunaikan ibadat solat, di mana ibadat tersebut merupakan ibadat pertama yang akan ditanya pada Hari Akhirat kelak. kiranya gagal pemeriksaan mengenai solat maka gagallah ibadat yang lainnya. Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat di antara yang berpuasa itu tidak bersolat apabila tiba waktunya.Inilah yang menjadi tanda soalan dan kemusykilan kerana situasi ini telah tidak mengikut tertib yang sepatutnya.

Kalaupun ada ibubapa yang mendidik begitu rupa mereka juga kekadang gagal kerana lebih 80% kanak-kanak lain di luar sana yang tidak dididik demikian akan mempengaruhi mereka, persekitaran biasanya mempunyai pengaruh yang kuat terhadap kanak-kanak, kadar penguasaan terhadap bacaan al.quran juga rendah dan mengalami masalah yang sama,

Kalau dulu mereka kanak-kanak sekarang mereka telah menjadi dewasa dan sudah boleh pergi menonton pertandingan bola sepak dan badminton sendiri. malah telahpun mempunyai anak. bapa-bapa muda yang sedang menonton pertandingan itu tadi tidak terusikpun di hati mereka dan bangun dari tempat duduk untuk pergi menunaikan solat bila tiba waktunya sehinggalah waktu itu luput begitu sahaja dan sememangnya pun tiada tempat solat yang disediakan berhampiran dengan lokasi oleh pihak penganjur kerana tiada desakan dan permintaan.
Demikianlah kita sering leka dan terperangkap dengan tarikan dan keseronokan dunia.

Solat itu umpama alat komunikasi.

Solat adalah satu-satunya wasilah dan umpama alat komunikasi atau perhubungan secara terus menerus di antara manusia dengan Allah Pencipta sekalian alam ini. Ibadat solat merupakan tiang agama ( Islam ) tanpa solat tidak tertegaklah tiang Islam.

Solat , puasa, zakat dan ibadat Haji merupakan pelaksanaan kepada syahadah atau pengakuan dan ikrar sebagai seorang Islam iaitu Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan Aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Solat adalah teras kesaksian kepada ikrar tersebut tanpa solat ikrar tersebut menjadi rosak dan terjejas, dan terus merebak kepada kerosakan ibadat yang lain..

Makhluk lain selain manusia juga bertasbih dan bersolat dengan caranya masing-masing, burung dengan kicauannya, ayam dengan mengepak-mengepak sayapnya dan berkukuk, manusia pula dengan rukuk dan sujudnya seperti sedia maklum.

Mereka yang menunaikan solat adalah mereka yang kenal Allah ( makrifatullah ) dan dengan itu tercetuslah di hati ingin memperhambakan diri kapa Allah dengan cara mematuhi segala suruhan-Nya, mereka ini mengutamakan akhirat melebihi keduniaan.

Mereka yang mengabaikan solat adalah mereka yang mengutamakan dunia dan terlupa kepada kejadian diri serta disesatkan oleh keseronokan dunia yang sementara. Kesebokan keduniaan berjaya menjadikan mereka lupa akhirat dan merasakan kematian itu lambat lagi waktu ketibaannya, walaupun diketahuinya bahawa manusia menemui kematian setiap hari malah pada setiap saat di dunia ini. mereka merasai seolah-olah kematian itu tidak melibatkan mereka,

Ayam di dalam sangkar

Mereka seolah-olah sekumpulan ayam yang berada di dalam sebuah sangkar, apabila ditangkap oleh tuannya dan disembelih, maka yang lainya tidak terasa apa-apa kerana itu berlaku kepada kawan mereka, bukan berlaku kepada diri mereka dan tidak sedikit pun terasa bahawa sebentar lagi adalah giliran mereka, seterusnya tuannya menangkap lagi dan sembelih lagi begitulah juga perasaan mereka, akhirnya ayam sesangkar itupun langsai disembelih.

Itulah ibarat manusia yang tidak menyedari bahawa kematian itu sedang bergerak ke arah mereka setiap saat dan setiap detik , mereka akhirnya terpaksa menemui Allah dalam keadaan muflis kerana tiada bekalan bersama mereka . semasa hidupnya tidak memperdulikan kewajipan solat, walaupun telah diberi peringatan.Perbicaraan mengenai solat tidak selesai maka ibadat lain semuanya menjadi seperti hampas tanpa dipandang dan dinilai sedikitpun kerana tersekat dengan ibadat solat dan mengabaikan solat serta tidak menjadikan solat itu sebagai tiangnya.

Catatan:
Sekadar mengingatkan diri sendiri dan kekawan, apapun orang yang paling mulia di sisi Allah adalah mereka yang bertaqwa kepada-Nya.

Sekian. Wallahu aklam. Wassalam.













2 comments:

Anonymous said...

Salam Leenoh.

Tujuan penciptaan setiap makhluk ialah untuk bersembah kepada Yang Maha Pencipta. Seperti kata Leenoh, burung pun bersolat dan bertasbih.

Leenoh said...

Salan Zaidi,

Semoga Allah tidak putus-putus memberikan taufik dan hidayah-Nya kepada kita.