Sunday, November 1, 2009

Ubah format khenduri kahwin.


Salam semua.

Semasa saya klik untuk membuat catatan baru di papan muka ini tadi jam telah menunjukkan 9.32 malam, rasa macam masih awal lagi, biasanya saya tidur di antara pukul 11.00 - 12.00 malam. Dalam tempoh masa sebelum tidur ini bolehlah saya menulis sesuatu untuk bacaan mereka yang mempunyai masa
lapang.

Semalam saya pergi ke salah sebuah pasaraya di Shah Alam ini untuk membeli beras, harga beras sekarang ini tidak lagi seperti dahulu, kita terpaksa perhatikan dari kampet ke kampet untuk memastikan harganya, beras yang baik harganya melebihi RM4.00 sekilo, beras biji panjang yang tidak diisi di dalam kampet tertulis harganya RM5.90. Saya pernah membeli beras yang lebih murah iaitu dalam anggaran RM3.00 sekilogram , beras tersebut cepat pula berubah menjadi basi.agaknya banyak bercampur dengan beras yang patah bijinya, mungkin hasil dari padi yang basah.

Saya perhatikan harga barangan ini sentiasa berubah, naik turun sudah jadi lumrah, pengusaha pasaraya memang bijak orangnya, sebulan sekali akan mengadakan jualan murah, dalam tempoh dua hari harga diturunkan tetapi baki lagi 28 hari leher pengguna kena cekek. memang benar kata pepatah orang bodoh makanan orang cerdik. Sebenarnya kita pun bukanlah bodoh sangat tetapi tiada modal utk bersaing dengan mereka.

Berbalik kepada tajuk di atas, sebenarnya ekoran daripada beras mahal dan berbagai barangan lain lagi yang semuanya mahal-mahal belaka , saya ingin mengesyorkan supaya khenduri kahwin diubah formatnya pada masa akan datang, kalau anda bersetuju angkatlah tangan atau beri respon, hehehe itu cakap lawak ja tu.

Khenduri kahwin tidak perlu lagi dibuat seperti sekarang, iaitu majlis khenduri di pihak pengantin perempuan , kemudian diikuti pula khenduri di pihak pengantin lelaki. Saya mencadangkan formatnya begini, Keluarga di sebelah pengantin perempuan buatlah khenduri sekadar menjemput di antara 20 - 30 orang sahaja pada hari aqad nikah atau pada hari diijab- qabulkan, Selepas itu pengantin tinggallah sebagai suami isteri di rumah mereka sendiri atau di mana-mana rumah yang telah mereka rancangkan. setelah beberapa minggu barulah mereka berdua merancang membuat khenduri kahwin tersebut di rumah kediaman mereka . Ibu bapa kedua belah pihak tentulah kena memberi mereka sumbangan untuk menjayakan khenduri tersebut. Dengan cara ini saya fikir boleh menjimatkan perbelanjaan, majlis yang dibuatpun tidak perlu secara besar-besaran. kalau hendak seribu daya kalau tidak hendak seribu dalih.

Bagi mereka yang berada buatlah sebesar manapun dan berapa kalipun, saya pun tidak bimbangkan mereka ini, maksud saya syor ini ditujukan kepada mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana, mereka ini tentulah kehidupannya tertekan dan terasa perit juga ekoran harga barang yang melambung naik seperti sekarang.

Ok lah dah pukul 10.21 malam .

Apa macam setuju............fikir.... jangan tidak fikir.


Sekian. Wassalam

4 comments:

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

salam leenoh,

kenduri kawin saya dulu cuma jamuan teh dan kuih-muih.

Tu pun dapat anak dan bercucu pun sudah.

Tapi saya kena kecam lah.Peduli apa orang.

wassalam.

Leenoh said...

Salam Pak Cha & Mak Wan.

Syabas. Sikap demikianlah yang mampu membawa perubahan, kalau minda dibaluti adat sepanjang masa tidak mungkin mampu membawa perubahan kepada masyarakatnya.

Kalau sudah yakin tindakan kita itu benar dan betul teruskan sahaja dalam tempoh sebulan hilanglah kutukan, mungkin suatu hari nanti mereka pula mengikut jejak langkah kita.

tinta kasturi said...

salam pak ngah,

berdasarkan pengalaman sendiri (banyak duit keluar ma..)

saya isytihar setujulah dengan cadangan bernas pak ngah..

Tak kisah la nak buat macamana, tp matlamatnya besederhana dalam berbelanja..

Sebenarnya dr cadangan pak ngah, selain jimat dlm belanja, jimat juga dalam hal masa.

renung-renungkan
selamat beramal
(kata2 ni tak dipatenkan kan?)

Leenoh said...

Salam Tinta Kasturi.

Rupanya status keluarga masih kukuh bersandar kepada kebendaan.

Bila kita nak kurangkan bajet ramai ahli keluarga tidak setuju.kata orang nagori biar pape asal bergayo.

Kekadang bukan kerana status tetapi tidak sampai hati nak tinggalkan kekawan . Apapun kalau hendak memulakan perubahan perlu pengorbanan dan separuh telinga kena buat-buat pekak.

Dalam masa kita ingin mengurangkan bajet ada pula orang lain menambahkan item dan bajet.

Nampaknya ketika membeli baju kena betul-betul diukur dengan badan barulah dapat menikmati keselesaannya.