Sekarang ini bila kita baca surat khabar atau melayari internet kerap sangat terjumpa berita mengenai babi,. Dulu untuk melembutkan sedikit rasa aura kita terhadap babi agaknya dan juga melunakkan pendengaran berkaitan dengan babi ini kita menyebutnya di dalam bahasa Arab dengan sebutan khinzir dan tidak lagi menyebutnya dengan sebutan babi. Tetapi hotdog tidak pula ditukarkan namanya kepada nama yang lain sampai sekarang, Barang kali dalam sistem tukar nama ini tidak menggunakan apa-apa panduan tertentu, cuma mangikut keperluan semasa sahaja.
Bercerita mengenai babi dan anjing ini orang kita memang pandai mendidik anak-anak dan menyampaikan mesej najisnya binatang tersebut sehingga meresap ke jiwa kalbu mereka. Rasa jijik terhadap babi dan juga anjing berada pada paras yang amat tinggi berbanding dengan najis yang lain, sehingga tiada siapa di kalangan orang Melayu yang mengabaikannya. walaupun sekarang ibubapa generasi ini telah mula membenarkan anak-anak mereka memeluk anak potong binatang tersebut.
Begitu juga masyarakat kita berjaya mendidik anak-anak dalam bidang melaksanakan kewajipan berpuasa sehingga peratusan orang Islam yang berpuasa sangat tinggi dan dengan itu wujud pula kemeriahan yang mengkagumkan pada bulan Ramadan.Kalau terjumpa kanak-kanak yang berusia tiga empat tahun pun mereka akan bertanya sama ada berpuasa atau tidak, begitulah prihatinnya orang kita terhadap ibadat berpuasa. Walaupun masih terdapat tangkapan oleh pihak yang berwajib terhadap orang Islam yang makan pada waktu siang dalam bulan Ramadan.
Saya tidak pasti sama ada cetusan rasa itu datang dari suruhan Islam atau adat orang kita. Saya rasa keliru kerana apabila tiba sahaja Hari Raya semuanya telah menjadi terbalik kong. Sebahagian masyarakat kita tidak menyambut Hari Raya seperti yang dikehendaki, sebaliknya mereka berpesta di musim raya. Begitu juga mengenai kewajipan solat yang diibaratkan sebagai tiang agama, sesiapa yang mendirikan solat bermakna dia mendirikan agama dan sebaliknya sesiapa yang tidak menunaikan solat bermakna dia meruntuhkan agama. Tetapi dalam hal ini pula kelihatan tidak bersungguh-bersungguh untuk menjinak-jinakkan kanak-kanak dengan ibadat solat ini.
Saya menulis mauduk ini kerana hendak meluahkan apa yang ada di dalam minda untuk dikongsi bersama. Mungkin anda mempunyai pandangan yang berbeza dengan pandangan saya.
Dalam ajaran Islam anjing dan babi itu hukumnya najis atau lebih tepat lagi hukumnya adalah najis berat, tidak lebih dan tidak kurang daripada itu. Tetapi pada pemerhatian saya masyarakat kita mendidik melebihi daripada itu, kalau ditakdirkan kanak-kanak menyiksa anjing atau babi, orang dewasa melihat dan ketawa sahaja kerana yang disiksa itu adalah babi atau anjing. seolah-olah tiada apa-apa dosa dan tidak perlu diberi pertolongan atau tidak perlu dilarang perbuatan kanak-kanak tersebut.
Jika disorat kembali kisah seorang perempuan yang memberi minum anjing yang amat dahaga yang dikhabarkan oleh Nabi bahawa perempuan tersebut akan dimasukkan ke dalam syorga kerana rahmahnya kepada haiwan, ini bermakna sikap terhadap perbuatan menyiksa anjing atau babi di atas tadi telah tersasar dari sikap yang sepatutnya diambil.
Emosi kita terhadap najis berat (anjing dan babi) ini rasanya agak terlebih dan terlajak, walaupun najis tersebut najis berat ( mughallazah) tetapi ianya dapat diselesaikan dengan basuh atau disamak sahaja, jika terkena pada badan, pakaian atau pada tempat kegunaan kita, iaitu dengan membasuhnya denga air mutlak , dibasuh sebanyak tujuh kali dan sekali daripadanya dibasuh dengan air yang bercampur dengan tanah yang suci, dibasuh sehingga hilang bau, rasa dan warnanya, setelah berbuat demikian maka kembalilah keadaannya menjadi bersih dan suci, air yang bercampur tanah itu berperanan seperti sabun tetapi ianya tidak boleh diganti dengan sabun yang biasa kita guna.
Pada pendapat penulis najis berat ini adalah suatu perkara yang senang untuk diselesaikan berbanding dengan masalah syirik atau murtad. Kita dapati ramai yang mengambil bahagian dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan babi tetapi tidak pula kedengaran rasa kebimbangan terhadap amalan adat yang telah diamalkan sejak sebelum merdeka lagi, miskipun terdapat di antara adat tersebut boleh membawa kepada syirik. Perbuatan syirik lebih jijik daripada najis berat, amalan ini lebih sukar untuk kita menghapuskannya. Kita patut membuat kaji selidik untuk mengetahui sejauh mana amalan ini masih diamalkan oleh masyarakat kita, selepas itu hendaklah disusuli dengan tindakan untuk menghapuskan amalan tersebut secara besar-besaran , sama ada dalam bentuk kempen atau seumpamanya supaya masyarakat kita terselamat daripada menjadi syirik khafi, syirik jali atau murtad.
Anjing dan babi tetap menjadi subjek yang sensitif sekiranya rakyat Malaysia yang majmuk ini tidak diberi kefahaman secara menyeluruh termasuk yang bukan Islam. kerana diri keduanya itu termasuk di dalam golongan najis berat. Orang bukan Islam perlu mengetahui kesensitifan orang Islam, khasnya orang Melayu dalam perkara ini. Menguruskan ternakan babi secara sopan hendaklah diambil berat oleh semua pihak supaya tidak mengganggui pihak yang lain. Demikian juga pemeliharan anjing di tempat kediaman khasnya di kawasan-kawasan rumah teres atau rumah berkembar.
Sama ada suka atau tidak suka, makhluk anjing dan babi ini adalah kejadian Allah. Banyak perkara di dunia ini yang kita benci tetapi kita terpaksa menghadapinya. Setiap hari kita terpaksa menguruskan najis yang keluar daripada perut kita sendiri, kalau mengikut kehendak manusia tentulah mereka tidak mahu perkara ini berlaku. Dunia berjalan bukan mengikut kehendak manusia, sebaliknya ianya berjalan mengikut kehendak Allah. Apa yang manusia perlu bertindak ialah mengikut syariat yang telah ditetapkanNya dan panduannya telahpun diberikan kepada manusia.
Kita telah lama berbincang mengenai babi ini dalam beberapa aspek yang berbeza, mungkin bukan kerana Allah, bukan kerana bangsa dan bukan kerana negara tetapi mungkin kerana kepentingan tertentu. Untuk memurnikan keadaan marilah kita sama-sama merujuk kepada Allah dan RasulNya. Dengan mematuhi firmanNya serta mengaplikasikan nasihat Rasulullah.s.a.w.
Wallahu aklam bissowab. Wassalam.
5 comments:
sdr leenooh,
aku juga ada tuleh sikit pasai babi dalam post aku terkini ( selasa).
kalau apa pun babi tak masok neraka.yang masok neraka cuma jin dan manusia.
wassalam.
Betul kata Pak Cha tu. babi makhluk Allah sahaja tiada tugas apa-apa di dunia ini. Manakala manusia makhluk dan hamba Allah mereka ada tugas dan tanggungjawab, iaitu tanggungjawab sebagai khalifah di atas muka bumi ini.
Jangan marahkan Allah kerana Allah jadikan babi kerana itu adalah kehendakNya, ikut sahaja perintah Allah macam mana hendak mengendalikan muka bumi ini termasuklah macam mana hendak mengususkan babi itu tadi.
Wallahu aklam bissowab. Wassalam.
yesss.. saya setuju.. u can go to https://kamaruddin8.blogspot.com saya pun menulis pasal benda ini..
yesss.. saya setuju.. u can go to https://kamaruddin8.blogspot.com saya pun menulis pasal benda ini..
LeeNoh, sy juga menyokong apa yg saudara siarkan di sini. Sy telah lama pertikaikan perkara ini sejak 80an lagi. Seringkali sy bertanya soalan2 seperti, dalam kehidupan orang2 Melayu, anjing dan babi dijadikan sebagai binatang yang paling paling paling jijik sehingga melontar mereka, mengelak mereka sehingga 'langsung tidak boleh menyebut perkataan 'babi'....kata mereka bila menyebut perkataan 'babi' berdosa dan haram! Masyallah entah dari mana mereka memperolehi informasi yang bodoh ini. Sedangkan terima saham (judi high standard) tu dikatakan halal, rokok tu halal, lontar anjing dengan batu itu harus. Sy sendiri melihat......dalam rumah digantung ayat2 Allah sehingga penuh dinding rumah...tapi....solat tidak dibuat. Itu tak pulak dikata dosa. Sanggup berjalan bertandang ke rumah jiran2 dan mengumpat atau bergaduh, itu tak dikatakan berdosa, berbisik2 mengata orang lain, tak dosa, memaki hamun tak dosa, pakai barang kemas dan menunjuk2 itu riak, Allah marah tapi mereka buat. Dan hanya seekor babi atau anjing mereka gempakkan dunia! Uuuuhhhhh!!!! Sy kasihan pada anjing dan babi nasib mereka di dunia ini. Manalah mereka tahu kenapa mereka dilahirkan kat dunia ini dicaci maki? Bukan salah mereka. Beringatlah, byk lagi hal kita sebagai orang Islam perlu tegakkan iaitu tegakkan kemurnian dan indah nya Islam. Islam bukan agama yang ganas. Manusia yang dilahirkan asal Islam ini yang ganas sebab adat dan cara hidup mereka yang masih 'babarian'.
Post a Comment