Salam Semua.
Ramai orang Islam dipercayai menyedari akan perubahan sikap terhadap diri mereka khasnya ketika sedang berpuasa dan amnya sepanjang bulan Ramadan. Di luar bulan Ramadan kebanyakan orang akan makan apa sahaja yang dihidangkan pada waktu tengahari atau ketika makan malam. Mereka tidak banyak bertanya atau tidak banyak soal tentang apa yang akan dihidangkan kepada mereka pada waktu tengahari atau waktu malam nanti.
Lelaki dan perempuan sangat peka dengan pergerakan dan peredaran masa, mereka sering melihat jam di tangan atau di dinding untuk mengetahui catatan masa terkini, kalau dulu mereka risau kerana masa berjalan sangat pantas, kini mereka terasa masa bergerak terlalu lambat, berlebih-lebih lagi pada waktu petang dan mereka yang tidak bangun makan sahur akan lebih terasa masa itu bergerak lebih lambat daripada kura-kura , kalau ikutkan hati seakan hendak menggerakkan sendiri jarum jam itu ke hadapan supaya waktu berbuka cepat tiba, lantas dapat bergembira dengan makanan yang terhidang di atas meja.Tetapi bagi mereka yang bangun makan sahur seperti yang dianjurkan perubahan sikap mereka tidaklah ketara, mereka ini kelihatan seperti biasa sahaja, di kalangan mereka ini biasanya akan meneruskan puasa selepas Aidil Fitri nanti iaitu berpuasa sunat Syawal.
Sikap ini berubah setelah datangnya bulan Ramadan dan perubahan sikap itu berlaku sepanjang bulan Ramadan, di dalam bulan Ramadan mereka pandai dan rajin pula meninjau ke dapur untuk mengetahui perkembangannya, apa yang dimasak dan apa yang ada dan apa pula yang kurang, yang tiada akan diadakan, yang kurang akan ditambah dengan segera supaya hidangan berbuka nanti tidak berkurangan. Ternyata perubahan ini berlaku pada orang lelaki. Agaknya perubahan ini berlaku kerana nafsu makan meruntun sepanjang masa, melihat makanan dan berbual mengenai makanan akan melegakan runtunan itu kerana mungkin terasa seolah-olah menikmati sebahagian daripada kelazatan makanan itu.
Selama 11 bulan perut bertugas tanpa berhenti, hanya sebulan sahaja perut dapat berihat di dalam jangka masa setahun itupun pada waktu siang sahaja, ini bermakna setelah ditolak waktu malam perut hanya berihat cuma 14 atau 15 hari sahaja dalam setahun, bakinya perut terpaksa bertugas untuk memproses penghadzaman makanan yang diisi ke dalam kantungnya. Kerihatan itu telah mengundang kesihatan dan kesejahteraan kepada mereka yang berpuasa. berpuasalah kerana berpuasa itu menyihatkan tubuh badan. Kita boleh berpuasa setiap minggu dengan berpuasa sunat pada hari Isnin dan Khamis atau kita berpuasa setiap bulan dengan berpuasa pada tanggal 13, 14, dan 15 haribulan pada setiap bulan yang dinamakan bulan putih.
Kiranya Allah tidak memaklumkan perkara ini kepada manusia tentulah manusia akan terus jahil tanpa mengetahui kelebihan orang berpuasa, maka manusia akan terus makan dan makan sepanjang tahun tanpa berhenti, setiap kali lapar manusia akan makan dan minum tanpa mengetahui bahawa 90% penyakit datang dari perut mereka sendiri atau disebabkan makanan.
Sekian. Allah Maha Mengetahui. Wassalam.
2 comments:
Salam leenoh,
Kenapa manusia terlalu memikirkan tentang menu untuk makan.Kadang2 kita hairan dan terfikir kita sanggup habiskan banyak masa untuk sedia makanan sedangkan kita makan sekejak saja selesai,hiasannya entah ke mana? sedangkan sesedap mana sekalipun masakan HANYA SANYA SETAKAT MULUT SAJA selepas masuk ke kerongkong sudah ada maknanya lagi sedap atau tidak semua sama saja.
Kita yang dok pulun2 dok fikir fsal menu tu menu ni mungkin kita tak fikir tentang 3 perkara ni: samada KEINGINAN ATAU KEPERLUAN,jika KEPERLUAN maka terhindarlah KEINGINAN berlebihan,dan jika keinginan mengatasi pertimbangan keperluan maka terjadilah PEMBAZIRAN.Inilah yang berlaku kepada kita pada bulan puasa khasnya sedangkan puasa mendidik kita supaya mengawal nafsu tapi bulan puasalah kita manjakan nafsu sebab awal2 lagi jamu dia secukup2nya mulut makan lagi.Mailah kita sama2 pakat fikir bila kita berbelanja khasnya KEINGINAN ATAU KEPERLUAN SUPAYA PEMBAZIRAN DAPAT DIELAKKAN.(arba)
Salam Arba.
Saya pun sependapat dengan anda dalam hal ini.kekadang saya masak sendiri memakan masa yang begitu lama, tetapi, apabila makan hanya menggunakan masa yang sangat pendek,
kekadang pada setengah hidangan terdapat juga hiasan yang begitu indah utk menimbulkan selera dan menarik perhatian mata memandang serta memenuhi ego, sama juga bila makan sekejap sahaja selesai.
Mungkin sekali-sekala kita kena gunakan arus minda kita secara terbalik supaya pertembungannya akan menghasilkan sesuatu yang baik.Berfikir utk kebaikan adalah suatu kebaikan jua.
Ya, makan itu sebenarnya keperluan, makan utk hidup bukan hidup utk makan.
Begitulah nafsu menyerang kita dari setiap arah sehingga manusia terlupa bahawa serangan itu adalah serangan nafsu. Menyedari serangan nafsu akan terelaklah pembaziran.
Bersederhana itu sangat cantik dan indah.
Selamat Berpuasa Syawal.
Post a Comment